wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sejarah Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

'Alaf'

Berapakah tempoh masa yang dikira oleh masyarakat masa kini terhadap istilah berikut?

a)

A. 10 tahun

b)

100 tahun

c)

1000 tahun

d)

10 000 tahun

2.

Gambar berikut menunjukkan artifak yang dijumpai di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Artifak tersebut dikenali sebagai …….

a)

fosil

b)

sumber primer

c)

manuskrip

d)

sumber sekunder

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kedua yang boleh digunakan oleh Janice untuk mengkaji sejarah sekolahnya?

a)

fosil

b)

Artifak

c)

Surat peribadi

d)

Majalah sekolah

4.

- Dinding gua

- Kulit kayu

- Daun lontar


Nyatakan kaedah penyelidikan yang digunakan terhadap sumber di atas?

a)

Kaedah Bertulis

b)

Kaedah Lisan

c)

Kaedah Arkeologi (Darat)

d)

Kaedah Arkeologi (Bawah Air)

5.

Mengapakah pentafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah antara sejarawan berbeza-beza?

a)

Gagal mentafsir

b)

Kurang pengalaman

c)

Pandangan berbeza

d)

Sumber terlalu banyak

6.

Pilih jawapan yang betul berkaitan aktiviti gali cari di tapak penemuan menurut urutan yang betul.

a)

Menandakan kawasan → perancangan grid → proses ekskavas

b)

Perancangan grid → menandakan kawasan → proses ekskavasi

c)

Perancangan grid → proses ekskavasi → menandakan kawasan.

d)

Proses ekskavasi → menandakan kawasan → perancangan grid

7.

Apakah maksud Zaman Air Batu.

a)

Zaman gelap tiada cahaya

b)

Zaman ketika bumi ditimpa hujan

c)

Zaman ketika bumi dilanda kemarau

d)

Zaman ketika air batu menutupi bumi

8.

Apakah kesan peningkatan suhu pada Zaman Air Batu?

a)

Berlakunya banjir

b)

Kemarau berpanjangan

c)

Pencairan air batu

d)

Pembentukan gunung berapi

9.

Terdapat lima lautan di dunia, berikut ialah nama-nama lautan kecuali ....

a)

Lautan Asia

b)

Lautan Pasifik

c)

Lautan Hindi.

d)

Lautan Artik

10.

Zaman Air Batu Akhir memberikan kesan di kawasan Asia Tenggara iaitu...

a)

Manusia bergerak keluar dari benua Afrika.

b)

Bumi kembali ke zaman air batu

c)

Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda.

d)

Asia Tenggara mengalami musim kemarau yang berpanjangan.

11.

Apakah maksud syajaratun?


a)

Salasilah

b)

Peradaban

c)

Peristiwa

d)

Sumbangan

12.

Apakah urutan Zaman Prasejarah yang betul?

a)

Logam – Mesolitik – Neolitik – Paleolotik

b)

Paleolitik - Mesolitik – Neolitik – Logam

c)

Paleolitik – Mesolitik – Logam – Neolitik

d)

Mesolitik – Neolitik – Paleolitik – Logam

13.

Bagaimanakah benua dan lautan terbentuk?

a)

Pembentukan ais

b)

Pergerakan glasier

c)

Penurunan suhu bumi

d)

Pembentukan Pentas Sunda

14.

Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?

a)

Pembinaan Piramid

b)

Pembentukan empayar

c)

Perkembangan teknologi maklumat

d)

Pengenalan undang-undang bertulis

15.

Sumber primer bersifat asli dan belum ditafsir.

Apakah bahan yang tergolong sebagai sumber primer?

a)

Manuskrip

b)

Akhbar

c)

Risalah

d)

Ensiklopedia

16.

Apakah maksud Zaman Prasejarah?

a)

Manusia hidup dalam kesejukan

b)

Manusia hidup secara nomad

c)

Manusia tidak tahu membaca

d)

Manusia belum mengenal sistem tulisan

17.

Masyarakat Tamadun Mesopotamia membina zigurat di setiap pusat bandar. Mengapakah zigurat penting kepada masyarakat Mesopotamia?


a)

Sebagai Pusat pentadbiran

b)

Sebagai Kawasan perniagaan

c)

Untuk Tempat beribadat

d)

Untuk Pelabuhan

18.

Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan. Pesalah boleh merayu terus kepada _______.

a)

Raja

b)

Majlis

c)

Majistret

d)

Warganegara

19.

Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Apakah penekanan yang disarankan di dalam surah tersebut?

a)

Kepentingan Ilmu pengetahuan

b)

Kepentingan berniaga

c)

Kepentingan bermusyawarah

d)

Kepentingan hormat – menghormati

20.

Antara berikut, apakah masjid yang terawal sekali dibina dalam Tamadun Islam?

a)

Masjid al-Aqsa

b)

Masjidil Haram

c)

Masjid Nabawi

d)

Masjid Quba’