WorksheetsSains Tingkatan 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
antara bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam sinki?
serbuk plumbum
asid pekat
bromin
cuka
apakah yang dibekalkan semasa hembusan CPR?
oksigen
nitrogen
hidrogen
argon
bagaimanakah cara untuk melakukan Heimlich Manoeuvre pada bayi tercekik?
tepuk pada bahagian perut mangsa
terbalikkan badan mangsa
angkat kaki mangsa
tepuk pada belakang badan mangsa
antara situasi berikut, yang manakah tidak memerlukan bantuan CPR?
batuk yang teruk
tidak bernafas
tiada degupan jantung
tiada gerak balas terhadap ransangan
zamani baru selesai menjalani senaman harian selama satu jam di gim. apakah bacaan suhu yang mungkin sekiranya dia mengukur suhu badannya sebaik sahaja selesai menjalani senaman cergas?
suhu badannya melebihi suhu badan normal
suhu badannya rendah berbanding dengan suhu badan normal
suhu badannya kekal normal
suhu badannya sentiasa berubah-ubah
kamarul adalah obes. apakah cara yang selamat yang boleh dilakukan untuk beliau mengurangkan jisim badannya?
kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula
kerap mengambil snek bagi menambah kalori
banyakkan berehat untuk mengurangkan penggunaan tenaga
ambil ubat untuk menurunkan jisim badan
antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan sumber tenaga boleh baharu?
sumber tenaga angin
sumber tenaga geoterma
sumber tenaga hidro
sumber tenaga arang batu
antara sel berikut, yang manakah merupakan hasil pembahagian sel secara meosis?
sel otot
sel saraf
sel hati
sperma
berapakah bilangan kromosom dalam sel soma seorang lelaki?
44 + XX
44 + XY
46 + XX
46 + XY
Lintah bulan dan beluncas mempunyai ciri sepunya. antara yang berikut, yang manakah ciri sepunya bagi haiwan-haiwan tersebut?
mempunyai rangka luar yang keras
berat badan disokong oleh daya apungan air
menggunakan bendalir di dalam badan untuk menyokong badan
rangka dalam memberi sokongan kepada badan
bagaimanakah cara zirafah mengekalkan kestabilan badannya semasa minum air?
berdiri tegak dan membengkokkan lehernya
mempunyai saiz badan yang besar
mempunyai kaki yang panjang
mengangkankan kakinya
pernyataan yang manakah tidak benar tentang hormon?
hormon adalah bahan kimia organik
hormon dihasilkan dalam jumlah yang banyak
hormon dirembeskan secara terus ke dalam salur darah
hormon yang tidak lagi digunakan dimusnahkan di dalam hati
hormon pertumbuhan yang berlebihan akan menyebabkan
kekerdilan
goiter
kegergasian
hipoglisemia
antara yang berikut, yang manakah bukan kesan penyalahgunaan alkohol?
ulser perut
peningkatan degupan jantung
sirosis hati
percakapan tidak jelas
antara isotop berikut, yang manakah digunakan dalam bidang perubatan?
karbon - 14
iodin - 131
uranium-235
fosforus-32
apakah kegunaan kobal-60 dalam bidang teknologi makanan?
membasmi mikroorganisma pada sayur-sayuran
membunuh sel kanser
meningkatkan kadar penyerapan baja
mengenal pasti lokasi kebocoran paip
antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan aloi?
keluli
karbon
piuter
loyang
apakah komponen utama kaca?
boron oksida
kalsium karbonat
silika
natrium oksida
antara berikut, yang manakah diperbuat daripada seramik?
radas makmal
prisma kaca
tingkap kaca
gigi palsu
antara beriku, yang manakah bukan kesan penyalahgunaan ubat-ubatan?
menyebabkan kematian
penyakit dapat sembuh dengan cepat
menyebabkan ketagihan ubat jika diambil secara berlebihan
menyebabkan kesan sampingan seperti muntah dan demam
