Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Berimbuhan (Tahun 3)

Total questions: 20

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ibu sedang ____ daun kelapa untuk dibuat sarung ketupat.

a)

mengayam

b)

dianyam

c)

anyaman

d)

anyam

2.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk ____ seni batik.

a)

dimartabat

b)

memartabat

c)

martabatkan

d)

memartabatkan

3.

Jalan itu kami ___ untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

a)

baiki

b)

ubati

c)

baiki

d)

penuhi

4.

Tolong ____ lukisan itu di ruang tamu.

a)

pamer

b)

pameran

c)

pamerkan

d)

mempamerkan

5.

___yang diberikan oleh jururawat itu menyebabkan budak lelaki itu menangis teresak-esak.

a)

Makanan

b)

Cubitan

c)

Ciuman

d)

Suntikan

6.

Semua murid dikehendaki ____ di dewan sekolah pada pagi itu.

a)

mengumpul

b)

berkumpul

c)

kumpulan

d)

dikumpul

7.

Adeeba ialah anak ___ dalam keluarganya.

a)

kedua

b)

berdua

c)

berduaan

d)

berdua-duaan

8.

Bas yang dinaiki oleh Ammar telah ___ dalam kemalangan.

a)

penglibatan

b)

melibatkan

c)

terlibat

d)

dilibat

9.

Amran ____ pasukan bola sepak sekolahnya ke peringkat daerah yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur.

a)

tertua

b)

diketuai

c)

mengetuai

d)

kepengetuaan.

10.

Banglo lama itu merupakan antara banglo ___ di kawasan tersebut.

a)

terbesar

b)

dibesarkan

c)

membesar

d)

kebesaran

11.

Alex sedang ___ bola bersama kawan-kawannya di padang yang berdekatan dengan rumahnya.

a)

memainkan

b)

bermain

c)

termain

12.

Puan Cheah sedang ____ pakaiannya sewaktu suaminya pulang dari tempat kerja.

a)

dicuci

b)

mencuci

c)

pencuci

13.

Semua ____ bertepuk tangan apabila persembahan di pentas itu tamat.

a)

penonton

b)

menonton

c)

ditonton

14.

Pokok bunga matahari itu ____ oleh Puan Darlina sambil dibantu oleh anaknya, Salwa.

a)

menanam

b)

ditanam

c)

tertanam

15.

Sheela amat ____ penyanyi terkenal itu.

a)

meminati

b)

peminat

c)

berminat

16.

Amber Chia telah _____ sebagai duta bagi syarikat kosmetik antarabangsa itu.

a)

terlantik

b)

melantik

c)

dilantik

17.

Sesiapa yang berminat menyertai ____ itu, sila ambil borang penyertaan daripada Cikgu Radzi.

a)

melawat

b)

lawatan

c)

dilawati

18.

Surat itu ___ oleh Fauzee kepada sahabat baiknya yang tinggal di England.

a)

ditulis

b)

menulis

c)

tertulis

19.

Apabila adik ___ daripada tidur, dia terus menangis.

a)

menjaga

b)

dijaga

c)

terjaga

20.

"Tolong ___ beg ini di atas meja saya," arah Encik Aidid kepada setiausahanya.

a)

diletakkan

b)

letakkan

c)

terletak