Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 5 (ULANGKAJI)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara alat berikut, yang manakah menggunakan sel suria untuk menghasilkan tenaga elektrik?

a)

Komputer

b)

Satelit

c)

Basikal

d)

Periuk nasi

2.

Rajah menunjukkan satu sumber elektrik. Antara yang berikut, yang manakah menggunakan sumber elektrik tersebut?

a)

Basikal

b)

Bas

c)

Mesin basuh

d)

Kalkulator

3.

X digunakan untuk melengkapkan atau memutuskan litar.

Berkaitan dengan maklumat tersebut, simbol manakah yang mewakili X?

a)
b)
c)
d)
4.

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kecerahan mentol di dalam suatu litar elektrik?

a)

jenis sel kering

b)

bilangan mentol

c)

bilangan suis

d)

susunan suis

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara yang betul untuk mengendalikan peralatan elektrik?

a)

sentiasa menggunakan peralatan elektrik yang rosak

b)

masukkan objek yang lebih kecil ke dalam punca kuasa

c)

membaiki sendiri alat elektrik yang rosak

d)

menggunakan tangan yang kering untuk menyentuh suis

6.

Antara yang berikut, yang manakah mengandungi paling sedikit kuantiti haba?

a)

air suam

b)

air suling

c)

ais

d)

air panas

7.

Rajah menunjukkan bebola besi tidak dapat melalui gegelang besi selepas dipanaskan.

Antara langkah berikut, yang manakah membolehkan bebola besi melalui gegelang besi itu?

a)

Panaskan bebola besi

b)

Panaskan rantai besi

c)

Sejukkan bebola besi

d)

Sejukkan gegelang besi

8.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan bahan mengecut akibat penyejukan?

a)

Aras merkuri di dalam termometer meningkat

b)

Kabel elektrik menjadi lebih kendur

c)

Bola pingpong kemik menjadi bulat semula

d)

Jarak ruang-ruang pada landasan kereta api semakin besar

9.

Randi meletakkan beberapa botol susu segar di dalam sebuah bekas polistirena berisi ketulan ais. Apakah yang perlu dilakukan oleh Randi untuk mempercepatkan proses pembekuan susu segar di dalam bekas polistirena itu?

a)

Keluarkan garam dari ketulan ais

b)

Tambahkan lebih banyak garam pada ketulan ais

c)

Tuangkan air suam pada ketulan ais

d)

Tambahkan lebih banyak gula pada ketulan ais

10.

Apakah proses peleburan jirim yang melibatkan kehilangan haba?

a)

Proses kondensasi

b)

Proses pendidihan

c)

Proses penyejatan

d)

Proses pengeringan

11.

Apakah kepentingan sumber air bersih dalam kehidupan?

a)

Meningkatkan suhu Bumi

b)

membolehkan kita minum air bersih

c)

banyak hidupan akuatik yang mati

d)

menyebabkan pemanasan global

12.

Apakah yang akan terjadi jika kitaran air semula jadi terjejas?

a)

semua hidupan akan terus hidup

b)

manusia akan mendapat bekalan air bersih

c)

menyebabkan suhu Bumi meningkat

d)

haiwan membesar dengan sihat

13.

Maklumat di bawah adalah tentang sifat kimia sesuatu bahan.

- Tidak mengubah warna kertas litmus biru

- Berasa licin apabila disentuh

Apakah bahan yang mempunyai sifat kimia di atas?

a)

Ubat gigi

b)

Cuka

c)

Minyak masak

d)

Bubur ayam

14.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri bahan berasid?

a)

Mempunyai rasa yang pahit

b)

Mengubah warna kertas litmus biru menjadi merah

c)

Tidak mengubah warna kertas litmus biru

d)

Mengubah warna kertas litmus merah menjadi biru

15.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kesan putaran Bumi pada paksinya?

a)

Kejadian siang dan malam

b)

Kedudukan Matahari berubah-ubah

c)

Kedudukan Bulan berubah-ubah

d)

Perubahan panjang dan arah bayang-bayang

16.

Antara pernyataan berikut,l yang manakah betul tentang peredaran Bulan?

a)

Bulan beredar mengelilingi Bumi dari Timur ke Barat

b)

Tempoh peredaran dan putaran Bulan adalah sama

c)

Peredaran Bulan mengelilingi Bumi mengambil masa 27 hari

d)

Bulan beredar mengelilingi Bumi dari Barat ke Timur

17.

Seorang murid mendapati bahawa bayang-bayang suatu objek kelihatan seolah-olah menghilang pada pukul 1 tengah hari walaupun Matahari masih bersinar di langit. Hal ini disebabkan...............................

a)

Matahari berada di barat

b)

Matahari hampir tegak berada di atas objek tersebut

c)

Cahaya Matahari pada waktu itu tidak terang

d)

Cahaya Matahari dipantulkan oleh objek itu

18.

Apakah maksud suatu struktur yang stabil?

a)

Suatu struktur yang kuat

b)

Suatu struktur yang tidak mudah tumbang

c)

Suatu struktur yang dibina daripada bentuk-bentuk yang berbeza

d)

Suatu struktur yang besar dan tinggi

19.

Kebanyakan bangunan dibuat daripada konkrit kerana.....................

a)

harganya lebih murah

b)

konkrit mudah didapati

c)

kekuatannya

d)

bentuknya yang berbeza

20.

Aisyah pergi ke pasaraya untuk membeli beberapa bahan masakan. Apakah cara yang paling berhemah untuk meletakkan kesemua bahan yang dibelinya?

a)

Menggunakan beg plastik

b)

Menggunakan beberapa helai tisu

c)

Menggunakan kotak

d)

Menggunakan beg beli-belah