wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Menulis Ulasan Bahasa Melayu

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Ulasan mesti dimulakan dengan ........

a)

isi tersirat

b)

isi tersurat

c)

arahan / pendahuluan

d)

penutup

2.

Selepas menulis isi tersurat, ........... perlu ditulis.

a)

Arahan / Pendahuluan

b)

Isi tersurat

c)

Isi tersirat

d)

Penutup

3.

Ayat terakhir yang perlu ditulis dalam ulasan adalah .....

a)

Isi tersurat

b)

Isi tersirat

c)

Arahan / Pendahuluan

d)

Penutup

4.

Apakah punca-punca masalah ponteng sekolah?

a)

letih

b)

kehilangan minat untuk belajar

c)

terpengaruh oleh rakan-rakan

d)

tidur

5.

Apakah tajuk ulasan yang sesuai bagi gambar tersebut ?

a)

Ulasan ialah ringkasan

b)

Gambar ini menunjukkan usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional.

c)

Gambar ini untuk mengekalkan permainan tradisional.

6.

Tandakan yang manakah isi tersurat ? (Jawapan lebih dari 1)

a)

Mewujudkan aktiviti kokurikulum yang berunsurkan permainan tradisional.

b)

Menganjurkan pesta permainan tradisional.

c)

Menaik pasaran tradisional

7.

Pilih ayat yang betul untuk menulis isi tersurat.

a)

Antaranya ialah wujudkan aktiviti kokurikulum berfokus permainan tradisional, menganjurkan pesta permainan tradisional dan menaik taraf prasarana.

b)

Antaranya ialah permainan tradisional, menaik taraf dan buat pesta.

c)

Antaranya ialah menarik minat murid, fokus kepada generasi muda dan baiki prasarana.

8.

Yang manakah isi tersirat bagi gambar di atas? (Jawapan lebih daripada 1)

a)

Menarik minat generasi muda dalam permainan tradisional.

b)

Membeli permainan tradisional.

c)

Meningkatkan kemahiran dan cara permainan tradisional dalam kalangan rakyat.

9.

Apakah penutup bagi gambar di atas ?

a)

Kesimpulannya,kita perlulah bersama berganding bahu meningkatkan permainan tradisional dalam kalangan rakyat.

b)

Kesimpulannya, kita mestilah bina banyak prasarana untuk permainan tradisional.

c)

Kesimpulannya, kita perlulah bersyukur dengan apa yang ada.

10.

Apakah perbezaan antara pendahuluan dan penutup dalam ulasan ? ( Jawapan lebih dari 1)

a)

Pendahuluan ialah ayat yang di tulis di permulaan ulasan.

b)

Penutup ialah ayat yang di tulis di permulaan ulasan

c)

Pendahuluan ialah ayat yang ditulis di akhiran ulasan

d)

Penutup ialah ayat yang ditulis di akhiran ulasan

11.

Manakah penutup yang sesuai?

a)

Oleh itu, kita mestilah menganjurkan permainan tradisional.

b)

Kesimpulannya, usaha-usaha mengekalkan permainan tradisional perlulah dikekalkan demi menjaga tradisi dalam kalangan rakyat.

c)

Oleh itu, kita perlulah melakukan segala apa yang ada demi negara.

12.

Tajuk : Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Kehendak soalan : Cara Pengisian Bulan Kemerdekaan

Berdasarkan gambar, tandakan dua isi TERSURAT yang boleh ditulis dalam ulasan anda.

( Jawapan lebih daripada 1)

a)

Rakyat mengibar Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan.

b)

Sambutan Bulan Kemerdekaan dapat melahirkan rasa cinta akan negara

c)

Pihak sekolah mengdakan pertandingan kemerdekaan seperti mendeklamasi sajak kemerdekaan.

d)

Sambutan kemerdekaan dapat menambah ilmu pengetahuan murid tentang sejarah negara.

13.

Tajuk : Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Kehendak soalan : Cara Pengisian Bulan Kemerdekaan

Berdasarkan gambar, tandakan dua isi TERSIRAT yang boleh ditulis dalam ulasan anda.

(Jawapan lebih daripada 1)

a)

Rakyat mengibar Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan.

b)

Sambutan Bulan Kemerdekaan dapat melahirkan rasa cinta akan negara

c)

Pihak sekolah mengdakan pertandingan kemerdekaan seperti mendeklamasi sajak kemerdekaan.

d)

Sambutan kemerdekaan dapat menambah ilmu pengetahuan murid tentang sejarah negara.

14.

Tajuk : Keselamatan Jalan Raya

Kehendak soalan : Cara-cara mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSURAT yang sesuai.

( Jawapan lebih daripada 1)

a)

Pemandu akan hilang tumpuan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

b)

Pemandu memeriksa keadaan kenderaan sebelum membuat perjalanan.

c)

Pemandu memandu dengan had laju yang ditetapkan.

d)

Kemalangan jalan raya akan menyebabkan kecederaan dan kematian.

15.

Tajuk : Permainan Tradisional

Kehendak soalan : Kebaikan memperkenalkan Permainan Tradisional.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSURAT .

a)

Permainan tradiisional dapat merapatkan hubungan kekeluargaan,

b)

Permainan tradisional dapat menarik pelancong luar datang ke Malaysia.

c)

Kerajaan haruslah mengadakan kempen memperkenalkan dan memartabatkan permainan tradisional.

d)

Pihak sekolah membuat program bertemakan permainan tradisonal terutama ketika aktiviti kokurikulum.

16.

Tajuk : Permainan Tradisional

Kehendak soalan : Kebaikan memperkenalkan Permainan Tradisional.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSIRAT .

a)

Permainan tradiisional dapat merapatkan hubungan kekeluargaan,

b)

Permainan tradisional dapat menarik pelancong luar datang ke Malaysia.

c)

Kerajaan haruslah mengadakan kempen memperkenalkan dan memartabatkan permainan tradisional.

d)

Pihak sekolah membuat program bertemakan permainan tradisonal terutama ketika aktiviti kokurikulum.

17.

Pilih ayat ulasan yang betul.

Faedah membaca : menambah ilmu pengetahuan.

Penanda wacana : Selain itu.

a)

Selain itu, faedah membaca adalah dapat menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai subjek.

b)

Selain itu, membaca memberikan faedah dalam menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai subjek.

18.

.................., membaca memberikan banyak faedah misalnya memberikan pengetahuan tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.


Pilih penanda wacana yang sesuai.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Seterusnya

19.

Langkah pencegahan Covid-19 adalah ...

a)

Kompaun RM1000

b)

Penjarakan sosial

20.

Pilih ayat isi yang PALING TEPAT untuk faedah menabung seperti dalam gambar di atas.

a)

Di samping itu, kita perlulah faedah menabung supaya melatih diri berjimat cermat.

b)

Di samping itu, kita perlulah menabung untuk melatih diri berjimat cermat agar dapat mengelakkan pembaziran.

c)

Di samping itu, kita perlulah menabung supaya dapat melatih diri berjimat cermat untuk mengelakkan pembaziran dalam kehidupan harian.

21.

PILIH ayat pendahuluan YANG PALING TEPAT bagi ulasan anda.

a)

Banyak faedah dengan amalan menabung.

b)

Gambar menunjukkan faedah menabung. Banyak faedah yang kita peroleh daripada amalan menabung.

c)

Antara faedah menabung ialah dapat melatih diri berjimat cermat, kegunaan waktu kecemasan dan simpanan hari tua.

22.

PILIH ayat penutup YANG PALING TEPAT bagi ulasan anda.

a)

Kesimpulannya, amalan menabung merupakan amalan yang baik dan harus dipupuk sejak dari kecil lagi.

b)

Penutupnya, amalan menabung merupakan amalan yang baik dan harus dipuluk sejak dari kecil lagi.

c)

Kesimpulannya, amalan menabung memberi banyak faedah.