Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akhir Tahun BM Tingkatan 2

Total questions: 35

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Tajuk : Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Kehendak soalan : Cara Pengisian Bulan Kemerdekaan

Berdasarkan gambar, tandakan dua isi TERSURAT yang boleh ditulis dalam ulasan anda.

a)

Rakyat mengibar Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan.

b)

Sambutan Bulan Kemerdekaan dapat melahirkan rasa cinta akan negara

c)

Pihak sekolah mengdakan pertandingan kemerdekaan seperti mendeklamasi sajak kemerdekaan.

d)

Sambutan kemerdekaan dapat menambah ilmu pengetahuan murid tentang sejarah negara.

2.

Tajuk : Keselamatan Jalan Raya

Kehendak soalan : Cara-cara mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSURAT yang sesuai.

a)

Pemandu akan hilang tumpuan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

b)

Pemandu memeriksa keadaan kenderaan sebelum membuat perjalanan.

c)

Pemandu memandu dengan had laju yang ditetapkan.

d)

Kemalangan jalan raya akan menyebabkan kecederaan dan kematian.

3.

Tajuk : Keselamatan Jalan Raya

Kehendak soalan : Cara-cara mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Berdasarkan gambar, tandakan DUA isi TERSIRAT yang sesuai.

a)

Pemandu akan hilang tumpuan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

b)

Pemandu memeriksa keadaan kenderaan sebelum membuat perjalanan.

c)

Pemandu memandu dengan had laju yang ditetapkan.

d)

Kemalangan jalan raya akan menyebabkan kecederaan dan kematian.

4.

Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.

a)

Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

b)

Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.

c)

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang sihat

d)

Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini

5.

Kenal pasti ayat huraian yang tepat

a)

Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada Tanya selera.

b)

Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan segar.

c)

Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita khususnya buah durian.

d)

Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan tempatan ?

6.

Ayat rangsangan yang sesuai bagi tajuk di bawah ialah


"Kesan-kesan Negatif Penduduk yang tidak mengamalkan perpaduan kaum"

a)

Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, iaitu kaum Melayu, CIna, dan India.Kepelbagaian kaum ini mewujudkan pelbagai agama dan budaya,

b)

Justeru, anggota masyarakat perlulah bersatu padu supaya kita dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera.

c)

Jika perpaduan kaum tidak wujud dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif yang akan timbul.

d)

Antara kesannya ialah boleh menjejaskan keselamatan negara.

7.

Masyarakat Malaysia tidak gemar membaca. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca?


ayat arahan ialah

a)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

b)

Namun begitu, rakyat Malaysia pada hari ini lebih menyukai menunduk kepala untuk melihat telefon bimbit mereka berbanding mengangkat senaskah surat khabar atau buku untuk membaca.

c)

Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia

d)

Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, langkah-langkah amalan membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

8.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?


ayat tema ialah

a)

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam.

b)

Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam.

c)

Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya.

d)

Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan.

9.

Apakah kehendak soalan bagi arahan di bawah:


Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah. Jelaskan peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

a)

Faktor pembentukan kehidupan anak-anak.

b)

Kesan pendidikan anak-anak kepada pembentukan sasiah.

c)

Tanggungjawab ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

d)

Peranan anak-anak kepada ibu bapa.

10.

Apakah kehendak soalan bagi arahan berikut:


Makanan ringan menjadi pilihan anak-anak kecil masa ini. Huraikan pendapat anda tentang bahaya pengambilan makanan ringan seharian.

a)

Makanan ringan

b)

Huraikan pendapat anda

c)

Keburukan pengambilan makanan ringan seharian.

d)

Pilihan anak-anak kecil

11.

Nyatakan dua isi yang sesuai bagi soalan berikut:


Anda telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan sempena Minggu Cegah Jenayah. Tajuk syarahan anda ialah Peningkatan Jenayah dalam Kalangan Remaja, Salah Siapa?

a)

Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya

b)

Ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak

c)

Pihak berkuasa mengetatkan undang-undang

d)

Ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak-anak.

12.

Kenal pasti ungkapan menarik di bawah.

a)

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita mestilah mengamalkan sikap yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing kerana semangat kerjasama dapat menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam kalangan kita.

b)

Contoh aktiviti kokurikulum ialah menyertai aktiviti badan beruniform.

c)

Tahukah anda bagaimana bumi ini terbentuk?

d)

Pada masa ini, semakain ramai remaja yang suka membuang masa.

13.

Zahar ditawarkan kursus _____________________ di IKM Sg. Petani.

a)

Pertukangan Paip

b)

Pertukangan Seni

c)

Pertukangan Perabot

d)

Pertukangan Bengkel

14.

Berikut merupakan perwatakan Zahar dalam novel kecuali ___________________.

a)

Seorang yang rajin

b)

Seorang yang mudah lupa diri

c)

Seorang yang gigih berusaha

d)

Seorang yang berjimat-cermat

15.

Berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam Novel Meniti Impian kecuali _________________.

a)

Majlis Amanah Rakyat

b)

City Point, Alor Setar

c)

Masjid

d)

IKM, Alor Setar

16.

Mengapakah Suhaili berubah hati terhadap Zahar?

a)

kerana Suhaili mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

b)

kerana Zahar mempunyai teman wanita yang baru

c)

kerana ibu dan ayah Suhaili tidak merestui hubungan mereka

d)

kerana Suhaili mempunyai teman lelaki yang baru

17.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel Meniti Impian, kecuali..

a)

Persoalan tentang kepentingan memiliki kemahiran

b)

Persoalan tentang ketabahan menghadapi ujian hidup

c)

Persoalan tentang perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat

d)

Persoalan tentang kepercayaan mistik masyarakat kampung

18.

Novel Meniti Impian mengisahkan tentang ...

a)

percintaan antara dua darjat

b)

keazaman seorang remaja untuk memiliki pasangan hidup

c)

kegigihan seorang remaja mencapai cita-cita menjadi usahawan

19.

Ibu Zahar, Mak Kiah menganyam mengkuang dan mengambil upah menjahit baju untuk menyara kedua-dua anaknya.


Apakah nilai murni yang ada pada ibu Zahar?

(a)  

20.

Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita.

Nyatakan contoh peristiwa bagi pengajaran tersebut.

4 lines
21.

Nyatakan gaya bahasa lipatan usia

a)

hiperbola

b)

inversi

c)

metafora

d)

simile

22.

Unsur bunyi pada laut yang kematian ombak

(a)  

23.

Kucari damai di sini

Perkataan bergaris tersebut ialah gaya bahasa (a)  

24.

Gaya bahasa bagai cincin dengan permata ialah

a)

simile

b)

anafora

c)

repitisi

d)

peribahasa

25.

Apakah kesudahan cerita cerpen Menuai Emas?

a)

Alif gagal membawa kemajuan dalam bidang pertanian yang diusahakan

b)

Alif terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak

c)

Usaha Alif berjaya berkatnya berbudi kepada tanah

d)

Alif cacat setelah dicederakan oleh Abang Man

26.

Berapakah usia Mek Teh binti Jali dalam drama Mahkamah?

(a)  

27.

Laiman mempunyai ijazah dapam bidang (a)  

28.

Di manakah tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa Qadqad.

a)

kawasan perlombongan

b)

hospital

c)

balai polis

d)

rumah Dodo

29.

Nyatakan ciri fizikal raksasa Qadqad

a)

menyerupai seekor buaya dan mempunyai tanduk

b)

menyerupai seekor katak dan mempunyai sepasang sayap

c)

menyerupai seekor katak dan mempunyai sepasang tanduk

d)

menyerupai seekor burung helang dan mempunyai sayap yang besar

30.

Antara berikut, yang manakah bukan watak dalam Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Si Comel

b)

Sang Seberau

c)

Belatuk

d)

Sang Bubut

31.

Soalan adalah berdasarkan cerpen Talia dan Raksasa Qadqad.


Manakah antara padanan contoh bagi teknik plot adalah benar.

a)

Kejutan

contoh: "Besar macam mana?" tanya Tuk Sibat, ketua suku mereka. "Dua kali kepala kita!"

b)

Saspens

contoh: Pembaca ingin tahu apakah yang akan dilakukan oleh Raksasa Qadqad yang sedang membelek-belek Talia

c)

Monolog

contoh: Dodo dan keluarganya turut terkejut apabila mendengar makhluk Raksasa Qadqad sedang menyerang kawasan lombong itu

d)

Dialog

contoh: Tuk Sibat tetap berdegil apabila Tuan Binjah menghalau sukunya keluar dari kawasan Bukit Ungu kerana dia mahu membuka lombong di tempat itu.

32.

2. Berikut merupakan rangkap 2 bagi Pantun Budi.


Yang kurik kundi,

Yang merah saga;

Yang baik budi,

Yang indah bahasa.


Apakah maksud rangkap ini?

a)

Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

b)

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

c)

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

d)

Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa

33.

8. Tema bagi Pantun Budi

a)

Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

b)

Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.

c)

Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

d)

Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.

34.

1. Alif berterima kasih kepada ibunya kerana mengajarnya maksud sifat-sifat yang berikut, kecuali...

a)

A. redha

b)

B. sabar

c)

C. ikhlas

d)

D. syukur

35.

5. Dia cuba memutar pita ingatan semula. Lebih setahun lalu, petak emas ini membuak dengan rasa geram, marah dan dendam yang berkacuh dengan air mata pilu dan jiwa yang luka berdarah.


Nyatakan teknik penceritaan yang sesuai dengan petikan cerpen tersebut.

a)

A. Teknik imbas muka

b)

B. Teknik imbas kembali

c)

C. Teknik saspens

d)

D. Teknik dialog