Font size
WorksheetsBunyi Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Bunyi dihasilkan oleh getaran.
Ya
Tidak
Bagaimanakah bunyi ini dihasilkan?
Tiupan
Tepukan
Gesekan
Ketukan
Apabila xilofon ___________, xilofon bergetar.
tepukan
diketuk
ditiup
Apakah yang akan terjadi berdasarkan gambar pilih pernyataan yang betul.
bunyi terhasil akibat tepukan
bunyi terhasil akibat gesekan
bunyi terhasil akibat tiupan
Apabila udara di dalamnya bergetar, bunyi dihasilkan. Apakah alat ini?
Bunyi bergerak ke ________________
satu arah
dua arah
semua arah
Apabila bunyi terkena pada permukaan ................ , bunyi akan dipantulkan semula
kasar
lembut
berkilat
keras
Antara alat muzik tersebut, yang manakah dapat menghasilkan bunyi melalui ketukan?
Gambar menunjukkan pembesar suara yang sedang digunakan. Apa yang dapat diperhatikan pada beberapa butir kacang hijau yang diletakkan di atas pembesar suara tersebut?
Kacang hijau tersebut akan pecah
Kacang hijau tersebut akan bergetar di atas pembesar suara itu
Kacang hijau tersebut akan bercambah
Tiada apa-apa berlaku pada kacang hijau itu
Dalam bidang perubatan, doktor dapat mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan. Antara yang berikut, yang manakah fenomena pantulan bunyi yang terlibat?
Gema
Super Sonik
Ultrasonik
Sonar
Masturah menjerit di dalam gua. Dia dapat mendengar semula suara jeritannya berulangkali. Mengapakah situasi ini berlaku?
Bunyi jeritannya terlalu kuat
Bunyi jeritannya dipantulkan semula
Bunyi jeritannya diejek oleh rakan lain
Tiada apa yang berlaku
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan pencemaran bunyi?
Bunyi guruh semasa hujan lebat
Bunyi ombak di pantai
Bunyi dari kawasan pembinaan
Bunyi air terjun
Antara yang berikut, yang manakah situasi yang menggambarkan bunyi yang tidak memberi faedah dalam kehidupan harian kita?
Bunyi siren daripada kereta polis
Bunyi hon kenderaan di jalan raya
Bunyi loceng kebakaran
Bunyi daripada aktiviti perindustrian
Bagaimanakah bunyi dihasilkan?
Melalui getaran objek
Melalui pemindahan objek
Mengapakah perpustakaan sekolah mempunyai permaidani?
Supaya semua orang boleh membuat bunyi bising
Membantu menyerap bunyi supaya lebih senyap
Supaya kelihatan cantik
Kelawar mengesan bunyi ultrasonik pada jarak jauh. Haiwan manakah mempunyai ciri khas yang sama seperti kelawar?
Iguana
Neut
Ikan lumba-lumba
Buaya
Yang manakah menunjukkan fenomena pantulan bunyi?
Apakah kesan pencemaran bunyi?
Gangguan tidur
Memberi ketenangan
Mendamaikan suasana
Memberi hiburan
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri bunyi yang betul?
Tidak boleh bergerak ke semua arah
Tidak boleh dipantulkan
Tidak boleh diserap
Boleh dipantulkan
Naufal, Fahmi dan Nuqman mendengar bunyi loceng penjual aiskrim dari rumah masing-masing. Apakah inferens berdasarkan maklumat tersebut?
Mereka suka makan aiskrim
Bunyi loceng terlalu kuat
Bunyi bergerak ke semua arah
Bunyi boleh dipantulkan
