wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tokoh Bahasa Melayu dan sumbangan

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Beliau dilahirkan di Jitra, Kedah dan merupakan pakar nahu bahasa Melayu. Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya (UM), Timbalan Naib Canselor UM dan Pengarah dan Penyandang Pertama Kursi Za’ba Institut Peradaban Melayu (IPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (Disember 2001 – Ogos 2005)

Anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan ?

a)

Asmah Haji Omar

b)

Nik Safiah Karim

c)

Hassan Ahmad

d)

Za'ba

2.

Beliau pernah menulis esei tentang bahasa, sastera dan penerbitan, mengemukakan banyak kertas kerja dalam persidangan-persidangan bahasa dan penerbitan buku pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta orang penting dalam menyelaras ejaan dan istilah dalam BM.


Siapakah tokoh bahasa tersebut?

a)

Nik Safiah Karim

b)

Hassan Ahmad

c)

Asmah Haji Omar

d)

Awang Sariyan

3.

Nahu Kemas Kini

Bahasa Malaysia Kini

Ensiklopedia Bahasa Melayu


Senarai di atas ialah buku yang ditulis oleh tokoh bahasa. Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan.

a)

Nik Safiah Karim

b)

Hassan Ahmad

c)

Asmah Haji Omar

d)

Keris Mas

4.

Liku – liku Bahasa ,Yang Indah itu Bahasa, Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu .


Siapakah tokoh bahasa yang menghasilkan buku tersebut ?

a)

Hassan Ahmad

b)

Nik Safiah Karim

c)

Asmah Haji Omar

d)

Zainal Abidin bin Ahmad

5.

Tokoh bahasa ini telah merupakan pengkarya pertama yang keluar daripada corak penulisan tradisional dan digelar sebagai Bapa Sastera Moden.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan?

a)

Abdullah Munsyi

b)

Raja Ali Haji

c)

Zainal Abidin bin Ahmad

d)

Mejar Mohd. Said bin Haji Sulaiman

6.

Salasilah Melayu Bugis

Tuhfat Al-Nafis

Bustanul Katibin

Gurindam 12


Karya di atas dihasilkan oleh ...

a)

Abdullah Munsyi

b)

Za'ba

c)

Mejar Mohd Said bin Hj. Sulaiman

d)

Raja Ali Haji

7.

Buku yang dihasilkan oleh tokoh berikut ialah Buku Katan, Jalan Bahasa Melayu dan Buku Ketetapan Hejaan Melayu.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan ?

a)

Za'ba

b)

Raja Ali Haji

c)

Abdullah Munsyi

d)

Mejar Mohd. Said bin Hj. Sulaiman

8.

1. Rahsia Ejaan Jawi

2. Ilmu Mengarang Melayu

3. Pelita Bahasa Melayu


Karya tersebut telah dihasilkan oleh...

a)

Abdullah Munsyi

b)

Raja Ali Haji

c)

Za'ba

d)

Mejar Mohd. Said bin Hj. Sulaiman

9.

Syair Singapura Terbakar dan Cetera Kapal Asap dan karya terjemahan iaitu Hikayat Dalilah dan Daminat telah dihasilkan oleh tokoh bahasa tersebut.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan ?

a)

Za'ba

b)

Raja Ali Haji

c)

Abdullah Munsyi

d)

Mejar Mohd. Said bin Hj. Sulaiman

10.

Tokoh bahasa ini dilahirkan di Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau telah menghasilkan karya antaranya Daftar Ejaan Melayu, Pelita Bahasa Melayu, dan pernah menerbitkan majalah Guru.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan ?

a)

Abdullah Munsyi

b)

Zainal Abidin bin Ahmad

c)

Mejar Mohd. Said bin Haji Sulaiman

d)

Raja Ali Haji