Font size
WorksheetsBM TING.2 LATIHAN 2
Total questions: 85
Worksheet time: 43mins
Ibu sedang menyiram bunga.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Tan Jia Xiang mengambil buku cerita lalu membaca buku itu.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Rizal membuka begnya lalu memasukkan beberapa buah buku.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
1. Apabila ________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
termangu
terngiang
terimbas
terkenang
Bendahara Ali ________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.
menusukkan
menyisipkan
menyusupkan
menyarungkan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas
Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
kencang
lasak
tangkas
cekap
Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa menuju ke dapur, kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Sarimah betul-betul gembira dengan kepulangan
A B
anaknya yang telah lama berpisah.
C
Tiada kesalahan.
D
A
B
C
D
Aisyah masih rindukan kehidupannya di desa, walaupun
A B
telah lama berpindah ke kota. Tiada kesalahan.
C D
A
B
C
D
Intan meminta Yasmin membelikannya sutera batik yang
A
dijual di pasar pagi Ahad di Kampung Kota Lama.
B C
Tiada kesalahan.
D
A
B
C
D
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul
Kelihatan Saifullah mencolek dinding dengan jari telunjuk kanannya.
Perbuatan datuk mencolek tahi telinganya dengan rokok daun selalu ditegur emak.
Penjenayah itu gagal mencolek anak kecil yang berjalan bersama-sama ibunya setelah disedari oleh orang ramai.
Persembahan peserta pertandingan akhir Bintang Mencari Bintang itu mencolek hati.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul.
Mulut adik terkemut-kemut ketika sedang menyusu.
Pemuda itu berjalan terkemut-kemut kerana mabuk.
Akram membuat kerja terkemut-kemut kerana kesakitan yang ditanggungnya.
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul
Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya
Dawiyah cekap mengharungi segala dugaan dan rintangan yang mendatang dalam hidupnya.
Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.
Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu.
Pengacara majlis mempersilakan para peserta kursus masuk dewan sekarang kerana taklimat akan dimulakan.
masukkan ke dalam dewan sekarang
masuk ke dalam dewan sekarang
masuki dewan sekarang
masuk dewan sekarang
Aminah dipersuamikan dengan pemuda pilihan ibunya.
Aminah dipersuami oleh
Aminah dipersuamikan oleh
Aminah dipersuamikan akan
Aminah dipersuamikan dengan
Nurul membeli setandan pisang masak untuk dibuat kerepek pisang bagi memenuhi permintaan pelanggannya sempena hari raya pada tahun ini.
membeli setandan pisang mengkal
membeli setandan pisang mongel
membeli setandan pisang mekar
membeli setandan pisang masak
Pilih ayat-ayat yang betul.
Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.
En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Kerajaan akan terus memperkasakan industri pelancongan negara.
“Berapa umur adik kamu yang comel ini?” tanya jurujual sambil mencubit pipi adikku yang montel itu.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Emas yang mahal itu ayah tidak terbeli.
Lututnya yang luka itu kena jahit semalam.
Paip yang rosak itu telah dibaiki oleh kami.
Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh adik.
Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula. Keadaan ini samalah seperti…
didengar ada dipakai tiada.
biar mati anak jangan mati adat.
jauhari yang mengenal manikam.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Seperti embun di hujung rumput.
Bagai layang-layang putus tali.
Kerusi itu dibuat _______________ rotan.
dari
daripada
oleh
dengan
Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :
Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.
Tiap-tiap warganegara-warganegara
Tiap-tiap warganegara
Setiap orang warganegara
Tiap warganegara
Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu
sama ada bandar atau desa
sama ada di bandar atau di desa
sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa
sama ada di bandar atau desa
Apakah maksud peribahasa "baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
berbuat baik semasa hidup untuk diri sendiri
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Apakah maksud peribahasa "kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"?
orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
orang miskin yang mendapat pertolongan
Apakah maksud peribahasa "kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"?
orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
orang miskin yang mendapat pertolongan
Apakah maksud peribahasa "umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?
sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan
orang yang malas tidak akan maju
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil
Apakah maksud " alah bisa tegal biasa"?
orang yang malas tidak akan maju
kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
rajin dan cepat bekerja
Pilih ejaan yang betul
nasi baryani
nasi beriyani
nasi baryyani
nasi beriani
Pilih ejaan yang betul
tose
tosei
tosay
tossay
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk.
dikupas
dikopek
ditarah
disiang
2. Alias gemar menghabiskan masa lapangnya dengan melayari __________ untuk tujuan meneroka pengetahuan baharu.
kafe siber
pusat sumber
laman sesawang
laman Internet
3. Kita perlulah bersarapan dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti kerana jika tidak bersarapan, badan kita akan ___________.
lemau
lemah
lembik
longlai
Pilih yang mana salah, jika tiada salah, pilih tiada kesalahan.
4. Ah Keong menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh gurunya. Tiada kesalahan.
menggaru-garu
menjawab
diajukan
Tiada kesalahan.
Pilih yang mana salah, jika tiada salah, pilih tiada kesalahan.
5. Pemuda itu ditangkap oleh pihak polis setelah beliau cuba merenggut beg tangan ibu saya di Lorong Haji Taib. Tiada kesalahan
ditangkap
beliau
merenggut
Tiada kesalahan
6. Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Ilyas membersihkan kandang kereta milik ayahnya.
II. Kawanan lembu milik Pak Saleh itu pulang semula ke kandang.
III Keadaan ruang tamu rumah yang berserakan dilihat seperti kandang kerbau.
IV Murugan yang berusia 20 tahun itu diarahkan berdiri di dalam kandang tertuduh.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
7. Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Kertas kerja ini akan kami bentang dalam mesyuarat pada petang nanti.
II Bentang yang ditarik oleh kerbau Pak Mat sudah reput.
III Lisa bentang sejadah kepada ibunya yang uzur untuk memudahkan ibunya solat.
IV Aini mengalami bentang kerana tidak berpantang dengan betul selepas bersalin.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
8. Aswan memaparkan gambar pelbagai jenis-jenis kain yang digunakan untuk mengikat destar.
pelbagai jenis kain
berbagai jenis kain
pelbagai jenis kain-kain
pelbagai jenis-jenis kain
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
9. Izara membentangkan hasil kerjanya dengan tenang kepada rakan-rakan sekelasnya.
membentangkan dengan tenang hasil kerjanya
membentang hasil kerja dengan tenangnya
dibentangkan hasil kerja dengan tenangnya
membentangkan hasil kerjanya dengan tenang
10. Pilih ayat-ayat yang betul.
I Kim Yong ke hutan untuk mencari kumbang.
II Ayah tiba-tiba mengalami sesak nafas selepas pulang dari kebun.
III Kumala jatuh terpelanting akibat terpijak paku ketika berjalan pulang ke rumahnya.
IV Pekerja itu memasang alat penghawa dingin di ruang pejabat selepas diarahkan oleh pengurus syarikat itu.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
13. Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
“Apakah yang diceritakan oleh Zaleha kepada kamu dalam e-mel yang dihantarnya itu?” tanya Nur kepada Salmah.
Salmah bertanya kepada Nur perkara yang diceritakan oleh Zaleha menerusi e-mel yang dihantarnya.
Nur bertanya kepada Salmah perkara yang diceritakan oleh Zaleha melalui emel yang dihantar kepada Salmah.
Zaleha bertanya Nur tentang perkara yang diceritakan oleh Salmah melalui e-mel yang dihantarnya.
Nur bertanya kepada Zaleha tentang isu yang diutarakan dalam e-mel yang dikirimkan oleh Salmah kepadanya.
berani kerana benar,.......................................
takut kerana salah
jangan mati adat
kalau tidak ke nasi
tak hendak seribu dalih
Tangan kita perlu sentiasa dicuci _______ tidak dijangkiti kuman.
jikalau
ketika
lalu
agar
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ........................... bulan hadapan?
atau
dan
lalu
maka
Ayat majkmuk campuran boleh difahami sebagai ...
Gabungan ayat majmuk dan mempunyai tidak lebih daripada satu kata hubung.
Gabungan ayat tunggal dan ayat dasar yang membentuk ayat majmuk
terdapat lebih daripada daripada satu kata majmuk
gabungan ayat majmuk dan mempunyai lebih daripada satu kata hubung.
Antara yang berikut yang manakah bukan ayat majmuk pancangan ?
Amri menikmati makanan yang terhidang di atas meja semasa berbuka puasa.
Ali dan Abu diberitahu bahawa bilik itu tidak berpenghuni tetapi kedengaran bunyi telapak kaki setiap malam seakan menidakkan kenyataan itu.
Ali menyatakan bahawa tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan perbalahan
Daniel memakai baju yang berwarna kuning itu.
Syamil sedang tidur tetapi adiknya yang berumur lima tahun itu sedang bermain.
Ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran.
betul
salah
tidak pasti
Pengetua memaklumkan bahawa sekolah akan ditutup selama seminggu.
Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan komplemen.
betul
salah
tiddak pasti
Ali tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit.
Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan keterangan.
betul
salah
tidak pasti
Penonton yang menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak itu tidak berpuas hati kerana ___________________ asyik tersilap menyebut nama pemain.
juruulas
juruacara
jurubahasa
jururunding
Pasar Raya Super Jimat akan membuat ___________________ harga barangan secara besar-besaran sempena Hari Krismas nanti.
turunan
menurun
keturunan
penurunan
Remaja yang baru ditemui setelah sesat di dalam hutan itu telah _________________________ dengan pelbagai soalan oleh orang ramai.
dicurahi
dihujani
dibanjiri
dilimpahi
Wajah Pak Rahmat ______________________ apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehnya pada petang itu.
berseri-seri
berkilau-kilau
berpinar-pinar
bercahaya-cahaya
Akibat perbuatannya yang ________________________ batasan, Syahir tidak dibenarkan pergi ke mana-mana tanpa persetujuan bapanya.
terlampau
melampau
melampaui
melampau-lampau
Pelbagai jenis bahan bacaan terdapat di perpustakaan, __________________________ para murid tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
walaupun
malahan
bahkan
namun
Mangsa kemalangan itu berjalan _________________________ beberapa meter sebelum rebah ke tanah.
terkial-kial
terkesot-kesot
terhenjut-henjut
terhuyung-hayang
"_________ kah yang telah melanjutkan pelajaran ke universiti?" tanya Umie kepada Mira.
Apa
Bila
Mana
Siapa
Pekerja-pekerja kilang itu tidak akan bersurai ________________ majikan mereka tidak membayar gaji mereka.
selagi
malahan
walaupun
tambahan
Daun-daun padi _________________ ditiup angin sepoi-sepoi bahasa itu telah menimbulkan suasana yang nyaman.
berkibar-kibar
berlambai-lambai
bergoyang-goyang
berlenggok-lenggok
"Kalian boleh beredar jika tiada ________________ yang hendak ditanyakan lagi," kata Cikgu Zakuan.
apa
siapa
apa-apa
mana-mana
Maksud prasarana
infrastruktur
batu
kasut
kain
(PILIH SATU KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT)
Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
Baginda
pembesar-pembesar
di dalam
Sudah tentu pemuda itu mampu membeli kereta yang mahal kerana ayahnya jutawan. Kata orang, ........
air besar sampan tak hanyut
ada padi semua kerja jadi
bagai isi dengan kuku
bagai dakwat dengan kertas
Ayat tunggal:
a) Lelaki itu abang saya.
b) Lelaki itu tinggi.
Ayat majmuk :
Lelaki (a) tinggi itu abang saya.
Ayat tunggal:
a) Salim menebas rumput.
b) Salimah menyapu sampah.
Ayat Majmuk:
Salim menebas rumput (a) Salimah menyapu sampah
Ayat tunggal:
(a) Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa.
(b) Produk herba di negara kita memiliki khasiat yang tinggi.
Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa (a) memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat majmuk:
Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat Tunggal:
(a) Ayah mencuci kereta di halaman rumah.
(b) (a)
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan jawapan yang betul.
1. Adik Qayyum menangis teresak-esak apabila mengetahui semua barang-barang mainannya tertinggal di kampung.
semua barang mainannya
semua barang mainan-mainannya
semua barang-barang mainannya
tiada kesalahan
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan jawapan yang betul.
1. Safikah menjemur tilam itu kerana terdapat tetikus yang menyebabkan badan gatal-gatal.
kerana terdapat pepijat
kerana terdapat kekura
kerana terdapat lelabi
Tiada kesalahan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Kamil murid yang paling cetek di kelasnya
Rambut yang cetek lebih mudah diurus.
Sungai itu dapat diharungi kerana airnya cetek.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Hamid kasar buahnya.
Suasana di pasar borong itu bising dan kasar.
Zulia mempunyai suara yang kasar seperti lelaki.
Nyatakan persoalan yang paling sesuai berdasarkan contoh situasi berikut.
Pak Mail sentiasa menasihati cucunya, Hayati agar belajar bersungguh-sungguh.
Bijak membut keputusan
Semangat patriotik
Kepentingan menuntut ilmu
Semua pekerja di syarikat itu sentiasa berkerjasama tanpa memilih pangkat.
bekerjasama
berkerjasama
Pilih gaya bahasa yang paling sesuai berdasarkan contoh di bawah.
...bila Hayati nak balik?
Simpulan bahasa
Sinkope
Repetisi
Inversi
Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.
berat tulang
ringan tulang
ringan mulut
ayam tambatan
Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul
Dia, Kami, Kita
Mereka, Beliau, Baginda
Saya, Kami, Beta
Baginda, Dia, Kalian
Pilih ejaan yang betul
tauge
toge
tougeh
taugeh
Pilih ejaan yang betul
kuetiau
kuehtiau
kueh tiau
kwehtiau
