Font size
WorksheetsPENG. AM P3 set 3
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?
Berdaya saing
Status ekonomi
Sikap keterbukaan
Pegangan ideologi
Yang manakah yang berikut mempengaruhi dasar luar Malaysia?
Kepimpinan politik serantau
Wawasan pemimpin Malaysia
Kedudukan ekonomi Malaysia
Ideologi nagara-negara serantau
Yang manakah objektif dasar luar Malaysia?
Menjamin kedaulatan negara
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Membantu penyelesaian masalah negara lain
Menjamin kestabilan politik peringkat global
Apakah rasional Malaysia mengutamakan jalinan hubungan diplomatik yang erat dalam kalangan negara-negara ASEAN?
Keselamatan
Kepelbagaian etnik
Kedudukan geopolitik
Keunikan budaya penduduk
Malaysia membincangkan visi untuk mewujudkan komuniti ekonomi tunggal pada penghujung tahun 2015 dalam
Kerjasama Selatan-Selatan
Pertubuhan Persidangan Islam
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Yang manakah pendirian Malaysia dalam menangani isu yang melibatkan anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara?
Pertikaian hendaklah diselesaikan melalui perundingan
Masalah domestik hendaklah diselesaikan oleh rakyat Negara itu sendiri
Bantuan ketenteraan hendaklah diberi jika melibatkan keselamatan Malaysia
Negara anggota diberi peluang terlibat sama menyelesaikan masalah Negara jirannya
Yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam hubungan antarabangsa?
Menjadikan ASEAN sebagai tonggak dasar luar Negara Malaysia
Memperjuangkan pasaran terbuka dalam Kerjasama Selatan-Selatan
Menghantar tentera pemerhati di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam
Menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Palestin dalam menuntut hak mereka
Yang manakah bidang yang menjadi sumbangan Malaysia dalam Kumpulan Lapan Negara Membangun?
Pertanian
Pelancongan
Perbankan Islam
Pembasmian kemiskinan
Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?
Meluaskan pasaran komoditi Negara
Menggalakkan kemasukan sumber manusia
Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal
Menjadi jurucakap bagi Negara-negara Selatan
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun?
Kemiskinan
Tenaga kerja
Kualiti alam sekitar
Kawasan pembangunan yang terhad
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)?
Persaingan antara Negara China dengan Jepun
Tuntutan bertindih, terutamanya di Laut China Selatan
Perubahan persekitaran antarabangsa yang mencabar
Ketidakstabilan politik di beberapa buah Negara ASEAN
Yang manakah rasional Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia?
Memperluas dasar perlindungan
Memperoleh pinjaman pembangunan
Memperjuangkan pertumbuhan ekonomi yang telus
Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh
Yang manakah penglibatan Malaysia dalam isu politik dunia?
Menghantar tentera pemerhati ke Palestin
Mencari penyelesaian konflik yang berterusan di Timur Tengah
Memberikan bantuan untuk menjaga keamanan wilayah selatan Thailand yang bergolak
Menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro
Cabaran yang dihadapi oleh sektor perindustrian Malaysia pada peringkat global ialah
globalisasi
persaingan
tenaga kerja
kualiti barangan
Apakah halangan yang dihadapi oleh pengusaha tempatan untuk membangunkan inovasi ke tahap antarabangsa?
Tiada bahan mentah
Tiada bantuan kreadit
Tahap teknologi masih rendah
Tiada sokongan daripada pihak kerajaan
