wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL HEMPASAN OMBAK

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Farid bersederhana dalam menjalani kehidupannya walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara.

Nyatakan pengajaran yang bersesuaian dengan contoh di atas.

a)

Kita hendaklah mencurahkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.

b)

Kita hendaklah bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan.

c)

Kita hendaklah berani menanggung risiko dalam perniagaan.

2.

Kita hendaklah tabah apabila diuji dengan musibah dan masalah.

Pilih peristiwa yang sesuai berdasarkan pengajaran di atas.

a)

Farid tabah menerima dugaan apabila bengkel batik moden baharunya terbakar dan menganggapnya sebagai takdir Tuhan.

b)

Farid gigih menguruskan Syarikat Batik Nusantara milik arwah ayahnya, Haji Badrul walaupun dia baru berusia 19 tahun.

c)

Farid kagum akan kesabaran Zuraida melayani pelanggan yang pelbagai kerenah di gerai pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol.

3.

Urutan binaan plot dalam sesebuah novel ialah

a)

permulaan, peleraian, perkembangan, perumitan, dan klimaks.

b)

permulaan, perkembangan, klimaks, perumitan, dan peleraian.

c)

permulaan, perumitan, perkembangan, peleraian, dan klimaks.

d)

permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks, dan peleraian.

4.

Nyatakan watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita.

a)

Watak protagonis

b)

Watak sampingan

c)

Watak kodi

5.

Mukhtar ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan membakar bengkel Zuraida. Mukhtar dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Tomsiah dan Pak Nik merupakan pekerja lama yang setia dengan Syarikat Batik Nusantara.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Apakah maksud gaya bahasa simile?

a)

Pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh pengarang.

b)

Perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.

c)

Perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, ibarat, dan sebagainya.

8.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Hajah Zaoyah mempunyai lima orang anak yang bernama Lotfi, Mukhtar, Farhan, Farid, dan Hanisyah.

b)

Hajah Zaoyah mempunyai enam orang anak yang bernama Lotfi, Latifah, Farhan, Farid, Hanisyah dan Hisyam.

c)

Hajah Zaoyah mempunyai enam orang anak yang bernama Hartini, Latifah, Zuraida, Farid, Mokhsein, dan Hanisyah.

9.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Hartini Noor ialah anak Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik selain membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik canting di syarikat milik Farid.

b)

Hartini Noor isteri Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik selain membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik canting.

c)

Hartini Noor ialah adik sepupu Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik moden selain menjadi tenaga pengajar kepada pekerja Syarikat Batik Nusantara.

10.

Pilih latar tempat berserta contoh peristiwa yang betul.

a)

Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Tomsiah membuat laporan di balai polis berkaitan dengan insiden kebakaran yang berlaku.

b)

UiTM Dungun. Farid mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap minggu.

c)

Kampung Losong, Kuala Terengganu. Tempat terletaknya Syarikat Batik Nusantara, iaitu bengkel batik kepunyaan keluarga Farid dan rumah keluarganya.

11.

Berapakah umur Farid?

a)

19 tahun

b)

18 tahun

c)

17 tahun

12.

Siapakah Haji Badrol?

a)

Ayah kepada Mukhtar

b)

Ayah kepada Farid

c)

Ayah kepada Zuraida

13.

Pilih penyataan yang salah tentang Kak Tomsiah

a)

Seorang ibu beranak tiga

b)

Emak zuraida

c)

Pekerja Haji Badrol

d)

Lebih 15 tahun bekerja dengan Syarikat Batik Nusantara

14.

Kematian Haji Badrol disebabkan oleh...

a)

Kemalangan jalan raya

b)

Santau, tuju dan buatan orang

c)

Barah dalam perut

d)

Meninggal sewaktu tidur

15.

Siapakah Zuraida?

a)

Isteri Farid

b)

Kekasih Farid

c)

Rakan sekelas Farid

d)

Ibu Farid

16.

Pilih penyataan yang salah

a)

Zuraida merupakan anak saudara Mukhtar

b)

Farid merupakan anak Hj Badrol dan Hjh Zaoyah

c)

Mukhtar terkena lilin panas

d)

Lutfi lumpuh akibat kemalangan

17.

Mengapakah bangsal batik moden terbakar?

a)

akibat litar pintas

b)

kerana perbuatan khianat Mokhsein

c)

kerana perbuatan khianat Mukhtar

d)

kerana perbuatan Azmi dan Masri

18.

Berikut merupakan individu yang pernah menerima ugutan kecuali...

a)

Hjh Zaoyah

b)

Zuraida

c)

Farid

d)

Mokhsein

19.

Apakah strategi yang diperkenalkan oleh Mokhsein kepada Farid

a)

Strategi meluaskan pasaran

b)

Strategi corak batik baharu

c)

Strategi pengiklanan

d)

Strategi terkunci

20.

Berikut merupakan perwatakan Farid kecuali...

a)

Seorang yang gigih

b)

Seorang yang pendendam

c)

Seorang yang rajin

d)

Seorang yang bertanggungjawab