wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA TINGKATAN 4

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Susunan elektron valensi gas adi di bawah adalah oktet, kecuali ….

a)

Ar

b)

He

c)

Xe

d)

Ne

2.

Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan sifat Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala?


I. Bersifat lengai secara kimia

II. Mempunyai susunan elektron yang stabil

III. Cenderung menderma elektron kepada unsur-unsur lain

IV. Cenderung berkongsi elektron dengan unsur-unsur lain

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

3.

Namakan ikatan kimia yang terbentuk melalui pemindahan elektron.

a)

Ikatan Kovalen

b)

Daya Van der Waals

c)

Ikatan Ionik

d)

Daya Elektrostatik

4.

Namakan ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara unsur-unsur.

a)

Ikatan Ionik

b)

Daya Van der Waals

c)

Ikatan Kovalen

d)

Daya Elektrostatik

5.

Ikatan Ionik terbentuk daripada pemindahan elektron dari atom A ke atom B. Apakah atom A dan B?

a)

A- Logam; B- Bukan logam

b)

A- Bukan logam; B- Logam

c)

A- Bukan logam; B- Bukan logam

d)

A- Logam; B- Logam

6.

Dalam pembentukan ikatan ionik, atom logam akan _____ elektron dan membentuk ion ____.


Isi tempat kosong.

a)

Menerima; Positif

b)

Menerima; Negatif

c)

Menderma; Positif

d)

Menderma; Negatif

7.

Dalam pembentukan ikatan ionik, atom bukan logam akan _____ elektron dan membentuk ion ____.


Isi tempat kosong.

a)

Menderma; Positif

b)

Menderma; Negatif

c)

Menerima; Positif

d)

Menerima; Negatif

8.

Satu atom unsur X bertindak balas dengan unsur Y menghasilkan satu sebatian. Apakah formula bagi sebatian yang terbentuk?

a)

XY

b)

X2Y

c)

XY2

d)

X2Y2

9.

Atom X mempunyai susunan elektrom 2.4. Atom Y mempunyai nombor proton 17. Apakah ciri-ciri sebatian yang terbentuk antara unsur X dan unsur Y?


I. Ia mempunyai takat lebur yang tinggi

II. Ia TIDAK boleh mengkonduksi elektrik

III. Ia TIDAK wujud sebagai pepejal pada keadaan bilik

IV. Ia larut dalam pelarut organik

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

10.

Helium tidak bertindak balas dengan unsur lain. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai neon?

a)

Helium sentiasa bergabung dengan diri sendiri

b)

Helium wujud sebagai gas monoatom

c)

Helium mempunyai susunan elekron oktet yang stabil

d)

Helium mempunyai susunan duplet yang stabil

11.

Unsur X mempunyai 8 proton. apakah cas bagi ion unsur X?

a)

2+

b)

2-

c)

3+

d)

3-

12.

Susunan elektron bagi atom gas adi boleh diwakili oleh

a)

2.1

b)

2.8

c)

2.8.4

d)

2.8.8.1

13.

Jadual menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur T dan atom unsur U.


Antara pasangan formula dan jenis ikatan berikut, yang manakah benar apabila unsur T bertindak balas dengan unsur U?

a)

T2U ; Ikatan Ionik

b)

TU2 ; Ikatan Ionik

c)

T2U ; Ikatan kovalen

d)

TU2 ; Ikatan kovalen

14.

Jadual menunjukkan susunan elektron bagi unsur P, Q, R dan S.


Antara berikut, yang manakah akan membentukan sebatian ion?

a)

Q dan P

b)

S dan Q

c)

R dan P

d)

Q dan R

15.

Rajah menunjukkan susunan elektron bagi molekul karbon dioksida.


Antara berikut yang manakah benar?

a)

Satu atom karbon menyumbang empat elektron untuk dikongsi dengan dua

atom oksigen.

b)

Empat ikatan kovalen ganda dua terbentuk dalam molekul karbon dioksida.

c)

Setiap atom oksigen menyumbang satu elektron untuk dikongsi.

d)

Satu atom karbon memerlukan dua elektron untuk mencapai susunan elektron

16.

Susunan elektron bagi atom X ialah 2.8.5 dan atom Y mempunyai 2 elektron valens

Apakah jeniss ikatan dan formula sebatian yang terbentuk antara X dan Y?

a)

A.

b)

B.

c)

C.

d)

D.

17.

Rajah menunjukkan susunan elektron kalsium oksida.


Antara berikut, yang manakah benar mengenai kalsium oksida.

a)

Atom kalsium berkongsi elektron dengan atom oksigen

b)

Atom kalsium memindahkan elektron kepada atom oksigen

c)

Atom oksigen membebaskan elektron

d)

Atom kalsium menerima elektron

18.

Jadual menunjukkan nombor proton bagi enam jenis unsur P, Q, R, S, T dan U.


Antara pasangan unsur berikut, yang manakah boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan larutan akueus.

a)

P dan Q

b)

P dan R

c)

R dan T

d)

S dan U

19.

Apakah maksud ikatan ion?

a)

Ikatan yang terbentuk apabila logam-logam menyumbang elektron kepada satu sama lain untuk mencapai suatu susunan elektron yang stabil

b)

Ikatan yang terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai suatu susunan elektron yang stabil

c)

Ikatan yang terbentuk oleh daya Van der Waals yang lemah di antara atom-atom bukan logam

d)

Ikatan yang terbentuk apabila atom logam memindahkan elektron kepada atom bukan logam.

20.

Unsur W bertindak balas dengan unsur X dan membentuk sebatian ion WX2. Susunan elektron atom X ialah 2.8.7.


Antara berikut, yang manakah mungkin susunan elektron atom W?

a)

2.8.1

b)

2.8.2

c)

2.8.4

d)

2.8.6

21.

Antara berikut, yang manakah mewakili susunan elektron bagi sebatian natrium klorida, NaCl?

a)
b)
c)
d)
22.

Susunan elektron atom M ialah 2.8.1 dan susunan elektron atom X ialah 2.6. Unsur M dan unsur X bertindak balas membentuk satu sebatian.


Antara berikut, yang manakah benar tentang tindak balas itu?

a)

Atom X menderma 2 elektron

b)

Atom M menerima 1 elektron

c)

Suatu sebatian ion terbentuk

d)

Sebatian terbentuk mempunyai formula kimia, MX2

23.

Unsur X bertindak balas dengan unsur Y untuk membentuk suatu sebatian kovalen yang mempunyai formula XY2. Susunan elektron bagi atom Y ialah 2.8.7.


Antara berikut, yang manakah susunan elektron yang mungkin bagi atom X?

a)

2.8.1.

b)

2.8.2

c)

2.8.4

d)

2.8.6

24.

Bahan manakah adalah sebatian ionik?

a)

SO2

b)

Al2O3

c)

CCl4

d)

CH4

25.

Unsur M dan unsur L masing-masing terletak dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 16 dalam Jadual Berkala. Unsur M bertindak balas dengan unsur L untuk membentuk suatu sebatian.


Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian tersebut?

a)

Larut di dalam pelarut organik

b)

Takat lebur dan takat didih yang rendah

c)

Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus

d)

Wujud sebagai gas dalam keadaan bilik.

26.

Bahan manakah sebatian ion?

a)

Glukosa

b)

Metanol

c)

Zink oksida

d)

Karbon dioksida

27.

Unsur X terletak di Kumpulan 1 manakala unsur Y terletak di Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala.


Antara berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian yang terbentuk apabila unsur unsur X dan unsur Y bertindak balas?

a)

Takat didih dan takat lebur yang rendah

b)

Larut di dalam air tetapi tidak larut di dalam pelarut organik

c)

Tidak mengkonduksikan elektrik

d)

Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik

28.

Unsur G terletak di Kumpulan 14 manakala unsur H terletak di Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala.


Antara berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian yang terbentuk apabila unsur unsur G dan unsur H bertindak balas?

a)

Larut di dalam air, tetapi tidak larut dalam pelarut organik

b)

Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik

c)

Takat lebur dan takat didih yang tinggi

d)

Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus.