wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara persidangan atau deklarasi berikut, yang manakah diadakan khusus untuk memberi tumpuan kepada menangani masalah penipisan lapisan ozon melalui pengurangan pelepasan gas CFC.

a)

Protokol Kyoto

b)

Protokol Montreal

c)

Persidangan Rio

d)

Persidangan Stockhlom

2.

Antara berikut, usaha-usaha yang manakah boleh dilakukan untuk menjaga kualiti alam sekitar?

a)

Amalan kitar semula

b)

Menggunakan sumber tenaga mesra alam

c)

Meningkatkan harga barangan import

d)

Meningkatkan penggunaan bahan api fosil

3.

Gambar rajah menunjukkan sejenis pengangkutan awam di Malaysia iaitu KL Monorel Transit Aliran Ringan (LRT)


Apakah kepentingan pengangkutan awam tersebut terhadap ALAM SEKITAR FIZIKAL ?

a)

Mengangkut barangan

b)

Mengurangkan kesesakan jalan raya

c)

Mengurangkan pencemaran udara

d)

Menjimatkan masa perjalanan

4.

Berikut merupakan langkah bagi menggalakkan orang ramai berkongsi kereta, KECUALI

a)

Memberi subsidi bayaran parkir kepada pemilik yang sudi berkongsi kereta.

b)

Menaikan kadar parkir yang tinggi bagi pemilik kereta persendirian.

c)

Menyediakan portal kongsi kereta secara percuma bagi memberi lebih banyak orang menyertai program ini dan mendapat padanan kongsi kereta yang sesuai.

d)

Menaiktaraf jalan raya dan lebuh raya agar pemilik kenderaan lebih selesa

5.

Kesan daripada gambar rajah di atas

a)

Kemerosotan sumber makanan

b)

Akktiviti pertanian semakin giat

c)

Kesuburan tanih meningkat

6.

________________________ merujuk kepada usaha-usaha untuk membaik pulih sumber-sumber yang telah rosak setelah diterokai oleh manusia, manakala ______________________ , merujuk kepada usaha-usaha untuk menjaga, memelihara dan melindungi sumber-sumber alam yang belum diterokai.

a)

Pemeliharaan sumber alam, pemuliharaan sumber alam

b)

Pemuliharaan sumber alam, pemeliharaan sumber alam

c)

Pemantauan , penguatkuasaan undang-undang

d)

Penguatkuasaan undang-undang, pemantauan

7.

Berikut merupakan langkah perundangan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar KECUALI

a)

Mengenakan denda, kompaun dan penjara

b)

Menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974

c)

Menjalankan rondaan dan pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar

d)

Meningkatkan usaha R & D

8.

Berikut merupakan antara prinsip pembangunan berterusan (lestari), KECUALI

a)

Menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi

b)

Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup

c)

Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber

d)

Memastikan pembangunan negara dicapai dengan mengabaikan alam sekitar

9.

Isu pembangunan lestari telah dibincangkan secara serius dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Betul atau salah?

a)

Salah

b)

Betul

10.

Pilih kenyataan yang benar mengenai EIA

a)

Mestilah mengandungi satu penilaian kesan kepada alam sekeliling yang akan atau mungkin berlaku apabila sesuatu aktiviti dijalankan

b)

Digunapakai untuk memastikan kemajuan dapat dicapai secara optimum dan menguntungkan ekonomi negara

c)

Hanya diamalkan kepada pihak swasta yang terlibat dengan aktiviti berkaitan alam sekitar

d)

Tidak perlu dipatuhi dan dilaksanakan

11.

6. Antara berikut, yang manakah punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara di bandar.

a)

Pembakaran sisa pertanian dalam aktivti pertanian

b)

Pengunaan bahan api fosil dalam aktiviti perindustrian

c)

Pelepasan habuk dan debu dalam aktiviti pembinaan

12.

10. Bagaimanakah konsep pembangunan lestari boleh diterapkan dalam sektor perhutanan di Malaysia, KECUALI

a)

A. Mewartakan hutan sebagai hutan simpan atau taman negara

b)

B. Melaksanakan kaedah penebangan hutan secara sistematik

c)

C. Melaksanakan rawatan sivilkultur terhadap pokok

d)

D. Penyahutanan

13.

Prinsip 4R adalah bermaksud?

a)

Repeat, reuse, recycle & recovery

b)

Reduce, reuse, recycle & recovery

c)

Retake, reuse, recovery & reduce

14.

Antara berikut, yang manakah aktiviti manusia yang menyumbang peningkatan sisa pepejal ke dalam sungai

a)

Aktiviti perindustrian - pembuangan sisa toksik

b)

Aktiviti domestik - pembuangan sampah sarap

c)

Aktiviti perniagaan - pembuangan sisa makanan

d)

Aktiviti pelancongan - pembuangan sisa makanan dan sampah sarap

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan hutan kepada alam sekitar manusia.

a)

Ekopelancongan

b)

Sektor pembalakan

c)

Habitat kepelbagaian flora dan fauna

d)

Mengawal perubahan iklim mikro