Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Anda rasa anda hebat? 900/1 (2)

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Negara demokrasi berparlimen merujuk kepada ciri-ciri

I Ahli kabinet dilantik dari kalangan ahli dua majlis

Parlimen

II Ketua kerajaan boleh ‘diturunkankan’ melalui undi

tidak percaya

III Ketua negara menjadi lambang dan menjalankan

kuasa pemerintahan

IV Dotrin pengasingan kuasa diamalkan untuk

mengelakkan salah guna kuasa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Di antara berikut , yang manakah yang merupakan bidang kuasa sivil Mahkamah Syariah yang berkuatkuasa terhadap penduduk Islam di Sermenanjung Malaysia?


I. Kesalahan menganiayai isteri

II. Kesalahan tidak berpuasa pada bulan ramadan

III. Kesalahan tidak memberi nafkah kepada

tanggungannya setelah bercerai

IV. Kesalahan yang berkaitan dengan

pembahagian harta sepencarian suami isteri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Antara penyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan kepada badan perundangan?

a)

Tempoh lima tahun penggal Parlimen bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen

b)

Suruhanjaya pilihan raya berhak membatalkan keputusan calon yang memenangi pilihan raya secara tipu muslihat

c)

Proses pilihan raya boleh diadakan secara berasingan antara kawasan Parlimen dengan kawasan Dewan Undangan Negeri

d)

Jika Encik X dilantik sebagai Senator, tempoh memegang jawatan adalah tidak lebih 2 penggal iaitu 8 tahun sama ada secara berterusan atau sebaliknya

4.

Yang manakah merupakan ahli ex-officio Dewan Undangan Negeri Melaka?

a)

Mufti Negeri

b)

Pegawai Kewangan Negeri

c)

Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Penasihat Undang-Undang Negeri

5.

Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan fungsi Majlis Raja-Raja?

I Memberi nasihat mengenai pelantikan Ketua Audit

Negara

II Mengarahkan kabinet mengubah dasar-dasar

kerajaan yang menimbulkan bantahan rakyat

III Memberi persetujuan kepada cadangan perubahan

sempadan negeri di Semenanjung Malaysia

IV Memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong

mengenai penganugerahan pingat-pingat kebesaran

negara

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

6.

Antara amalan berikut, yang manakah yang perlu dipatuhi untuk memastikan tadbir urus yang baik?

I Ketelusan

II Akauntabiliti

III Pengekalan prestasi

IV Mematuhi undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Antara mesyuarat berikut, yang manakah berperanan untuk menyelaraskan tadbir urus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I Mesyuarat Majlis Raja-Raja

II Mesyuarat Majlis Perancangan Negara

III Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha

Kementerian

IV Mesyuarat Menteri-Menteri Besar / Ketua

Menteri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

· Jackie dilahirkan di Pulau Pinang pada 12

Disember 1961.

. Bapanya warganegara Poland manakala ibunya

rakyat Vietnam


Antara yang berikut, yang manakah mengenai taraf kewarganegaraan Jackie?

a)

Bukan warganegara

b)

Warganegara secara masukan

c)

Warganegara secara pendaftaran

d)

Warganegara secara kuatkuasa undang-undang

9.

Yang manakah berikut, benar tentang Yang Dipertua Negeri ?


I Dilantik oleh Yang Dipertuan Agong

II Tidak boleh didakwa atas sifat peribadi

III Mestilah warganegara Malaysia melalui kuatkuasa

undang-undang

IV Boleh dipecat dengan undi tidak kurang daripada dua

pertiga ahli Parlimen

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Ketua Audit Negara bertanggungjawab untuk

I Menjelaskan kelemahan dalam

perbelanjaan

II Menyiapkan laporan tentang akaun perbelanjaan

III Menerima dan mengutip caruman daripada

majikan

IV Mengubal dasar-dasar dan menguruskan

pinjaman perumahan bagi kakitangan Awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Antara penyatan berikut, yang manakah merujuk kepada Suruhanjaya?

a)

Ahli Majlis Parlimen boleh menjadi ahli Suruhanjaya

b)

Saraan anggota Suruhanjaya ditetapkan oleh Perlembagaan

c)

Ahli-ahlinya boleh dipecat hanya melalui syor oleh satu tribunal penyiasatan

d)

Boleh memegang jawatan selagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

12.

Antara yang berikut, yang manakah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri dalam membuat peruntukan kewangan kepada Kerajaan Tempatan?

I Jumlah hasil yang diperolehi

II Keluasan kawasan Kerajaan Tempatan

III Panjang jalan raya dalam kawasan Kerajaan

Tempatan

IV Jumlah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan

Persekutuan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Yang manakah benar tentang Setiausaha Kerajaan Negeri ?


I melaksanakan dasar kerajaan negeri

II menjadi penasihat utama kewangan kepada Menteri

Besar

III sebagai pegawai pentadbiran utama negeri

IV memastikan agensi-agensi melaksanakan dasar

kerajaan negeri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

· Menyokong kementerian dalam proses

perancangan penyampaian

· Mengabungkan kepakaran terbaik dari sektor awam

dan sektor swasta

· Menyokong penyampaian Program Transformasi

Kerajaan dan Program Tranformasi Ekonomi


Penyataan diatas merujuk kepada agensi

a)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP)

b)

Unit Kerjasama Sektor Awam Swasta (UKAS)

c)

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

15.

Manakah antara pernyataan berikut benar mengenai kuasa Pihak Berkuasa Tempatan?

I Menggubal undang-undang kecil tentang

penggunaan tanah negeri

II Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang

kotor

III Mendaftarkan dan mengeluarkan lesen syarikat

perniagaan

IV Mengenakan kompaun terhadap salah laku

mengenai papan iklan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

16.

· Memastikan dasar ekonomi mencapai matlamat

yang diharapkan

· Mengawasi kegiatan agensi dan perbadanan awam


Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi

a)

Perbendaharaan

b)

Unit Perancangan Ekonomi

c)

Jabatan Perkhidmatan Awam

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

17.

Antara berikut peranan Unit Perancangan Ekonomi

a)

Merancang dan mengurus sumber pendapatan negara

b)

Menggubal dasar-dasar personel untuk keperluan negara

c)

Mengawal dan menilai pencapaian pembangunan negara

d)

Memantau dan menyelaras pelaksanaan pembangunan negara

18.

Yang manakah benar tentang Majlis Tanah Negara

a)

Menukar status tanah

b)

Meluluskan permohonan tanah

c)

Menentukan pengawalan dan penggunaan tanah

d)

Membayar ganti rugi setiap tanah yang diambil kerajaan

19.

Yang manakah benar tentang Yang Dipertua Negeri?

a)

Komponen Dewan Undangan Negeri

b)

Penasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan

c)

Ketua agama Islam di negeri berkenaan

d)

Ahli mesyuarat Majlis Raja-raja semasa pelantikan Yang di-Pertuan Agong

20.

Yang manakah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan?

a)

Meluluskan dasar-dasar negeri

b)

Menggubal undang-undang negeri

c)

Merupakan konponen badan perundangan negeri

d)

Ahli-ahlinya dilantik oleh Menteri Besar/Ketua Menteri

21.

Pihak plaintif boleh meminta pihak defendan ke mahkamah dengan cara

a)

writ

b)

sapina

c)

injunksi

d)

waran tangkap

22.

Pihak yang manakah terlibat dalam pelantikan hakim Mahkamah Tinggi?

I Peguam Negara

II Perdana Menteri

III Ketua Setiausaha Negara

IV Yang di-Pertuan Agong

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

23.

Yang manakah kes-kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?


I Pengamalan ajaran sesat

II Penjualan minuman keras

III Pengambilan anak angkat

IV Pembahagian harta pusaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Biro Bantuan Guaman boleh membantu kes yang melibatkan

a)

pembantu rumah warga Indonesia yang ditipu majikannya

b)

janda yang menuntut bayaran nafkah ke atas bekas suaminya

c)

pembeli rumah yang tidak berpuas hati dengan keadaan rumahnya

d)

remaja yang didakwa atas tuduhan menjadi samseng di jalan raya

25.

Yang manakah boleh dibatalkan oleh mahkamah?

a)

Undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan

b)

Undang-undang negeri yang berada di luar bidang kuasa Dewan Undangan Negeri

c)

Undang-undang negeri yang tidak diperkenankan oleh Raja/Yang di-Pertua Negeri

d)

Undang-undang negeri yang tidak dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

26.

Kes yang manakah boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

a)

Pegawai polis yang dikenakan tindakan turun pangkat

b)

Pegawai tentera yang dikenakan tindakan oleh Mahkamah Tentera

c)

Pembantu makmal sekolah menengah persendirian yang dibuang kerja

d)

Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan dikenakan tindakan tatatertib

27.

Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Boleh terdiri daripada kalangan ahli Parlimen

b)

Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap

c)

Saraan diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan

d)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Perdana Menteri

28.

Yang manakah benar tentang pilihan raya di Malaysia

a)

Keputusan rayuan petisyen pilihan raya adalah muktamad

b)

Isteri pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos

c)

Persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan oleh Jawatankuasa Parlimen

d)

Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara layak menjadi calon

29.

Yang manakah menyebabkan seseorang tidak boleh mengundi

a)

Bekas banduan

b)

Bukan anggota parti politik

c)

Bertugas semasa pilihan raya

d)

Tidak mendaftar sebagai pemilih

30.

Yang manakah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?

a)

Melaksanakan kuasa eksekutif negeri

b)

Diketuai oleh raja atau Yang Dipertua Negeri

c)

Jumlah keahlian adalah sama di setiap negeri

d)

Saraan ahlinya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri