wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja Tahun 6

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pemburu itu cuba ________________kera dengan menggunakan perangkap yang diperbuat daripada buluh.

a)

menangkap

b)

menangkapi

c)

memerangkap

d)

memerangkapi

2.

Biola itu ________________ oleh Pak Dollah untuk menghiburkan tetamu yang menghadiri majlis persaraan guru besar sekolah itu.

a)

digesek

b)

digesel

c)

dipetik

d)

dipalu

3.

Jamil __________________ Pak Alang kerana kakinya cedera setelah terjatuh di dalam longkang.

a)

memimpin

b)

mendukung

c)

memapah

d)

memaut

4.

Nek Piah _____________________ daun pisang di atas bara api untuk dijadikan pembungkus kuih koci.

a)

melayur

b)

menjemur

c)

membakar

d)

memanggang

5.

Cikgu Aina sempat _________________ senyuman kepada murid-muridnya sebelum meninggalkan kelas.

a)

melepaskan

b)

meluahkan

c)

menghalakan

d)

melemparkan

6.

Kakak ___________________ baju sekolah yang dibasuhnya sebelum menjemurnya di ampaian.

a)

merendam

b)

membilas

c)

mencelup

d)

memerah

7.

Pihak Kastam Malaysia berjaya _________________ berkotak-kotak rokok kretek yang cuba diseludup ke negara jiran.

a)

mendapat

b)

merampas

c)

menawan

d)

mnerenggut

8.

Semua penjual makanan diarah agar _________________ penggunaan bahan pengawet yang tidak dibenarkan untuk mengelakkan keracunan makanan.

a)

menghentikan

b)

memberhenti

c)

hentikan

d)

berhenti

9.

Adik ... gambar-gambar itu dalam buku skrapnya menggunakan gam.

a)

meletak

b)

menampal

c)

membubuh

d)

menampung

10.

Mak Kiah sedang ... tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.

a)

menganyam

b)

menenun

c)

menekat

d)

menjahit