NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU (UMUM)
Total questions: 50
Worksheet time: 26mins
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
tengik amat
busuk sekali
hapak sungguh
hanyir sekali
Mak Munah __________ apabila melihat anaknya pulang dari Kuala Lumpur.
sedih benar
rindu benar
gembira benar
risau benar
Tentukan POLA AYAT bagi ayat dasar berikut :
Bas itu dari Seremban
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Tentukan POLA AYAT bagi ayat dasar berikut :
Puan Ramziah guru Bahasa Melayu di sekolah saya
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Tentukan POLA AYAT bagi ayat dasar berikut :
Para pelajar memakai uniform sekolah.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Apakah SUBJEK bagi ayat di bawah :
Wanita itu sahabat pena kakak saya
sahabat pena
Wanita itu
sahabat pena kakak saya
Wanita
Apakah PREDIKAT dalam ayat di bawah :
Mirza di Pulau Langkawi bersama-sama keluarganya
Mirza
di Pulau Langkawi
bersama-sama keluarganya
di Pulau Langkawi bersama-sama keluarganya
Apakah JENIS FRASA bagi yang bergaris dalam ayat di bawah :
Pokok rambutan itu sangat rendang
Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama
Apakah JENIS FRASA bagi frasa bergaris dalam ayat di bawah :
Mereka menginap di Hotel Mandarin
Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama
Tentukan POLA AYAT bagi ayat dasar berikut :
Cikgu Zakaria sedang berkursus di Kuala Lumpur.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Tentukan POLA AYAT bagi ayat dasar berikut :
Para doktor telah merawat mangsa-mangsa kebakaran itu
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
________________ masuk ke bilik guru tanpa kebenaran
Tolong
Sila
Jangan
_____________mandi di sungai itu lagi tanpa pengawasan orang dewasa.
Minta
Usah
Jangan
_____________ menikmati hidangan ini sementara masih panas-panas.
Mintalah
Tolong
Jemputlah
"___________bawa bungkusan hadiah ini ke ruang tamu dengan berhati-hati," kata kakak kepada Atan.
Tolong
Jemput
Sila
"_________tuan-tuan dan puan-puan dapat bersabar menunggu ketibaan tetamu khas kita pada hari ini," kata pengacara majlis tersebut.
Sila
Jemput
Harap
__________ alihkan kenderaan tuan yang menghalang laluan kenderaan lain itu dengan segera.
Usah
Jemput
Sila
Pilih jawapan yang betul.
Hati Fuad ___________ apabila tiba gilirannya untuk mendeklamasikan sajak di atas pentas.
berkobar-kobar
berdebar-debar
bergerak-gerak
berdentum-dentum
Pilih jawapan yang betul.
Kedengaran _________ suara orang meminta tolong ketika pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari pengembara yang sesak di dalam hutan.
jauh-jauh
jelas-jelas
sayup-sayap
samar-samar
Pilih jawapan yang betul.
Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
genggam ..... segerombolan
batang ..... sekumpulan
ketul ..... sekawan
kepal ..... seekor
Pilih jawapan yang betul.
_________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu.
Sebatang ..... biji
Sedas ..... buah
Selaras ..... butir
Sekaki ..... butir
Pilih jawapan yang betul.
Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
sebakul ..... seberkas
selonggok ..... seikat
seberkas ..... seikat
sekawan ..... segulung
"Bilakah __________akan berangkat ke London?" tanya Nureen kepada Azreen.
dia
kami
kamu
dikau
Jika tin itu tidak ditutup dengan kemas, biskut di dalamnya akan ______________
tengik
lembik
empuk
lemau
Salsabella bukan saja cemerlang dalam pelajaran ______________ dia juga seorang yang handal bersilat.
tetapi
malahan
sejak
kecuali
Ariff terpesona _______________ kemerduan suara penyanyi itu.
oleh
kepada
dengan
pada
Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu
sama ada bandar atau desa
sama ada di bandar atau di desa
sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa
sama ada di bandar atau desa
Barang-barang antik yang mereka temui itu berusia kira-kira 100 tahun.
yang ditemukan oleh mereka itu
yang ditemui oleh mereka itu
yang mereka temukan itu
yang mereka temui itu
Apabila berjanji, kita hendaklah tunai janji itu.
hendaklah tunaikan janji itu
mestilah tunai janji itu
hendaklah menunaikan janji itu
hendaklah tunai janji itu
Pilih peribahasa yang sesuai.
Murid-murid yang tidak suka membaca pelbagai bahan bacaan perlu mengubah sikap mereka agar mereka tidak cetek ilmu pengetahuan.
seperti kacang lupakan kulit
iku hati mati, ikut rasa binasa
seperti katak di bawah tempurung
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah.
Abang Dani berusaha dengan gigihnya untuk memastikan perniagaan kraf tangan yang diusahakannya akan semakin maju kerana dia percaya bahawa dengan usahalah segala matlamat yang kita impikan akan tercapai.
tepuk dada tanya selera
tiada rotan, akar pun berguna
biar berputih tulang, jangan berputih mata
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Zairul membatalkan niatnya untuk membeli telefon pintar itu kerana harganya terlalu _______ sedangkan wang simpanannya sedikit sahaja.
tebal
berat
kasar
mahal
Pilih peribahasa yang sesuai.
Ayah Taufiq memiliki perwatakan yang baik, iaitu sentiasa tenang, penyabar, dan baik tingkah lakunya sehingga menyebabkan disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.
seperti api dalam sekam
seperti air dalam kolam
seperti abu di atas tunggul
seperti rusa masuk kampung
"Semoga persahabatan yang terjalin antara ________ akan kekal selama-selamanya," kata Anis kepada Syafiqah.
kita
saya
kami
kamu
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat dibawah.
Encik Azrin sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.
Di kawasan pelantar minyak, Encik Azrin sentiasa mengutamakan aspek keselamatan.
Aspek keselamatan Encik Azrin sentiasa diutamakan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.
Aspek keselamatan semasa Encik Azrin bekerja di kawasan pelantar minyak sentiasa diutamakan.
Aspek keselamatan sentiasa diutamakan oleh Encik Azrin semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.
Anak Puan Norlita telah meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu tetapi beliau masih tidak dapat menerima ______ itu.
penyataan
pernyataan
kenyataan
menyatakan
Pilih peribahasa yang sesuai.
Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja sebaliknya kerja itu perlu dilakukan hingga selesai.
bagai tikus membaiki labu
seperti kera mendapat bunga
bagai melepaskan batuk di tangga
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya perlulah berusaha, kecuali
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut
Bas yang membawa peserta rombongan ke Kuala Lumpur ________ benar tiba di destinasinya.
cekap
mahir
lambat
lampau
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Peristiwa itu masih segar dalam ingatan kami
II Tumbuh-tumbuhan hidup segar selepas hujan.
III Udara di tepi laut sungguh segar pada waktu senja.
IV Sistem pengurusan di pejabat itu tidak segar sejak akhir-akhir ini.
I dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Hina manusia tidak berbudi
Apakah maksud baris ayat di atas?
Orang yang hina dan tiada budi bahasa
Orang yang berbudi bahasa akan dipandang hina
Orang yang menghina manusia tidak berbudi bahasa
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina
