wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA S3 Q8

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah

a)

Menghormati kedaulatan setiap negara

b)

Mengutamakan kestabilan ekonomi serantau

c)

Mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi

d)

Meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan

2.

Yang manakah matlamat penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)?

a)

Mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau serta menikmati kemakmuran bersama

b)

Mengakui persamaan semua ras, agama dan negara

c)

Menyelesaikan masalah bersama melalui persidangan ketua-ketua negara anggota

d)

Memupuk kerjasama dan mengembang kepentingan bersama dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran

3.

Yang manakah Piagam ASEAN yang ditermeterai semasa Sidang Kemuncak ke-13 di Singapura?

a)

Membangunkan modal insan menerusi kerjasama dalam pendidikan

b)

Tidak campur tangan dalam masalah negara anggota

c)

Membentuk hubungan harmoni antarabangsa

d)

Mendaulatkan keutuhan wilayah sesebuah negara

4.

 Mengurangkan kemiskinan dan jurang pendapatan.

 Membaiki kualiti hidup di serata rantau negara ASEAN.


Penyataan di atas merujuk objektif

a)

Komuniti Sosial ASEAN

b)

Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

c)

Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)

d)

Pertumbuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia

5.

Yang manakah berikut merupakan matlamat kerjasama dalam ASEAN + 3?

a)

Mewujudkan kerjasama dalam politik

b)

Mewujudkan kerjasama dalam perdagangan

c)

Mewujudkan kerjasama dalam keselamatan

d)

Mewujudkan kerjasama dalam perusahaan kecil dan sederhana

6.

Yang manakah berikut isu yang pernah disuarakan oleh Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

Kerangka kewangan antarabangsa

b)

Mewujudkan kawasan perdagangan bebas

c)

Menghapuskan kuasa veto yang dimiliki oleh lima buah negara

d)

Menyokong tindakan ketenteraan ke atas negara-negara yang dianggap pengganas

7.

 Persidangan negara-negara Asia Afrika di Bandung 1955.

 Kerjasama ekonomi dan teknikal dalam kalangan negara berkenaan


Yang manakah merupakan faktor Malaysia menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali?

a)

Meningkatkan kerjasama ekonomi

b)

Menyumbang bantuan ketenteraan

c)

Mendaulatkan keutuhan wilayah sesebuah negara

d)

Menolak kekerasan dalam penyelesaian sengketa politik

8.

Yang manakah merupakan sumbangan Malaysia kepada OIC?

a)

Menjadi Pengerusi negara-negara OIC pada tahun 2003

b)

Memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk memiliki negara mereka sendiri yang merdeka

c)

Menganjurkan kejohanan sukan negara-negara OIC pada tahun 1995

d)

Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjadi Setiausaha Agung Sekretariat OIC yang pertama

9.

Yang manakah keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989?

a)

Mengehadkan penggunaan nuklear

b)

Meningkatkan kualiti alam sekitar

c)

Membanteras penyalahgunaan dadah

d)

Membanteras aktiviti pemerdagangan orang

10.

· Rundingan membentuk negara-negara perindustrian.

· Lahir daripada Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNCTAD)


Pernyataan berikut benar tentang

a)

Dialog Utara Selatan

b)

Suruhanjaya Selatan-Selatan

c)

Kerjasama Selatan-Selatan

d)

Persidangan Ekonomi Asia Pasifik

11.

Sebuah pergerakan telah ditubuhkan bagi mempercepatkan pelaksanaan program-

program Kerjasama Selatan-Selatan


Penyataan di atas merujuk kepada pergerakan

a)

G-7

b)

G-15

c)

G-77

d)

Kumpulan Membangun 8

12.

Masyarakat antarabangsa telah mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara yang komited dalam memulihara alam sekitar global, terutamanya dengan pemuliharaan lapisan izin global


Yang manakah yang bersesuaian dengan penyataan di atas?

a)

Protokol Kyoto

b)

Protokol Madrid

c)

Protokol Montreal

d)

Protokol Cartagena

13.

Yang manakah langkah Malaysia bagi mengatasi isu Islamofobia di peringkat antarabangsa?

a)

Menyekat kebebasan media berunsur keagamaan

b)

Memusnahkan pusat gerakan kegiatan keganasan

c)

Melaksanakan konsep wasatiyah dalam Islam

d)

Bekerjasama dengan Interpol memburu pengganas

14.

Antara berikut yang manakah merupakan matlamat pewujudan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)?

a)

Mengehadkan penggunaan tenaga nuklear

b)

Menjamin keselamatan perairan di rantau ini

c)

Mengelakkan perlumbaan senjata nuklear di rantau ini

d)

Menggalakkan penggunaan tenaga nuclear dalam perindustrian

15.

· Mengurangkan kemiskinan serta jurang pendapatan

· Membaiki kualiti hidup di rantau negara ASEAN


Objektif di atas merujuk

a)

Komuniti Sosial ASEAN

b)

Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)

c)

Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

d)

Pertumbuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia

16.

Antara berikut yang manakan merupakan isu yang berjaya diselesaikan melalui persefahaman antara Malaysia dengan Singapura?

a)

Bayaran Pampasan CPF

b)

Kontrak pembelian air mentah dari Malaysia

c)

Perebutan Pulau Batu Putih dan Middle Rock

d)

Kemasukan pelajar elit ke universiti Singapura

17.

Kebangkitan negara China sebagai satu kuasa baharu ekonomi dunia turut dipengaruhi oleh

a)

Rangkaian usahawan Cina yang ada di seluruh dunia

b)

Produktiviti yang tinggi oleh tenaga buruh di negara China

c)

Bekalan bahan mentah industri yang banyak di negara China

d)

Perubahan dalam sistem ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan China

18.

Yang manakah termasuk dalam agenda kerjasama negara anggota ASEAN?

a)

Membentuk kerjasama ketenteraan

b)

Melaksanakan kerjasama dalam pendidikan

c)

Mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau

d)

Menyelesaikan isu dalaman negara anggota secara rundingan

19.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA )


Yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?

a)

Mengadakan kerjasama ASEAN+3

b)

Mengambil inisiatif ke arah pasaran tunggal

c)

Meningkatkan keamanan dan kestabilan negara

d)

Mengadakan Skim Keutamaan Tarif Sama Rata

20.

Yang manakah merupakan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

a)

Jurucakap Misi Perdamaian

b)

Ketua Pasukan Pengaman

c)

Ahli Tetap Majlis Keselamatan

d)

Pengerusi Majlis Perhimpunan Agung

21.

Yang manakah usaha Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kesepakatan menangani keganasan antarabangsa?

a)

ASEAN + 3

b)

Forum Serantau ASEAN (ARF)

c)

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)

d)

Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)

22.

Antara berikut yang manakah benar tentang Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)?

a)

Menubuhkan INNOTECT

b)

Meningkatkan pengurusan bencana alam

c)

Mengadakan Pusat Kajian Bahasa Inggeris

d)

Mengadakan hubungan persahabatan melalui Sukan SEA

23.

Yang manakah usaha yang dilakukan oleh Malaysia ke arah mengukuhkan Kerjasama Selatan- Selatan?

a)

Menganggotai Kumpulan Lima belas (G15)

b)

Memulaukan barangan import dari negara-negara Utara

c)

Menjadi tuan rumah Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

d)

Menempatkan ibu pejabat Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur

24.

Yang manakah penyataan yang benar tentang kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)?

a)

Mengadakan kerjasama dalam bidang ketenteraan

b)

Menumpukan kepada kerjasama dalam bidang politik

c)

Mewujudkan peluang-peluang baharu dalam hubungan perdagangan

d)

Menggerakkan kerjasama dalam bidang perbankan dan insurans Islam

25.

Masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah sebuah negara yang komited dalam memulihara alam sekitar global, terutamanya dengan pemuliharaan lapisan ozon global


Yang manakah antara berikut yang bersesuaian dengan penyataan di atas

a)

Protokol Kyoto

b)

Protokol Madrid

c)

Protokol Montreal

d)

Protokol Cartagena

26.

Yang manakah merupakan usaha ASEAN bagi mewujudkan kestabilan politik dan Keselamatan di rantau ini?

a)

ASEAN + 3

b)

Forum Serantau ASEAN (ARF)

c)

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

d)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

27.

Yang manakah tujuan Malaysia menyokong Pergerakan Negara-Negara Berkecuali?

a)

Memberi pengiktirafan kepada semua ras dan negara

b)

Membenarkan campur tangan isu dalaman sesebuah negara

c)

Mewujudkan kerjasama ekonomi antara negara maju dan negara membangun

d)

Membantah campur tangan kuasa besar dalam menyelesaikan isu keselamatan

28.

Yang manakah merupakan penglibatan antarabangsa Malaysia dalam menangani isu pemanasan global?

a)

Mengambil bahagian dalam program antarabangsa Earth Hour

b)

Menghadiri persidangan Kyoto anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

c)

Membincangkan isu pemanasan global di peringkat dalam negara

d)

Memutuskan hubungan dengan negara-negara yang meneroka kawasan Antartika

29.

Dasar Berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia membolehkannya

a)

menyelesaikan masalah rebutan pulau dengan negara asing

b)

menjalin kerjasama ekonomi dan politik dengan semua negara

c)

menyelaraskan urusan cukai dengan negara serantau dan negara lain

d)

mencampuri hal-ehwal negara lain atas permintaan negara berkenaan

30.

Yang manakah benar tentang matlamat ASEAN+3 diutarakan?

a)

bersaing dengan blok perdagangan lain

b)

rakan dialog ASEAN semakin berkurangan

c)

kegagalan rundingan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

d)

membentuk kerjasama perundingan ekonomi yang lebih kukuh

31.

Yang manakah benar tentang isu yang dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

tuntutan Pulau Batu Putih oleh Singapura, Indonesia dan Malaysia

b)

mengiktiraf kemerdekaan negara Bosnia, Afghanistan dan Afrika Selatan

c)

melumpuhkan pengganas Islamic State(IS) di Syria

d)

isu pemanasan global dan alam sekitar termasuk pencemaran

32.

Antara sebab Malaysia menyokong Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ialah

a)

meningkatkan pasaran barangan industri

b)

memastikan kedaulatan sesebuah negara terjamin

c)

meningkatkan ekonomi negara anggota

d)

membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dunia

33.

Yang manakah yang diperjuangkan oleh negara-negara Dunia Ketiga melalui Order Baharu Ekonomi Dunia (NIEO)?

a)

penentuan semula syarat perdagangan

b)

rundingan semula kadar pertukaran mata wang

c)

perluasan pasaran import dunia ketiga dari negara maju

d)

rundingan semula beban hutang luar negara

34.

Yang manakah benar mengenai matlamat utama Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik?

a)

menstabilkan harga getah antara negara Asia dan Pasifik

b)

merunding harga bahan mentah antara negara Asia dan Pasifik

c)

memperjuangkan sistem perdagangan unilateral atau pelbagai hala

d)

membetulkan aliran perdagangan negara Asia dan Pasifik

35.

Kes-kes pembersihan etnik dan keganasan oleh seseorang pemimpin akan dibahaskan di

a)

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

b)

Mahkamah Jenayah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

c)

Mahkamah Keadilan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

d)

Majlis Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

36.

- meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kewangan, sumber manusia, saintifik dan teknikal serta infrastruktur.

- pembentukannya dimeterai di Malaysia


Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Forum Serantau ASEAN

b)

Mesyuarat Asia-Eropah

c)

Dialog Utara-Selatan

d)

ASEAN+3 (Jepun, Korea dan China)

37.

Yang manakah pandanan berikut benar

a)

Apartheid - Kerajaan Afrika Selatan menafikan hak kaum kulit hitam

b)

Antartika - Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik

c)

Dialog Utara-Selatan- Menyelesaikan pertelingkahan negara maju dan membangun

d)

Kumpulan D8- memelihara hak manusia di negara-negara membangun Islam

38.

Pertubuhan manakah yang berikut menunjukkan penyertaan negara-negara Islam secara aktif?

a)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

b)

Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)

c)

Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)

d)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

39.

Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman bagi memajukan kawasan pembangunan serantau. Memorandum tersebut merujuk kepada

a)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

b)

Skim Keutamaan Khas Tarif Sama Rata ASEAN

c)

Projek-Projek Usahasama Industri ASEAN

d)

Segi Tiga Pertumbuhan Dengan Indonesia, Singapura dan Thailand

40.

Malaysia ingin memperluas kawasan cari gali dan perlombongan petroleum di Laut China Selatan. Panduan yang perlu dirujuk oleh Malaysia ialah

a)

Undang-Undang Maritim Malaysia

b)

Undang-Undang laut Antarabangsa

c)

Kanun Laut Asia Pasifik

d)

Zon Ekonomi Eksklusif