wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penjodoh Bilangan

Total questions: 18

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Farid mencarik ____________ kertas untuk menulis nombor telefon rakannya itu.

a)

segulung

b)

secebis

c)

seekor

2.

Puan Anne memasukkan __________ garam ke dalam gulai yang dimasaknya.

a)

secubit

b)

seketul

c)

secawan

3.

Pasukan polis menemukan beberapa _______________ peluru terlekat pada dinding bangunan itu.

a)

butir

b)

kapal

c)

buah

4.

_____________ singa menggerumuni kerbau itu sebelum seekor daripadanya menerkam dan mengigit tengkuk mangsanya itu.

a)

Sebiji

b)

Segerombolan

c)

Sekawan

5.

Mak Teh Leha meletakkan beberapa ___________ timun ke dalam bungkusan nasi lemak yang dipesan pelanggannya.

a)

hiris

b)

batang

c)

ketul

6.

Tok Ayah membeli se _________ tongkat di pasar raya untuk memudahkannya berjalan.

a)

kaki

b)

bilah

c)

buah

7.

Se___________ burung terkukur terhinggap di atas dahan itu.

a)

biji

b)

buah

c)

ekor

8.

Beberapa ____________ rambut ditemukan di dalam perut buaya yang baru sahaja dibelah itu.

a)

ikat

b)

gulung

c)

gumpal

9.

Sesetengah ibu bapa menyumbangkan beberapa ____________ majalah pendidikan kepada pihak perpustakaan sekolah setiap bulan.

a)

butir

b)

buah

c)

naskhah

10.

Mesin itu boleh menghasilkan 1500 ___________ sate dalam masa sejam.

a)

baris

b)

hiris

c)

cucuk

11.

Mardiana memasukkan beberapa ___________ ais ke dalam gelas.

a)

biji

b)

ketul

c)

batang

12.

Dengan hanya ___________ MyKad, kita dapat menyelesaikan pelbagai urusan.

a)

sebiji

b)

sebuah

c)

sekeping

13.

Se_________ durian itu tidak boleh dimakan kerana berulat.

a)

biji

b)

baris

c)

pangsa

14.

"Pak cik, berikan saya dua ____________ kuih keria," kata Vincent.

a)

biji

b)

buah

c)

helai

15.

Tiga ________ rumah teres musnah dalam kebakaran pagi semalam yang berpunca daripada litar pintas

a)

pintu

b)

papan

c)

pasang

16.

Pak Meon telah mengusahakan se ___________ tanah peninggalan arwah ayahnya.

a)

keping

b)

gelung

c)

bidang

17.

Pihak polis melepaskan se __________ tembakan ke udara.

a)

butir

b)

das

c)

buah

18.

Lee Min membeli se _______________ poskad dari luar negara.

a)

batang

b)

keping

c)

helai