NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN) TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
"___________________akan menyusul tuan hamba sebentar lagi" kata Hang Lekir kepada sahabatnya.
Patik
Hamba
Beta
Adinda
Lapik meja yang _______benang emas itu menarik perhatian para pengunjung yang datang.
menyulam
disulam
sulaman
bersulamkan
Mak cik Leha menukar langsir di ruang tamu rumahnya kerana warna langsir itu telah ____________.
pucat
luntur
pudar
suram
Mangsa kemalangan yang cedera _________________itu segera dihantar ke hospital yang berdekatan.
parah
tenat
gering
sakit
Encik Rasul _________________sampai ke pejabatnya kerana terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya akibat hujan lebat.
pernah
belum
masih
mungkin
Puan Alia bangun ________membuka pintu apabila dia mendengar orang memanggil namanya.
hingga
agar
dan
lantas
Ali telah menerima _________daripada guru kelasnya supaya dia mengutip buk-buku yang bertaburan di atas lantai itu.
mengarahkan
arahan
arahkan
diarahkan
Aini sungguh terperanjat _____________mendapati bahawa dompetnya tiada di dalam beg sekolah.
sejurus
kepada
untuk
jikalau
Abang Abu terpaksa ______________________ke pejabat dengan membonceng motosikal kawanya semenjak keretanya rosak.
mundar-mandir
dentam-dentum
berulang-alik
lintang pukang
Emak selalu berpesan kepada kami ________sentiasa menjaga budi bahasa walau di mana kami berada.
agar
kerana
supaya
tetapi
Encik Karim membeli seratus ___________sate untuk menjamu anak-anaknya yang pulang pada hujung minggu.
tangkai
luas
batang
cucuk
Janet berjaya menjawab semua soalan pengetahuan am itu dengan betulnya kerana dia mempunyai ___________________yang sangat kuat.
daya imaginasi
daya usaha
daya ingatan
daya cipta
Puan Aini mengisi masa ____________ dengan menjual biskut secara dalam talian.
sibuknya
senggangnya
terakhirnya
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Barisan pertahanan pasukan hoki itu gagal menyekat kemaraan pihak lawan menyebabkan mereka gagal menjuarai pertandingan hoki.
Barisan pertahanan pasukan hoki tidak berjaya menjadi juara dalam pertandingan kerana gagal mara ke pihak lawan.
Kegagalan barisan pertahanan pasukan hoki itu menyekat kemaraan pihak lawan menyebabkan mereka tidak menjadi juara dalam pertandingan hoki.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Ayah , bilakah kita akan pulang ke kampung nenek," tanya Siti.
Siti ditanya oleh ayah tentang masa mereka pulang ke kampung
Siti bertanya kepada ayahnya tentang masa mereka pulang ke kampung nenek.
Pilih ayat yang betul.
Ayam goreng ini sangat garing dan sedap rasanya.
Jalan menuju ke pekan haru biru akibat kemalangan yang dasyat.
Dahi Zainal benjol akibat ______________pada bucu meja.
terhantuk
terketuk
terlanggar
Murid-murid berikrar tidak melakukan perbuatan yang akan ________________________peraturan sekolah.
merempuh
mencemar
melanggar
Ibu Azman ________________ ke majlis itu dengan memakai kebaya berwarna jingga.
kunjung
dekat
hadir
Saya sekeluarga sering ke Pulau Langkawi untuk ___________________keindahan pantai.
menikmati
merasai
merenung
