wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Izinkan _____ mengubati penyakit Tuan Puteri Kembang Cina, tuanku," sembah Merah Sulung kepada sultan.

a)

hamba

b)

patik

c)

saya

d)

beta

2.

Pihak sekolah akan memberikan bantuan _____ murid-murid yang kurang berkemampuan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

a)

bagi

b)

pada

c)

untuk

d)

kepada

3.

Jurulatih itu menggunakan _____ untuk mencatat kepantasan larian anak buahnya semasa ujian kecergasan.

a)

jam randik

b)

jam loceng

c)

jam tangan

d)

jam dinding

4.

Makanan-makanan yang _____ dapat menyebabkan penyakit diabetes.

a)

tawar

b)

pahit

c)

manis

d)

masin

5.

Para penyokong pasukan bola sepak itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka memenangi perlawanan tersebut semakin _____.

a)

getir

b)

genting

c)

tipis

d)

runcing

6.

_____, besarnya rumah baharu pak long!

a)

Oh

b)

Ah

c)

Wah

d)

Aduh

7.

_____ karnival keusahawanan itu akan diadakan?

a)

Apakah

b)

Bilakah

c)

Mana

d)

Siapa

8.

Asrama yang kamu tinggal itu di _____?

a)

apa

b)

siapa

c)

mana

d)

mengapa

9.

Jumlah pelancong yang datang di negara kita ini kian _____.

a)

menarik

b)

meningkat

c)

meleset

d)

membesar

10.

Badan anak lelakinya itu _____ terkena air panas.

a)

meresap

b)

mereput

c)

melecur

d)

mengecut

11.

Nasihat yang diberikan oleh Cikgu Zaim _____ dapat juga mengubah sikap Emir yang nakal itu.

a)

seelok-eloknya

b)

sebaik-baiknya

c)

setidak-tidaknya

d)

seboleh-bolehnya

12.

Mulut bayi yang berusia tujuh bulan itu _____ apabila melihat aiskrim yang dimakan oleh abangnya.

a)

terketar-ketar

b)

terkecap-kecap

c)

terkebil-kebil

d)

tercungap-cungap

13.

Pemuda itu _____ oleh tuan rumah untuk melangsaikan hutang rumah sewanya.

a)

digesa

b)

menggesa

c)

tergesa

d)

gesaan

14.

Biskut coklat cip yang dijual oleh Kak Adriana itu sungguh enak.

a)

Cip biskut coklat

b)

Coklat cip biskut

c)

Biskut cip coklat

d)

Biskut coklat cip

15.

Raisya makan malam bersama-sama dengan keluarganya di Seri Kembangan Restoran.

a)

Kembangan Seri Restoran

b)

Seri Restoran Kembangan

c)

Restoran Seri Kembangan

d)

Seri Kembangan Restoran

16.

Murid-murid tingkatan satu membantu Cikgu Intan menceriakan pusat sumber sekolah.

a)

sekolah pusat sumber

b)

sumber pusat sekolah

c)

sumber sekolah pusat

d)

pusat sumber sekolah

17.

Dengan adanya kemudahan Internet kita dapat mengetahui segala isu-isu semasa dengan cepatnya.

a)

segala semasa isu

b)

segala isu semasa

c)

isu semasa-semasa

d)

segala isu-isu semasa

18.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah betul atau salah.


Budak lelaki itu ketua kelas saya.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah betul atau salah.


Tuk Rahim mengalami sakit lutut akibat jatuh kedudukan semasa hendak melintas jalan.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah betul atau salah.


Pintu yang rosak itu telah dibaiki oleh kami dua hari yang lalu.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah betul atau salah.


Pihak polis telah mengesan kedudukan perompak yang diburu itu.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ini sama ada ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan atau ayat permintaan.


Siapkan kerja itu sekarang.

a)

ayat silaan

b)

ayat suruhan

c)

ayat larangan

d)

ayat permintaan

23.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ini sama ada ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan atau ayat permintaan.


Jangan berkawan dengan remaja yang gemar berpelesiran.

a)

ayat silaan

b)

ayat suruhan

c)

ayat larangan

d)

ayat permintaan

24.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ini sama ada ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan atau ayat permintaan.


Tolong hantar tugasan itu pada hari Jumaat.

a)

ayat silaan

b)

ayat permintaan

c)

ayat larangan

d)

ayat suruhan

25.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ini sama ada ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan atau ayat permintaan


Engkau tunggu aku di pusat beli-belah itu.

a)

ayat silaan

b)

ayat suruhan

c)

ayat larangan

d)

ayat permintaan

26.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ini sama ada ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan atau ayat permintaan.


Jemput makan hidangan di atas meja itu.

a)

ayat silaan

b)

ayat suruhan

c)

ayat larangan

d)

ayat permintaan

27.

Yahaya minum beberapa _____ air untuk menghilangkan dahaga.

a)

tongkol

b)

tangkal

c)

titis

d)

teguk

28.

Mak Minah _____ halus daging lembu itu untuk dijadikan inti karipap.

a)

memotong

b)

menghiris

c)

mencincang

d)

membelah

29.

Beliau _____ bintang kebesaran oleh Sultan dalam majlis rasmi itu.

a)

dianugerahkan

b)

dianugerahi

c)

menganugerahkan

d)

menganugerahi

30.

Ibu _____ tangan adik ketika melintas jalan.

a)

menghimpit

b)

memimpin

c)

menuntun

d)

menarik