wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2021 F5 SEJ QUIZ (12月 3RD)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

a)

Perancangan bandar

b)

Hiburan awam

c)

Pelajaran

d)

Perhutanan

2.

Rajah berikut menerangkan bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Apakah X?

a)

Tanah

b)

Pelajaran

c)

Kesihatan

d)

Kerakyatan

3.

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem pengagihan kuasa pentadbiran seperti Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Antara berikut yang manakah termaktub dalam Senarai Bersama?

a)

A. Tanah

b)

B. Pelajaran

c)

C. Pertahanan

d)

D. Hiburan Awam

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan pengaruh golongan radikal di Singapura.

Tarikh: April 1961

Peristiwa: Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura


Bagaimanakah pemimpin Singapura mengatasi pengaruh golongan tersebut?

a)

Menyarankan penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara

b)

Mencadangkan penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu

c)

Membentuk pakatan tentera dengan negara jiran

d)

Menguatkuasakan undang-undang darurat

5.

Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mencadangkan pembentukan Malaysia di Singapura.

Mengapakah beliau bertindak demikian?

I. Memperkasa sistem beraja

II. Memperkukuh politik negara

III. Memantapkan kerjasama ekonomi

IV. Mengimbangi pengaruh kuasa pembesar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Jadual 4 berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.

Tahun: 1959

Peristiwa: Lee Kuan Yew mencadangkan supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu


Mengapakah Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut?

a)

Mengawal kemasukan imigran

b)

Melemahkan parti berhaluan kiri

c)

Memperkukuh semangat setia kawan

d)

Mengamalkan konsep pengagihan kuasa

7.

Mengapakah Parti Tindakan Rakyat bimbang kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihanraya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961?

I. Menggugat proses kemerdekaan

II. Memecahbelahkan perpaduan kaum

III. Membantutkan perkembangan ekonomi

IV. Melemahkan kepimpinan Lee Kuan Yew

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Idea Pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19.

Mengapakah idea tersebut dipersetujui British?

a)

Mengurangkan kuasa Raja-Raja

b)

Penyatuan pentadbiran tanah jajahan

c)

Menghapuskan pengaruh komunis

d)

Mengehadkan kemasukan imigran

9.

Siapakah tokoh di atas?

a)

Dato' Onn Ja'afar

b)

Lord Brassey

c)

Sir Malcolm MacDonald

d)

David Marshall

10.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu?

a)

Singapura pelabuhan bebas

b)

Komposisi kaum tidak seimbang

c)

Rusuhan kaum

d)

Singapura tanah jajahan mahkota British