Font size
WorksheetsBahasa Istana_BM SK Tahap 2
Total questions: 30
Worksheet time: 20mins
Pilih kosa kata Bahasa Istana yang betul bagi perkataan bergaris dalam ayat.
Baginda akan menginap di Istana Hinggap di Batu Hampar apabila berangkat tiba di Segamat.
bermalam
bersiram
bersemayam
beradu
Isi ruang kosong dengan perkataan yang tepat.
Seluruh rakyat Johor berkabung di atas ____________ Tunku Laksamana Tunku Jalil Sultan Ibrahim.
keberangkatan
almarhum
kemangkatan
kematian
Pilih kosa kata Bahasa Istana yang terdapat dalam ayat di bawah.
Permaisuri sedang beradu ketika Sultan berangkat pulang ke istana setelah hampir seminggu berburu di hutan.
Permaisuri
beradu
berangkat
pulang
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ____________ untuk mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 75 individu.
bersetuju
mengizinkan
bertitah
berkenan
“ ________ akan menurut perintah tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.
Hamba
Beta
Patik
Saya
Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ___________ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
Beliau
Baginda
Dia
Beta
"Adinda (a) di kolam yang jernih dan dingin airnya dengan ditemani beberapa orang dayang," kata Tuan Puteri Lela Sari kepada kakanda sultan.
“ _________ berjanji akan membangunkan kawasan ini,” titah Sultan Sulaiman.
Beta
Patik
Tuan hamba
Baginda
“Bilakah _________ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
sultan
tuanku
baginda
tuan hamba
Baginda Sultan Perak telah ____________ ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu.
berkenan
bertitah
bersiram
berangkat
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Baginda akan (a) di Istana Kayangan mulai tahun 2020.
Yang Dipertuan Agong telah __________________ untuk merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
menjunjung kasih
merafak sembah
mencemar duli
memohon perkenan
“Tarian yang _______________ persembahkan di hadapan _______________ merupakan tarian istana Melayu zaman silam,” kata Norli kepada pemberita.
saya...baginda
aku...tuanku
aku...baginda
patik...tuanku
“Beta ingin _________ sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda.
bersantap
beradu
bersiram
bersemayam
Sultan Alauddin yang mangkat itu akan ____________ dengan penuh adat istiadat diraja.
dimakamkan
disemadikan
dikebumikan
dikuburkan
“Sultan amatlah risau akan ancaman lanun di Persiaran Selat Melaka. ________ menitahkan _________ menangkap lanun-lanun itu segera,”Kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah.
Tuanku...tuan hamba
Beta...patik
Baginda...patik
Baginda...tuan hamba
Pilih kosa kata Bahasa Istana yang betul bagi perkataan bergaris dalam ayat.
Seramai 725 individu akan menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan bersempena dengan ulang tahun kelahiran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan minggu hadapan.
kemasyghulan
pertabalan
pengurniaan
keputeraan
Isikan ruang kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.
Sudah satu purnama lamanya putera raja itu jatuh (a) , iaitu sejak baginda berangkat pulang daripada berburu.
Isikan ruang kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.
Bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan baginda, satu majlis (a) diraja diadakan di Istana Negara.
Istiadat _____________ putera sulung baginda sebagai tengku mahkota dihadiri oleh sekalian kerabat diraja serta para pembesar negeri.
pertabalan
keputeraan
naik takhta
pelantikan
"Mengapakah ____________ bersedih”? tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.
baginda
patik
hamba
tuan hamba
Raja akan _________ sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.
mangkat
masyghul
beradu
murka
Nyatakan kosa kata Bahasa Istana bagi kosa kata Bahasa Melayu biasa berikut.
sakit = (a)
Nyatakan kosa kata Bahasa Istana bagi kosa kata Bahasa Melayu biasa berikut.
allahyarham = (a)
Nyatakan kosa kata Bahasa Istana bagi kosa kata Bahasa Melayu biasa berikut.
mandi = (a)
Nyatakan kosa kata Bahasa Istana bagi kosa kata Bahasa Melayu biasa berikut.
makan = (a)
Nyatakan kosa kata Bahasa Istana bagi kosa kata Bahasa Melayu biasa berikut.
kematian = (a)
Pilih maksud bahasa istana yang bergaris dalam ayat berikut.
Baginda berkenan dengan cadangan Datuk Bendahara agar Hang Tuah lima bersaudara dijadikan hulubalang di istana.
suka
bersetuju
yakin
memberi izin
Pilih maksud bahasa istana yang bergaris dalam ayat berikut.
"Menjunjung kasih, tuanku," kata bendahara kepada sultan.
meminta izin
berterima kasih
menurut perintah
mengangkat sembah
Istiadat ___________ Almarhum Tunku Laksamana Tunku Jalil Sultan Ibrahim akan diadakan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru.
pengebumian
penanaman
pemakaman
kemangkatan
