wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESEDERHANAAN DAN TOLERANSI

Total questions: 38

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Andai kata anda sedang berada di dalam bas yang penuh dengan penumpang, sebagai seorang yang bertoleransi anda perlu memberikan tempat anda kepada orang-orang di bawah kecuali..................... .

a)

warga tua

b)

seorang yang sihat tubuh badan.

c)

orang kurang upaya

d)

seorang wanita yang mengandung

2.

Yang manakah antara berikut adalah kebaikan apabila kita bertoleransi dengan pelancong luar negara?

a)

Kita akan dipelawa ke negara mereka.

b)

Negara mereka akan memberi duit kepada negara kita.

c)

Peniaga tempatan dapat jualan yang lebih baik.

d)

Pendapatan negara akan bertambah.

3.

Kamu sebagai ketua kelas diberi tugas untuk menghias kelas semasa sambutan Bulan Kebangsaan. Semasa perbincangan, cadangan kamu tidak diterima oleh beberapa orang rakan. Apakah yang patut kamu buat?

a)

Melaporkan kepada guru kelas.

b)

Menjerit dan mengawak keadaan.

c)

Menggunakan kuasa veto sebagai ketua kelas untuk meneruskan cadangan kamu.

d)

Berbincang dengan baik dan menerangkan kebaikan cadangan kamu.

4.

Bertoleransi bermaksud ....................... .

a)

kita hanya hidup dikalangan kaum kita sendiri.

b)

kita hidup sambil memahami tetapi membantah adat dan budaya kaum lain.

c)

kita hidup sambil memahami serta memberi laluan kepada adat dan budaya kaum lain.

d)

kita hidup di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

5.

Semasa menghadiri jemputan rumah terbuka, Almond mengambil makanan mengikut_____________.

a)

hawa nafsu

b)

keperluan

c)

ikut suka

d)

sukatan berat

6.

Ibu bapa kamu memberikan wang perbelanjaan setiap hari. cara kamu bersikap sederhana dengan__________________.

a)

membelanjakan wang sampai habis.

b)

tidak menerima wang saku tersebut.

c)

menyimpan lebihan wang ke dalam tabung.

d)

membuang lebihan wang tersebut

7.

Kepentingan mengamalkan sikap sederhana dapat menjaga___________ orang lain.

a)

diri

b)

duit ringgit

c)

hati dan perasaan

d)

harta orang lain

8.

Apakah perasaan kita bila mengamalkan sikap kesederhanaan dalam masyarakat?

a)

Gembira

b)

Resah

c)

Duka

d)

Lara

9.

Bersikap tidak membuat pertimbangan tanpa

mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

a)

Rasional

b)

Toleransi

c)

Hemah tinggi

d)

Kesederhanaan

10.

Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri

demi kesejahteraan hidup diri dan orang lain.

a)

Rasional

b)

Toleransi

c)

Hemah tinggi

d)

Kesederhanaan

11.

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan.

a)

Baik hati

b)

Toleransi

c)

Berterima Kasih

d)

Kasih Sayang

12.

Darween menggunakan pensel yang dibelikan oleh ibunya sehingga pendek. Ini menunjukkan dia seorang yang

a)

gelojoh

b)

murah hati

c)

tidak membazir

d)

kedekut

13.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila meninggalkan rumah selama beberapa hari.

a)

membuka tingkap

b)

mengunci pintu dapur

c)

membersihkan rumah

d)

menutup semua suiz elektrik

14.

Dweezel memberi lebihan makanan kepada kawannya kerana dia sudah kenyang. Tindakan ini akan menyebabkan dia

a)

disukai kawan

b)

dipuji kawan

c)

dibenci kawan

d)

difitnah kawan

15.

Justin mempunyai pakaian yang sudah tidak muat dengan badannya. Bagaimanakah cara anda membantu dia?

a)

membuang pakaian tersebut

b)

menderma pakaian tersebut

c)

menyimpan pakaian tersebut di dalam stor

d)

membakar pakaian tersebut

16.

Gambar manakah menunjukkan seseorang yang mengamalkan nilai kesederhanaan?

a)
b)
c)
d)
17.

Pernyataan manakah yang menunjukkan nilai kesederhanaan?

a)

Menunjuk-nunjuk kasut baru

b)

Membeli kasut baru apabila kasut lama sudah koyak

c)

Membeli pakaian berjenama supaya tahan lasak

d)

Memasang lampu ketika tidur kerana takut

18.

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak bersikap sederhana?

a)

menjadi terkenal

b)

dihormati di mana sahaja

c)

mendapat penghargaan

d)

masa depan yang tidak terjamin

19.

Richard mendapat ikan yang banyak hasil daripada tangkapannya di laut berhampiran. Apakah yang perlu dilakukan dengan hasil berlebihan tersebut?

a)

memberi kepada jiran tetangga

b)

membuang hasil tangkapannya

c)

membiarkannya membusuk

d)

memasak kesemua hasil tangkapan

20.

Yang manakah antara berikut BUKAN warga sekolah?

a)

Guru

b)

Murid

c)

Ayah

d)

Pekerja am

21.

Semua yang berikut ialah perayaan warga sekolah kecuali...

a)

Hari Raya

b)

Hari Jadi

c)

Tahun Baru Cina

d)

Hari Natal

22.

Saya membantu warga sekolah dengan..

a)

membuang sampah merata tempat

b)

memberi derma kepada kawan yang ditimpa kesusahan

c)

membiarkan pinggan dan cawan kotor di atas meja kantin

d)

membiarkan guru membawa barang dan buku-buku

23.

Kita harus menolong orang dengan ikhlas supaya ......

a)

sentiasa dipuji

b)

disenangi semua orang

c)

diberi ganjaran

d)

dijauhi rakan-rakan

24.

Kita hendak membesar-besarkan sesuatu perkara sehingga menimbulkan persengketaaan.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Sikap bertoleransi dapat melatih diri kita bersikap ________________________.

a)

marah

b)

tamak

c)

suka bergaduh

d)

bersabar

26.

Berikut merupakan amalan toleransi kecuali __________________.

a)

Beratur semasa membeli makanan.

b)

Mengambil makanan secukupnya semasa menghadiri majlis hari jadi.

c)

Bertolak- tolak semasa menaiki bas.

d)

Bersabar dengan kerenah jiran.

27.

Kita hendaklah bersikap _________________ dalam memberi dan menerima pendapat.

a)

tertutup

b)

negatif

c)

menerima

d)

terbuka

28.

Kita akan berasa ______________________ apabila dapat mengawal diri daripada berselisih faham dengan rakan sekelas.

a)

tidak selesa

b)

tidak gembira

c)

tenang

29.

Maksud toleransi...

a)

Bersikap jujur.

b)

Bersikap menyusahkan orang lain.

c)

Sesuatu perkara , pernyataan, kata- kata atau perbuatan yang benar dalam erti kata yang lain adalah tidak menipu dalam perbuatan, tingkah laku atau tutur kata.

d)

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri sendiri bagi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

30.

Berbincang secara baik apabila berhadapan dengan sesuatu situasi adalah salah satu cara bertoleransi.

a)

Setuju

b)

Tidak setuju.

c)

Kurang setuju.

d)

Kesemua di atas.

31.

Mencari tempat lain yang sesuai untuk menjalani latihan tarian agar tidak mengganggu murid yang sedang belajar merupakan salah satu cara bersikap toleransi.

a)

Betul.

b)

Salah.

c)

Kurang tepat.

d)

Kesemua di atas.

32.

Nyatakan kepentingan mengamalkan sikap toleransi demi kesejahteraan sekolah.

a)

merosakkan imej sekolah

b)

Mewujudkan persekitaran yang tidak selesa.

c)

Menyebabkan perselisihan faham dengan orang lain.

d)

Merapatkan hubungan persahabatan antara rakan sekelas

33.

Berdasarkan pernyataan di bawah. Manakah yang TIDAK berkaitan dengan maksud toleransi?

a)

Bersikap sabar dan bertolak ansur

b)

Dapat menerima pendapat orang lain

c)

Hanya menggangap diri sendiri sahaja yang betul

d)

Menghormati kepercayaan orang lain

34.

Antara perbuatan di bawah, manakah perbuatan yang TIDAK mengamalkan nilai toleransi?

a)

Memberi keutamaan kepada orang lebih tua

b)

Sering bersabar dengan perangai rakan lain

c)

Tidak mengabaikan rakan-rakan lain

d)

Mementingkan diri sendiri sewaktu melakukan sesuatu

35.

Apakah kebaikan mengamalkan nilai toleransi di sekolah?

a)

Disayangi oleh jiran

b)

Mengekalkan hubungan baik dengan rakan

c)

Tidak dimarahi oleh ibu bapa

d)

Mendapat pujian

36.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan kebaikan nilai toleransi. Sila pilih satu jawapan yang TIDAK sesuai dengan kebaikan nilai toleransi

a)

Kekalkan hubungan baik dengan orang lain

b)

Mengelakkan pergaduhan

c)

Mendapat keuntungan secara individu

d)

Mewujudkan suasana harmoni

37.

Mei Ling tidak ____________ sambutan perayaan rakannya yang berlainan agama.

a)

mengejek

b)

menghormati

c)

mempercayai

38.

Kita perlu menghormati setiap agama supaya hubungan yang ___________ dapat dijalinkan.

a)

buruk

b)

sengsara

c)

harmoni