Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TING 4 - ILLUSTRASI & FOTOGRAFI

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi umum ilustrasi?

a)

Ekspresi diri oleh pelukis

b)

Sebarang lukisan yang dihasilkan menggunakan perisian komputer

c)

Penghasilan sesuatu imej bagi tujuan dekorasi, interpretasi dan komunikasi secara visual kepada teks, proses idea ataupun konsep

d)

Imej yang dihasilkan dalam pelbagai media atau medium dan teknik serta merupakan lukisan secara manual sesuatu yang ingin digambarkan.

2.

" Umumnya dikaitkan dengan penceritaan yang disampaikan berbentuk ilustrasi dalam satu atau lebih panel yang dihasilkan secara berturutan (juga dikenali sebagai sequential art). "


Pernyataan di atas merujuk kepada jenis ilustrasi _________

a)

Fesyen

b)

Dekoratif

c)

Komik dan Animasi

d)

Buku Cerita Kanak-kanak

3.

Manakah antara berikut, media dan teknik yang sering digunakan dalam penghasilan karya ilustrasi?


I Pen

II Pensel warna

III Batik canting

IV Cetakan sutera saring

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Karya ilustrasi di atas ialah jenis __________.

a)

Ilustrasi Pengiklanan

b)

Ilustrasi Sains dan Perubatan

c)

Ilustrasi Industri dan Teknikal

d)

Ilustrasi Buku Cerita Kanak-kanak

5.

Kawaii merujuk kepada _____________.

a)

jenis ilustrasi

b)

karya yang bersifat comel dan menawan

c)

media dan teknik bagi ilustrasi

d)

ilustrator yang menghasilkan komik

6.

Manakah antara berikut, susunan yang tepat bagi menunjukkan proses penjanaan idea bergambar?

a)

Thumbnail dan Rough

b)

Thumbnail dan Comprehensive

c)

Thumbnail, Rough dan Comprehensive

d)

Thumbprint, Rough dan Comprehensive

7.

Apakah genre fotografi yang akan dihasilkan oleh fotografer yang bertugas di agensi berita?

a)

Fotografi Mikro

b)

Fotografi Jalanan

c)

Fotografi Landskap

d)

Fotografi Kewartawanan

8.

" Stail fotografi yang memfokuskan rakaman kehidupan harian di kawasan awam. "


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah genre fotografi yang dimaksudkan?

a)

Fotografi Potret

b)

Fotografi Jalanan

c)

Fotografi Dokumentari dan Kewartawanan

d)

Fotografi Produk dan Pengiklanan

9.

Apakah teknik fotografi yang dipelopori oleh artis pada era Bauhus pada awal abad ke-20 bagi mengasingkan dan menggabungkan imej atau beberapa imej daripada foto dan elemen grafik?

a)

Fotostat

b)

Photoshop

c)

Fotomontaj

d)

Fotosintesis

10.

Apakah genre fotografi yang mempunyai ciri seperti fotografi fesyen?

a)

Fotografi Seni Halus

b)

Fotografi Dokumentari dan Kewartawanan

c)

Fotografi Alam dan Landskap

d)

Fotografi Produk dan Pengiklanan

11.

Manakah antara pernyataan berikut menerangkan kepentingan genre fotografi?


I Memaksimumkan impak dan nilai sesuatu imej dalam setiap foto yang dihasilkan.

II Keperluan menghasilkan foto yang mempunyai resolusi yang tinggi.

III Mengurangkan kebergantungan kepada perkakasan kamera dan mengoptimakan penggunaan teknologi digital

IV Membantu penonton untuk memahami kandungan (content) dan konteks (context) foto yang dirakam serta memenuhi keperluan pelanggan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Genre fotografi yang sesuai bagi foto di atas ialah ________

a)

Fotografi Potret

b)

Fotografi Dokumentari dan Kewartawanan

c)

Fotografi Alam dan Landskap

d)

Fotografi Produk dan Pengiklanan

13.

Apakah genre fotografi di atas?

a)

Fotografi Jalanan

b)

Fotografi Potret

c)

Fotografi Dokumentari dan Kewartawanan

d)

Fotografi Tangkap Dekat dan Mikro

14.

Siapakah ikon komik tanah air yang terkenal dengan karya bertajuk 'Kampung Boy' ?

a)

Imuda

b)

Nazim Razak

c)

Bachang

d)

Lat

15.

Apakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan ilustrasi di atas?

a)

Sapuan berus kering atas basah

b)

Potongan kayu dan sapuan berus

c)

Tampalan kolaj

d)

Air brush