wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TING. 1 17/12/2020 UNIT 5&6

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Potensi diri boleh didefinisikan sebagai ...

a)

kebolehan yang ada pada seseorang.

b)

kebolehan atau kekuatan yang ada pada seseorang.

c)

kekuatan yang paling banyak dimiliki oleh seseorang.

d)

kekuatan atau kelemahan yang ada pada seseorang individu.

2.

Nyatakan contoh potensi diri dan cara mengembangkan potensi yang paling tepat padanannya.

a)

Suka melukis - mengikuti kelas seni lukis dan menyambung pelajaran dalam bidang seni lukis.

b)

Petah berbicara - lebih kerap bergaul dengan orang lain.

c)

Kreatif - menyertai pertandingan reka cipta dan inovasi.

d)

Pemalu - meningkatkan pengetahuan dengan membaca.

3.

Berikan dua contoh padanan yang benar tentang kelemahan diri dan cara membaikinya.

a)

Kreatif - Menyertai pertandingan Reka Cipta

b)

Pemalu - Lebih kerap bergaul dengan orang lain

c)

Suka menulis puisi - Menyertai latihan penulisan anjuran DBP

d)

Lemah dalam Bahasa Inggeris - Berani bertutur dalam Bahasa Inggeris

4.

Kerjaya apakah yang paling sesuai jika anda memiliki 'naturalis' sebagai potensi diri?

a)

Ahli botani

b)

Juruhebah

c)

Penyanyi

d)

Ahli saintis

5.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang pakar motivasi, potensi diri apakah yang perlu anda miliki?

a)

Kinestetik

b)

Muzikal

c)

Intrapersonal

d)

Visual ruang

6.

Antara berikut, yang manakah cara yang betul dalam menghadapi dugaan dan halangan ketika mengharungi kehidupan untuk mencapai kejayaan?

a)

Jangan mudah berputus asa

b)

Tidak mahu mengamalkan kerajinan

c)

Sentiasa membaiki kelemahan yang ada

d)

Serlahkan potensi yang dimiliki untuk terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang

7.

Contoh padanan kerjaya yang paling tepat dengan potensi diri adalah ...

a)

Logika matematik - Atlet

b)

Interpersonal - Juruhebah

c)

Intrapersonal - Saintis

d)

Bahasa - Ahli botani

8.

Nilai yang boleh dipelajari dalam menyerlahkan potensi diri ialah ...

a)

kerajinan

b)

kejujuran

c)

harga diri

d)

hemah tinggi

9.

Kelemahan:

Tiada pendedahan tentang universiti terbaik yang menawarkan bidang perubatan.

Kurang ilmu tentang pengkhususan yang ditawarkan dalam bidang perubatan.


Terangkan cara membaiki atau mengatasi kelemahan diri di atas.

a)

Membuat rujukan kepada mereka yang lebih arif

b)

Menyediakan jadual waktu dan mengikutinya dengan berdisiplin

c)

Banyakkan pembacaan dan pencarian maklumat di internet

d)

Bertanyakan maklumat tentang perkara tersebut kepada rakan sekelas

10.

Peluang mengembangkan potensi diri:

Banyak program sekolah yang melibatkan aktiviti bersama Kementerian Kesihatan.

Sekolah mempunyai Kelab Bimbingan dan Kaunseling.


Terangkan bagaimana anda memanfaatkan peluang tersebut.

a)

Menggunakan khidmat media sosial

b)

Mendalami dan memahami tugas dalam bidang kesihatan

c)

Mengelakkan diri daripada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah

d)

Mendapatkan khidmat guru kaunseling untuk memberi tunjuk ajar dalam merencanakan perjalanan menuju kepada kerjaya impian

11.

Siapakah yang termasuk dalam ahli anggota keluarga?

a)

Ibu

b)

Ayah

c)

Rakan

d)

Abang

12.

Berikut merupakan cara menyayangi anggota keluarga, kecuali ...

a)

Memberikan sokongan moral

b)

Mengingkari nasihat dan larangan ibu

c)

Mengambil berat akan masalah keluarga

d)

Meraikan hari istimewa anggota keluarga

13.

Jelaskan dua kepentingan menyayangi anggota keluarga.

a)

Mewujudkan hubungan yang renggang antara ahli keluarga

b)

Menyinggung perasaan anggota keluarga

c)

Memupuk semangat saling memerlukan

d)

Membina keluarga bahagia

14.

Senarai di bawah merupakan aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan, KECUALI ...

a)

Melancong bersama-sama

b)

Beriadah bersama-sama

c)

Berkelah berseorangan

d)

Makan bersama-sama

15.

Kenal pasti hari istimewa keluarga yang boleh diraikan.

a)

Ulang tahun kelahiran

b)

Hari Bapa

c)

Hari Bumi

d)

Hari Ibu

16.

Isikan tempat kosong di bawah bagi menyatakan cara menyayangi anggota keluarga.


Berkongsi masa ______ dan ______.

a)

belajar

b)

suka

c)

main

d)

duka

17.

Yang manakah benar pada pernyataan yang menerangkan kepentingan menyayangi anggota keluarga?

a)

Dapat mengurangkan kos sara hidup.

b)

Dapat memahami perasaan antara satu sama lain.

c)

Mengelakkan daripada menyakiti hati anggota keluarga.

d)

Berasa bangga kerana mendapat pujian daripada orang sekeliling.

18.

Berdasarkan situasi di bawah, terangkan cara yang boleh dilakukan untuk menyayangi ahli keluarga anda.


Adik telah memenangi anugerah pelajar cemerlang di sekolahnya. Dia juga seorang ketua pelajar dan disenangi oleh rakan-rakan serta guru. Mereka berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi adik.

a)

Tidak menghiraukan kejayaan dan prestasi adik di sekolah

b)

Memberikannya kejutan atau mengajaknya keluar makan bersama anggota keluarga yang lain supaya abang berasa gembira

c)

Membuat perancangan dengan adik-beradik yang lain untuk menghadiahkan ibu dan ayah pakej percutian

d)

Memberikan kata-kata positif dan perangsang supaya lebih bersemangat untuk terus belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading

19.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) uji kerjasama ibu, bapa dan anak-anak di rumah:

*Bantuan dan kerjasama ibu bapa dalam memantau pembelajaran, tugasan dan penilaian dalam talian anak-anak di rumah.


Nilaikan pernyataan di atas.

a)

tidak memantau dan memerhatikan anak-anak

b)

membantu memotivasikan anak-anak

c)

daya usaha dan komitmen ibu bapa

d)

memfasilitasikan pembelajaran anak-anak

20.

Nilai universal yang perlu diamalkan oleh setiap ahli anggota keluarga dalam bersama-sama mengikut syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

a)

Hormat

b)

Kerjasama

c)

Kasih sayang

d)

Bertanggungjawab