wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Reka Cipta Ting.4 Bab 2&3

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

"Gabungan elemen yang membentuk bahagian-bahagian kecil visual dengan bahagian kecil yang lain dan seterusnya membentuk satu gambaran visual yang lebih besar."

Apakah Prinsip Reka Bentuk di atas?

a)

Penekanan

b)

Imbangan

c)

Kesatuan

d)

Rentak

2.

"Agihan gabungan elemen-elemen objek, warna, tekstur dan ruang pada visual secara sama rata."

Apakah yang Prinsip Reka Bentuk di atas?

a)

Kesatuan

b)

Imbangan

c)

Penekanan

d)

Corak Kontra

3.

Prinsip visual yang menangkap perhatian Pepandangan atau menjadi titik fokus pandangan.

a)

Kesatuan

b)

Imbangan

c)

Penekanan

d)

Corak

4.

"Keadaan yang bergerak, bergetar,

bergoyang, berayun dan bersinar-sinar."

Apakah Prinsip Reka Bentuk di atas?

a)

Kesatuan

b)

Imbangan

c)

Rentak

d)

Pergerakan

5.

"Pengulangan elemen dalam reka bentuk. Rentak boleh mewujudkan perasaan pergerakan, membentuk corak dan tekstur."

Apakah Prinsip Reka Bentuk di atas?

a)

Corak

b)

Corak Kontra

c)

Rentak

d)

Imbangan

6.

"Bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif."

Apakah Prinsip Reka Bentuk di atas ?

a)

Corak

b)

Kesatuan

c)

Imbangan

d)

Rentak

7.

"Satu laluan yang terbentuk apabila dua atau

lebih titik disambungkan."

Apakah Elemen Reka Bentuk di atas?a

a)

Rupa

b)

Bentuk

c)

Jalinan

d)

Garisan

8.

"Terhasil daripada pertemuan titik permulaan dengan titik penghujungnya dan mempunyai panjang dan lebar tetapi tidak mempunyai jisim."

Apakah elemen Reka Bentuk di atas?

a)

Garisan

b)

Rupa

c)

Bentuk

d)

Jalinan

9.

"Mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi."

Apakah elemen Reka Bentuk di atas?

a)

Garisan

b)

Rupa

c)

Bentuk

d)

Ruang

10.

"Kualiti permukaan bagi hasil rekaan sama ada licin, kasar atau berkilau dan boleh terjadi secara fizikal (dirasa

dengan sentuhan) atau dilihat secara visual."

Apakah elemen reka bentuk di atas?

a)

Jalinan

b)

Rupa

c)

Bentuk

d)

Ruang

11.

Pilih warna primer

(pilih 3 jawapan)

a)

Merah

b)

Ungu

c)

Kuning

d)

Biru

e)

Hijau

12.

Pilih campuran warna yang betul bagi menghasilkan warna hijau.

a)

Biru + Kuning

b)

Merah + Biru

c)

Kuning + Merah

d)

Merah + Ungu

e)

Biru + Jingga

13.

Pilih campuran warna yang betul bagi menghasilkan warna jingga

a)

Merah + Biru

b)

Merah + Kuning

c)

Biru + Kuning

d)

Kuning + Hijau

e)

Hijau + Ungu

14.

Pilih campuran warna yang betul bagi menghasilkan warna ungu

a)

Merah + Kuning

b)

Kuning + Biru

c)

Jingga + Biru

d)

Merah + Biru

e)

Kuning + Hijau

15.

"Darjah kecerahan merujuk kepada

perkaitan antara pencahayaan dan kemalapan warna atau

sampel."

Apakah elemen Reka Bnetuk di atas?

a)

Ruang

b)

Warna

c)

Nilai

d)

Jalinan

16.

Berikut adalah tujuan pemilihan reka bentuk dalam reka cipta kecuali

a)

Memilih idea terbaik bagi memenuhi cita rasa pengguna

b)

Membuat pilihan sekiranya mempunyai kekangan dari segi kos, teknik pembuatan dan bahan

c)

Memilih reka bentuk yang mengikut dan peka dengan peredaran zaman

d)

Reka bentuk yang memberi keuntungan tanpa mengambil kira keselamatan pengguna

17.

Lengkapkan rajah di atas dengan faktor pemilihan reka bentuk yang betul.

a)

Ergonomik, Mesra alam, Memenuhi citarasa, Tidak merbahaya

b)

Nilai estetik, Ergonomik, Mesra Pengguna, Nilai Komersial

c)

Mesra pengguna,Mesra Alam, Menjimatkan, Ketahanan

d)

Nilai komersial, Mesra Alam, Kecekapan, Kapisiti muatan

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan faktor pemilihan reka bentuk 'Fungsi'?

a)

Mampu menyelesaikan masalah, berkecekapan tinggi dan berfungsisecara manual, semi automatik atau automatik.

b)

Rekaan yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang bersesuaian dengan fungsi dan pengguna sasaran.

c)

Alatan, kemudahan, proses dan sistem yang selesa serta serasi dengan manusia.

d)

Sesuai dengan semua peringkat umur, mudah digunakan, mudah dikendalikan dan diselenggarakan oleh orang yang tidak mahir.

19.

"Rekaan yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang bersesuaian dengan fungsi dan pengguna sasaran."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Fungsi

b)

Rupa Bentuk

c)

Ergonomik

d)

Nilai Estetik

20.

"Mudah diperoleh, mudah dibentuk, mudah dikendalikan, tidak mudah reput, tidak mudah pecah dan mempunyai ketahanan fizikal."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Estetik

b)

Kelestarian

c)

Bahan

d)

Mesra Pengguna

21.

"Mudah dihasilkan mengikut fungsi, rupa bentuk, bahan-bahan atau kos yang menjimatkan."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Estetik

b)

Teknik pembuatan

c)

Keselamatan

d)

Ergonomik

22.

"Alatan, kemudahan, proses dan sistem yang selesa serta serasi dengan manusia."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Komersial

b)

Ergonomik

c)

Nilai Estetik

d)

Kemasan

23.

"Pembuatan dan penyelenggaraan yang menjimatkan dan efektif."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Kos

b)

Kelestarian

c)

Mesra Pengguna

d)

Ergonomik

24.

"Reka bentuk terkini, menepati cita rasa pasaran semasa, menarik perhatian dan mempengaruhi pengguna, mempunyai pelbagai pilihan warna dan bentuk."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Mesra Pengguna

b)

Nilai Komersial

c)

Ergonomik

d)

Nilai Estetik

25.

"Sesuai dengan semua peringkat umur, mudah digunakan, mudah dikendalikan dan diselenggarakan oleh orang yang tidak mahir."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Fungsi

b)

Ergonomik

c)

Mesra Pengguna

d)

Kelestarian

26.

"Tidak mendatangkan kecederaan, stabil, tidak

mudah terbalik, tidak membahayakan pengguna seperti tidak mempunyai bucu yang tajam dan mata pemotong terlindung."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Mesra Pengguna

b)

Keselamatan

c)

Fungsi

d)

Kelestarian

27.

"Harga yang berpatutan dan berkualiti, mendapat permintaan dan menjadi pilihan pengguna, menjimatkan dan ekonomi, mampu dibeli dan sesuai untuk pengeluaran besar-besaran (mass production)."

Apakah faktor pemilihan rebantuk di atas?

a)

Nilai Komersial

b)

Nilai Estetik

c)

Ergonomik

d)

Kos

28.

"Hiasan terakhir permukaan yang bersesuaian, kemas dan menarik."

Apakah faktor pemilhan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Komersial

b)

Mesra Pengguna

c)

Nilai Estetika

d)

Kemasan

29.

"Reka bentuk dan bahan yang kekal tidak berubah, tidak ketinggalan zaman dan sesuai dengan peredaran zaman."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Estetik

b)

Fungsi

c)

Kelestarian

d)

Ergonomik

30.

"Pengisar A mempunyai 3 kelajuan yang boleh dipilih oleh pengguna mengikut kemahuan mereka samada hendak mengisar halus atau pun kasar."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang diterangkan pernyataan di atas?

a)

Fungsi

b)

Kemasan

c)

Ergonomik

d)

Nilai Komersial

31.

" Pengisar A bersaiz kecil dan seberat 800 gram sahaja menyebabkan ia mudah disimpan di dalam beg dan mudah untuk di bawa ke mana-mana."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang diterangkan dalam pernyataan di atas?

a)

Ergonomik

b)

Rupa Bentuk

c)

Kelestarian

d)

Mesra Pengguna

32.

" Berus ini mempunyai pemegang kayu yang keras dan bersaiz kecil menyebabkan pengguna berasa sukar menggenggam dan tidak selesa semasa memberus".

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang menerangkan kelemahan berus di atas ?

a)

Kelestarian

b)

Mesra Pengguna

c)

Ergonomik

d)

Bahan

33.

Troli ini tidak mempunyai ruang khas untuk meletakkan tong gas menyebabkan tong gas boleh tergolek menimpa pengguna"

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang menerangkan kelemahan troli di atas?

a)

Ergonomik

b)

Nilai Estetika

c)

Rupa Bentuk

d)

Keselamatan

34.

"Tongkat ini berharga RM55.00 mampu milik oleh semua golongan yang memerlukannya dan reka bentuknya yang mudah dihasilkan secara mass production".

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang diterangkan di atas?

a)

Nilai komersial

b)

Ergonomik

c)

Keselamatan

d)

Mesra Pengguna

35.

" Lampu meja ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan kontemporari serta berwarna merah yang menarik perhatian pengguna".

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang diterangkan di atas?

a)

Ergonomik

b)

Nilai estetik

c)

Mesra Pengguna

d)

Keselamatan