Font size
WorksheetsPENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
Total questions: 40
Worksheet time: 17mins
Lihat garisan dalam gambar di atas. Garisan tersebut dapat menimbulkan kesan_____________
bentuk
kesatuan
imbangan
pergerakan
Apakah media yang paling sesuai digunakan untuk menghasilkan lukisan pada garisan bulu kucing?
Pensel dan pensel warna
Warna air
Dakwat
Cat
Garisan bermula daripada______________
bentuk
jalinan
rupa
titik
Antara berikut, yang manakah jenis garisan?
Garisan tebal
Garisan nipis
Garisan berat
Garisan beralun
___________________ pada kulit pokok atau kayu terhasil daripada pelbagai jenis garisan.
Rupa
Kontra
Jalinan
Garisan
Apakah maksud rupa organik?
Meliputi rupa bulat, segi empat, segi tiga dan bersudut
Rupa bebas, tidak bersudut dan direka secara spontan
Garisan luar sesuatu objek rata
Rupa bebas daripada alam semula jadi
Bagaimanakah corak dapat dihasilkan dengan menggunakan satu rupa sahaja?
Ulangi rupa dalam susunan yang berlainan
Warnakan dengan warna yang berlainan
Gunakan bentuk yang berlainan
Gunakan garisan yang berlainan
Manakah antara berikut, yang merupakan jenis bentuk?
Bentuk baru
Bentuk konkrit
Bentuk kompleks
Garisan membentuk
Karya dalam gambar di atas dihasilkan melalui teknik______________
kepingan
picitan
luakan
lipatan
Di sebuah tempat letak kereta, kereta yang paling dekat dengan pandangan kita akan kelihatan lebih ______________ daripada kereta yang jauh dari pandangan mata.
gelap
cerah
besar
kecil
Jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan dinamakan jalinan____________
lihat
kasar
sentuh
tampak
Berdasarkan gambar di atas, jalinan tayar kereta bertujuan untuk __________________
membezakan jenama
mencengkam jalan
kecantikan
pameran
Pilih contoh jalinan yang sama fungsinya.
Sayap rama-rama - kulit durian
Tayar kereta - tapak kasut
Permukaan tuala - kulit nenas
Corak pakaian - corak kulit ular
Berdasarkan gambar di atas, jalinan pada kulit memas berfungsi sebagai____________________
perlindungan
perhiasan
lorekan
ukiran
Bagaimanakah cara untuk menghasilkan catan yang boleh dikesan melalui jalinan sentuh?
Dengan menggunakan pensel warna
Dengan menggunakan cat air
Dengan teknik warna tebal
Dengan teknik renjisan
Maksud jalinan sentuh ialah ____________________
jalinan kasar yang terdapat pada permukaan sesuatu bahan
jalinan pada permukaan bahan yang dapat dirasai melalui sentuhan
jalinan yang boleh dirasai melalui penglihatan dan sentuhan
corak yang dapat dirasai melalui penglihatan
Objek yang manakah mempunyai jalinan tampak?
Kulit kayu
Tapak kasut
Kulit durian
Kain batik
Warna natural ialah warna yang ____________________
terletak dalam roda warna
warna-warna yang dicampur dengan warna putih
warna yang menimbulkan keselesaan
warna yang tidak tergolong dalam warna asas, warna sekunder, dan warna tertier
Warna ini memberikan kesan panas dan lambang keberanian.
Biru
Merah
Kuning
Hitam
Merah + Biru = ____________
Berdasarkan rajah di atas, apakah warna yang terhasil.
Warna asas
Warna tertier
Warna Sekunder
Warna harmoni
Warna ini menimbulkan ketenangan dan sejuk. Warna tersebut ialah warna ____________________
kuning
putih
biru
jingga
Warna ini sering dikaitkan dengan raja untuk menunjukkan kedaulatan raja. Warna tersebut ialah _________________
biru
hijau
kuning
merah
Ton warna wujud apabila warna asas atau warna lain dicampurkan dengan warna _________ atau __________
merah, hijau
biru, hitam
hitam, putih
putih, merah
Mengapakah warna serangga hampir sama dengan alam sekeliling mereka?
Kerana serangga makan daun
Supaya serangga kelihatan cantik
Untuk keselamatan dn perlindungan daripada musuh
Dapat menarik serangga yang sama jenis menghampirinya
Bagaimanakah prinsip harmoni dalam karya seni dapat dihasilkan?
Penggunaan jenis rupa yang sama
Susunan motif yang menarik
Objek-objek yang menarik
Gubahan tidak sewarna
Pilih pernyataan yang benar tentang penegasan.
Ciri-ciri yang harmoni
Keadaan yang berpadanan
Selaras kerana tidak bercanggah
Sesuatu yang menimbulkan fokus
Penegasan wujud melalui gubahan objek, rupa atau warna secara
kontra
selaras
harmoni
seimbang
Tipografi dalam sesebuah poster boleh menimbulkan kesan ______ untuk menarik perhatian.
kontra
harmoni
penegasan
pergerakan
Imbangan simetri merujuk kepada ____________
ciri di kedua-dua bahagian tidak sama
ciri di satu bahagian lebih besar
ciri di kedua-dua bahagian sama
ciri di kedua-dua bahagian hampir sama
Berdasarkan gambar di atas, jenis imbangan yang digunakan ialah______________
imbangan simetri dan tidak simetri
imbangan tidak simetri
imbangan simetri
tiada imbangan
Prinsip seni reka yang digambarkan dalam gambar di atas ialah ______________
kontra
harmoni
imbangan
pergerakan
Suatu gubahan yang mempunyai prinsip kepelbagaian akan ____________
mengandungi corak yang berulang
mengandungi corak yang sama
mengandungi imbangan simetri
mengandungi corak yang pelbagai
Antara bahan media berikut, yang manakah media tanpa warna?
Pastel
Pensel
Krayon
Pensel warna
Maksud ton dalam lukisan ialah _________________
nilai warna
kejelasan warna
nilai gelap dan terang
nilai kepanasan
Catan cat air biasanya dihasilkan di atas permukaan _________
kanvas
kertas
papan
kain
Gambar di atas menunjukkan jalinan antara kuda belang dengan alam semula jadi. Apakah fungsi jalinan tersebut?
Cengkaman
Penyamaran
Keselamatan
Nilai estetik
______________ ialah lengkah awal proses penghasilan designomic
Lakaran
Pemasaran
Mencari idea
Kenal pasti masalah
Bahan kitar semula boleh digunakan untuk menghasilkan seni kraf dengan ciri designomic. Pilih contoh yang tepat.
Tin minuman
Botol minuman
Surat khabar
Sabun mandi
Mengapakah ciri designomic sesuatu produk penting pada masa kini?
Memenuhi tuntutan semasa
Seiring perkembangan teknologi
Meningkatkan kreativiti
Mengaut keuntungan
Apakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan designomic pada karya seni halus?
Teknik ikat dan celup
Teknik decoupage
Teknik pualaman
Teknik capan
