WorksheetsKuiz TMK Tahun 5 Siri 6 2020
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud rangkaian komputer ?
Sekumpulan komputer dan peranti komputer yang berkaitan yang dihubungkan antara satu sama lain.
Sebuah komputer dan peranti yang berkaitan yang dihubungkan antara satu sama lain.
Sekumpulan komputer yang tidak dihubungkan antara satu sama lain.
Sekumpulan alat elektronik yang disambungkan antara satu sama lain.
Rangkaian tanpa wayar ialah __________________
rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian.
rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan gelombang radio.
suatu sistem rangkaian komputer yang terkini.
Semua yang berikut adalah contoh kegunaan rangkaian tanpa wayar, kecuali _________________
bluetooth
satelit
penggunaan kabel
infra merah
Kad antara muka rangkaian (NIC) perlu ada pada setiap komputer jika pengguna ingin membuat _________________
rangkaian tanpa wayar
rangkaian berwayar
rantaian komputer
rantaian tanpa wayar
Bagi menghubungkan sebuah komputer dengan sistem rangkaian berwayar, kabel rangkaian perlu dihubungkan pada sistem unit di port _____________
USB
VGA
rangkaian
audio
Antara peranti rangkaian berikut, yang manakah bukan peranti rangkaian tanpa wayar ?
Hab
Penghala
Titik capaian tanpa wayar
Kad antara muka rangkaian
Boleh menghubungkan banyak komputer, menukarkan isyarat analog kepada digital dan isyarat digital kepada analog.
Suis
Penghala
Modem
Titik capaian tanpa wayar
Sebuah makmal komputer yang mempunyai banyak komputer dihubungkan secara rangkaian berwayar dengan menggunakan _____________
suis
hab
modem
penghala
Antara alamat laman web di bawah, manakah yang bercirikan pendidikan
www.bharian.com.my
www.facebook.com
www.moe.gov.my
www.tnb.com.my
Cikgu Norafika menggunakan enjin carian untuk mengetahui tentang sejarah negeri Kelantan. Aktiviti beliau adalah merujuk kepada _______________
mencari maklumat
berkongsi sumber
berkomunikasi
berhubung
