wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1 IIBADAH TINGKATAN 5

Total questions: 59

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Nikah menurut bahasa ialah

a)

himpun

b)

ikat

c)

tambah

d)

jalin

2.

Antara yang berikut, manakah tidak benar mengenai pengertian nikah menurut syarak

a)

akad yang menggunakan lafaz nikah

b)

Menghalalkan lelaki dan wanita melakukan persetubuhan

c)

disaksikan oleh empat orang saksi

d)

harus menggunakan bahasa lain yang memberi erti nikah

3.

Berikut adalah pernyataan yang betul tentang hikmah perkahwinan dalam Islam kecuali

a)

memupuk kasih sayang

b)

mendapat zuriat yang sah

c)

menyebabkan kemiskinan

d)

mententeramkan jiwa

4.

Seseorang itu haram berkahwin apabila

a)

tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin

b)

mampu menunaikan nafkah zahir dan batin berkeinginan tetapi tidak dikhuatiri terjerumus ke lembah maksiat

c)

tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk berkahwin

d)

tidak mampu dari segi nafkah zahir atau batin atau diyakini melakukan kezaliman kepada pasangannya

5.

Mampu dari segi nafkah zahir dan batin

Dapat mengawal nafsu dari melakukan zina


Pernyataan di atas merujuk kepada hukum (a)   berkahwin

6.

Orang yang tidak mempunyai sebab mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkannya


Pernyataan di atas merujuk kepada hukum (a)   berkahwin

7.

Yang berikut adalah cara-cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan maksiat apabila seseorang tidak mampu untuk berkahwin kecuali

a)

menundukkan pandangan dari melihat perkara maksiat

b)

membanyakkan amalan-amalan sunat

c)

melakukan ibadat puasa

d)

mengambil wudhu’

8.

Antara yang berikut, manakah bukan langkah untuk mengatasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga Islam

a)

perhatian ibu bapa dan masyarakat

b)

mengadakan program ilmu

c)

penguatkuasaan undang-undang

d)

memilih pasangan sendiri

9.

Antara yang berikut, manakah bukan langkah untuk mengatasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga Islam

a)

perhatian ibu bapa dan masyarakat

b)

mengadakan program ilmu

c)

penguatkuasaan undang-undang

d)

memilih pasangan sendiri

10.

Antara agensi yang bertanggungjawab menganjurkan kursus-kursus perkahwinan untuk bakal suami dan isteri ialah

a)

jabatan Agama Islam

b)

Jabatan Kehakiman

c)

Jabatan Kebajikan

d)

Jabatan Kesihatan

11.

Azman tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk berkahwin


Hukum perkahwinan di atas adalah (a)  

12.

Pilih pernyataan yang salah mengenai hikmah perkahwinan

a)

Perkahwinan menjamin kebahagiaan

b)

perkahwinan menjalinkan silaturrahim

c)

perkahwinan memberi ketenteraman jiwa

d)

perkahwinan dapat mengumpulkan kekayaan

13.

Berikut adalah langkah-langkah mengatasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang kecuali

a)

melonggarkan syarat Undang-undang keluarga Islam

b)

pihak berwajib perlu memperbanyakkan seminar

c)

mengenakan tindakan undang-undang

d)

menguatkuasakan peraturan

14.

Pilih dua pernyataan yang merujuk kepada hikmah perkahwinan

a)

Dapat menyelesaikan masalah

b)

Dapat membantu orang susah

c)

Mengelakkan perbuatan maksiat

d)

Mengembangkan zuriat yang bersih

15.

Antara yang berikut, yang manakah salah tentang rukun talak

a)

suami

b)

lafaz

c)

isteri

d)

saksi

16.

Talak bermaksud

a)

merungkaikan ikatan perkahwinan

b)

mengikatkan ikatan perkahwinan

c)

menambahkan ikatan perkahwinan

d)

menjelaskan ikatan perkahwinan

17.

Hukum asal talak adalah

a)

sunat

b)

makruh

c)

harus

d)

wajib

18.

Yang berikut adalah hikmah diharuskan talak, kecuali

a)

memberi peluang bekas suami isteri memulakan penghidupan baru

b)

memberi keinsafan dan seterusnya membaiki kesalahan

c)

mengurangkan tekanan perasaan apabila berlaku perselisihan

d)

mencari kesalahan masing-masing dan membat pengaduan di mahkamah

19.

Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah


Nyatakan hukum talak bagi situasi di atas

(a)  

20.

Talak sunni ialah

a)

talak yang sesuai dengan hukum syarak

b)

talak yang menyalahi hukum syarak

c)

talak satu atau dua dan ketika isteri sedang haid

d)

talak satu atau dua dan ketika isteri sedang nifas

21.

Had maksimum bagi bilangan talak ialah

(a)  

22.

Talak taklik bermaksud

a)

talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat

b)

talak yang tidak boleh dirujuk

c)

talak semasa haid atau nifas

d)

talak dua dan tiga

23.

Jika engkau keluar dari rumah ini , engkau tertalak dengan talak satu


Pernyataan di atas adalah sesuai dengan lafaz talak

a)

taklik biasa

b)

taklik khuluk

c)

talak bain sughra

d)

talak bain kubra

24.

Talak Bid’i bermaksud

a)

talak yang menyalahi hukum syarak

b)

mentalak isteri ketika selepas haid

c)

mentalak isteri dengan talak tiga

d)

mentalak isteri yang derhaka

25.

Encik Abu menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan tidak disetubuhi ketika suci


Namakan jenis talak bagi situasi di atas

a)

Bain

b)

Raj’i

c)

Sunni

d)

Bid’i

26.

Di bawah ini adalah perkara yang berkaitan talak Bain Sughra kecuali

a)

Khuluk

b)

Fasakh

c)

Li’an

d)

Tamat tempoh Idah

27.

Talak tiga termasuk dalam Talak Bain (a)  

28.

Talak yang masih boleh dirujuk dalam masa idah ialah talak

a)

bain sughra

b)

bain kubra

c)

raj'i

29.

Berikut adalah cara menjatuhkan talak kecuali

a)

lisan

b)

tulisan

c)

wakil

d)

isyarat

30.

Membatalkan ikatan perkahwinan melalui kuasa kadi dengan sebab-sebab diharuskan oleh syarak merujuk kepada maksud

a)

rujuk

b)

idah

c)

fasakh

d)

khuluk

31.

Manakah antara berikut sebab yang mengharuskan seseorang isteri menuntut fasakh

a)

suami dibuang kerja

b)

suami kudung tangan

c)

suami sering mendera isteri

d)

suami dipenjara selama 3 bulan

32.

Pilih dua hikmah fasakh kepada isteri

a)

memberi peluang kepada isteri menuntut nafkah

b)

menyelamatkan akidah isteri daripada suami yang murtad

c)

memberi peluang kepada isteri melakukan apa yang disukai

d)

memberi peluang kepada isteri menuntut pembatalan perkahwinan

33.

Kesan dari perbuatan fasakh ialah

a)

suami isteri tidak boleh rujuk

b)

suami boleh menegur isteri

c)

suami isteri boleh mewarisi harta

d)

suami isteri tidak boleh berkahwin semula

34.

Isteri boleh menuntut faskah sekiranya suami mengidap penyakit

a)

resdung

b)

denggi

c)

sopak

d)

selsema

35.

Perceraian secara fasakh dikategorikan sebagai

a)

Talak Raj’i

b)

Talak Bain

c)

Talak Bain Sughra

d)

Talak Bain Kubra

36.

Suami berkata; “ Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak RM 1000”

Situasi di atas merujuk kepada

a)

Fasakh

b)

khuluk

c)

talak

d)

rujuk

37.

Khuluk menurut bahasa beerti

a)

batal

b)

kembali

c)

menanggalkan

d)

melepaskan ikatan

38.

Institusi yang bertanggungjawab menyelesaikan tuntutan khuluk isteri ialah

a)

Jabatan Kebajikan Masyarakat

b)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

c)

Mahkamah Syariah

d)

mahkamah Sivil

39.

Berikut adalah bukan hikmah khuluk

a)

memberi penghormatan kepada isteri

b)

menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak

c)

mengelakkan kemungkinan berlakunya nusyuz di pihak isteri

40.

Khuluk termasuk dalam talak bain (a)  

41.

Talak secara khuluk ialah suami membayar ganti rugi atau memulangkan (a)   dan segala yang diterima dengan kasara yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak

42.

Bagaimanakah cara suami isteri boleh bersama semula jika berlaku khuluk

a)

rujuk secara biasa

b)

perlu menunggu tempoh tertentu

c)

akad nikah baru

d)

tidak boleh berkahwin lagi buat selamanya

43.

Berikut adalah rukun rujuk kecuali

a)

suami

b)

kadi

c)

isteri

d)

lafaz

44.

Semua pernyataan berikut adalah syarat rujuk bagi suami kecuali

a)

Islam

b)

berakal

c)

baligh

d)

mahar

45.

Manakah antara berikut bukan syarat suami yang hendak rujuk dengan isterinya

a)

Islam

b)

berakal

c)

Mumayyiz

d)

kemahuan sendiri

46.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai syarat-syarat isteri yang sah dirujuk

a)

Belum disetubuhi

b)

Masih dalam tempoh idah

c)

berada dalam idah talak tiga

d)

Bercerai secara fasakh atau khuluk

47.

Pilih dua lafaz yang menunjukkan lafaz rujuk secara kinayah

a)

Abang rujuk siti

b)

Baliklah ke rumah abang

c)

Abang rujuk jika Siti sudi

d)

Abang ambil Siti kembali

48.

Suami yang mengambil kembali isteri yang diceraikan kepangkuannya ketika dalam idah tanpa akad nikah yang baru merujuk kepada maksud

(a)  

49.

Lafaz kinayah dalam rujuk memerlukan kepada (a)  

50.

Sekiranya perceraian adalah lebih baik dari berbaik semula, hukum rujuk pada situasi ini hukumnya adalah

(a)  

51.

Berikut adalah hikmah rujuk kecuali

a)

Supaya pasangan insaf kesilapan yang lau

b)

memulihkan ikatan perkahwinan yang putus demi anak-anak

c)

menambahkan kesusahan dan pendapatan suami isteri

52.

Berikut adalah hikmah disyariatkan idah kecuali

a)

memastikan isteri tidak hamil

b)

menzahirkan kesucian ikatan perkahwinan

c)

penghormatan kepada suami yang meninggal

d)

memberi peluang kepada isteri mencari bakal suami baru

53.

Isteri berhak menuntut nafkah apabila berlaku perceraian dengan syarat-syarat yang telah ditentukan . Apakah hak isteri apabila tamat idah bagi bercerai hidup

a)

mendapat pakaian dan tempat tinggal

b)

mendapat harta perwarisan

c)

mendapat tempat tinggal dan perubatan

d)

tidak mendapat apa-apa hak

54.

Idah bagi perempuan yang kematian suami dan tidak hamil ialah

a)

tiga kali suci

b)

tiga bulan

c)

empat bulan sepuluh hari

d)

tiada idah

55.

semasa dalam idah, bekas isteri berhak mendapat hak berikut kecuali

a)

nafkah zahir

b)

nafkah batin

c)

tempat tinggal

d)

harta sepencarian

56.

Tempoh larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh seorang isteri selepas berpisah dengan suami merujuk kepada maksud (a)  

57.

Idah bagi perempuan yang kematian suami dan tidak hamil ialah

a)

Tiada idah

b)

tiga bulan

c)

tiga kali suci

d)

Empat bulan sepuluh hari

58.

Isteri dalam idah kerana kematian suami dilarang melakukan perkara-perkara berikut kecuali

a)

berkahwin dengan lelaki lain

b)

berhias diri semasa berada di dalam dan diluar rumah

c)

menerima pinangan yang dilakukan secara terang

d)

keluar rumah kerana keperluan yang dibenarkan syarak

59.

Idah bagi perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi ialah

a)

Tiada idah

b)

tiga bulan

c)

tiga kali suci

d)

Empat bulan sepuluh hari