WorksheetsCAKNA BAHASA
Total questions: 30
Worksheet time: 12mins
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Kita haruslah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Jika tidak kita akan dianggap
bagai kacang lupakan kulit
menatang minyak yang penuh
marahkan nyamuk kelambu dibakar
umpama buah kepayang, di makan mabuk dibuang sayang
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Semasa berbincang, mereka berhati-hati dalam memberikan pendapat. Mereka tidak mahu ada pihak yang berkecil hati. Situasi tersebut amat sesuai dengan peribahasa
menangguk di air keruh
lunak gigi daripada lidah
membuang garam ke laut
menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak
Peribahasa yang berikut membawa maksud nasihat yang tidak dihargai, kecuali
seperti hujan jatuh ke pasir.
mencurah air ke daun keladi.
seperti belut pulang ke lumpur.
masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Peribahasa yang berikut membawa maksud setiap manusia mempunyai sikap yang berlainan antara satu sama lain, kecuali
lain padang, lain belalang.
rambut sama hitam, hati lain-lain.
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu.
Peribahasa yang berikut bermaksud perbuatan yang salah sehingga memalukan diri sendiri, kecuali
menconteng arang ke muka.
meludah ke langit, muka juga yang basah.
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.
malu bertanya sesat jalan, malu mendayung perahu hanyut.
Peribahasa di bawah ini menggambarkan hal-hal yang berhubung dengan kekeluargaan, kecuali
air dicencang tidak akan putus.
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
jika ular menyusur akar, tiada hilng bisanya.
Seperti sibuta mendapat tongkat.
Peribahasa di atas membawa maksud
membuat sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
bersikap sombong setelah memperoleh sesuatu.
melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri sendiri.
sengaja mencari masalah yang akan menyusahkan diri sendiri.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Peribahasa yang mempunyai maksud hampir sama dengan peribahasa di atas ialah
lembu punya susu, sapi dapat nama.
seekor lembu membawa lumpur, habis semuanya terpalit.
nasi sudah menjadi bubur.
pucuk dicita ulam mendatang.
Tiada rotan, akar pun berguna
Peribahasa di atas bermaksud
sesiapa yang rajin berusaha akan memperloleh rezeki.
kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.
sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri.
sesuatu yang hilang secara tiba-tiba.
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
Peribahasa di atas membawa maksud
melakukan sesuatu perkara hendaklah sentiasa berhati-hati.
seseorang yang suka mengata orang lain tetapi diri sendiri juga tidak betul.
seseorang akan menerima akibat daripada apa-apa yang dilakukan olehnya.
diri sendiri mendapat malu akibat menceritakan keburukan keluarga kepada orang lain.
Rozita melonjak kegembiraan apabila abangnya menghadiahkan sepasang kasut sukan yang sudah lama diidam-idamkannya.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
seperti kera mendapat bunga.
bagai pungguk rindukan bulan.
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
orang mengantuk disorongkan bantal.
Melakukan perbuatan yang sia-sia
Peribahasa yang tidak menggambarkan maksud di atas ialah
bagai pohon kayu tidak berbuah.
bagai bersuluh di tengah hari.
bagai mencurah garam ke laut.
bagai menurah air ke daun keladi.
Peribahasa-peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang tamak, kecuali
seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan si tuli.
seperti Belanda minta tanah.
seperti anjing dengan bayang-bayangnya.
yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
Pilih ejaan yang betul.
antidadah
anti-dadah
Pilih ejaan yang betul.
bowling
boling
Pilih ejaan yang betul.
deligasi
delegasi
Pilih ejaan yang betul.
gembleng
gembeleng
Pilih ejaan yang betul.
losen
losyen
lotion
Pilih ejaan yang betul.
peletakan
perletakan
perletakkan
Pilih ejaan yang betul.
mee
mi
Pilih ejaan yang betul.
sabsidi
subsidi
Pilih ejaan yang betul.
stoking
stokin
stocking
Pilih ejaan yang betul.
taugeh
tauge
Pilih ejaan yang betul.
nasionalisma
nasionalisme
Pilih ejaan yang betul.
audiens
audien
Pilih ejaan yang betul.
kerinting
keriting
Pilih ejaan yang betul.
kolesterol
kolestrol
Pilih ejaan yang betul.
catit
catat
Pilih ejaan yang betul.
baucar
baucer
Pilih ejaan yang betul.
analisis
analisa
