Font size
WorksheetsPA S1 TRIAL BATU PAHAT17
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Yang manakah pernyataan di bawah ciri konsep asas sebuah negara?
I Raja yang berdaulat
II Penduduk yang tetap
III Sistem ekonomi yang kukuh
IV Sistem kerajaan yang teratur
Yang manakah benar tentang tujuan pembentukan Malaysia?
I Mengimbangi penduduk
II Menyekat pengaruh British
III Menyeragamkan pentadbiran
IV Mempercepatkan proses kemerdekaan
Yang manakah benar tentang doktrin pengasingan kuasa?
I Kuasa kerajaan dilaksanakan oleh badan yang sama
II Orang yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa
III Setiap komponen kerajaan terlibat tanpa diganggu oleh pihak berkuasa yang lain
IV Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang diberikan kepada bahagian lain
Yang manakah benar tentang Ketua Setiausaha Negara?
I Setiausaha Kabinet
II Ketua Perkhidmatan Awam
III Saraan ditetapkan oleh Parlimen
IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perkenaan Majlis Raja-Raja
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya ?
I Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
II Membuat kajian persempadanan semua kawasan pilihan raya
III Menjalankan urusan pendaftaran pemilihan baru dan semakan daftar pemilih
IV Menentukan tarikh persidangan pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya
*Kekosongan kerusi Parlimen Sabah akan diisytiharkan apabila seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya, meninggal dunia, atau berhenti menjadi ahli.
kekosongan kerusi Parlimen di atas mesti dipenuhi dalam tempoh
60 hari
90 hari
120 hari
180 hari
Yang manakah kepentingan melaksanakan tadbir urus yang baik?
I Meningkatkan imej negara
II Menghasilkan sistem dokumentasi yang luwes
III Meningkat sokongan politik kepada kerajaan
IV Mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan
*Merancang dan melaksanakan dasar serta program untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
*Membangunkan kaum hawa dengan memberi latihan agar mereka dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Pernyataan di atas merujuk kepada..
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
*Permohonan lesen urus niaga dapat dipendekkan
*Urusan dengan agensi kerajaan dipermudahkan
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri tadbir urus yang..
akauntabiliti
responsif
cekap
telus
Yang manakah benar tentang tugas Perdana Menteri?
I Mengetuai Jemaah Menteri
II Melantik Setiausaha Jemaah Menteri
III Memegang kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
IV Memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen
Yang manakah tugas Kabinet?
Melantik setiausaha politik
Merancang dasar pembangunan negara
Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan
Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan
Yang manakah merupakan badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I Majlis Tanah Negara
II Majlis Tindakan Negara
III Majlis Ekonomi
IV Majlis Kewangan Negara
Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik?
Penentuan skim gaji
Pengaruh amalan tradisi
Perkembangan teknologi
Pendidikan yang rendah
Kriteria peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah berdasarkan
hubungan baik dengan kerajaan pusat
hasil kerajaan negeri
bilangan penduduk
keluasan negeri
*Rangka kerja yang inovatif dan kreatif
*Pemantau Indeks Pencapaian Utama (KPI)
Pernyataan di atas merujuk kepada langkah untuk...
mempercepatkan pencapaian matlamat Wawasan 2020
meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam
memperbaharui strategi pembangunan negara dalam bidang pendidikan
mengurangkan kelemahan dan karenah birokrasi dalam perkhidmatan awam
