Font size
WorksheetsKUIZ ULANGKAJI BAB 3
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Apakah tujuan orang Melayu melombong bijih timah pada abad ke-15?
Sebagai hadiah
Dijadikan perhiasan
Kegunaan tempatan
Hantaran perkahwinan
Maklumat berikut berkaitan dengan bijih timah di Perak.
Mengapakah bijih timah menjadi bahan bernilai bagi negeri tersebut?
Menyaingi sumber emas
Menjadi pengeksport utama
Menarik kemasukan pelabur asing
Mendapatkan perlindungan Portugis
Pengeluaran bijih timah di Perak merosot menjelang akhir abad ke-18.
Apakah faktor berlaku kemerosotan tersebut?
Kejatuhan harga bijih timah
Bekalan bijih timah berlebihan
Berlaku penyeludupan bijih timah
Kekurangan permintaan di pasaran dunia
Bagaimanakah pembesar Melayu berikut memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru?
-Long Jaafar
-Ngah Ibrahim
Membawa masuk pelombong Cina
Mengurangkan kadar bayaran cukai
Memberi dividen kepada pelombong
Kekurangan permintaan di pasaran dunia
Apakah kepentingan LUKUT pada tahun 1830-an?
Pusat pelabuhan utama
Pusat penanaman getah
Pusat pentadbiran kerajaan
Pusat perdagangan bijih timah
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Sultan Pahang.
Apakah bentuk hadiah tersebut?
Emas
Nobat
Sutera
Cap mohor
Apakah persamaan fungsi kawasan-kawasan di Pahang berikut?
-Raub
-Tersang
-Hulu Dong
Perusahaan getah
Pengeluar bijih timah
Perlombongan emas
Perdagangan kayu balak
Apakah strategi yang digunakan oleh British untuk menguasai negeri-negeri Melayu berikut?
-Perak
-Selangor
-Negeri Sembilan
Pajakan
Tipu helah
Manipulasi
Serangan fizikal
Pilih urutan yang tepat berkaitan dengan pengamalan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak.
A
B
C
D
Mengapakah Raja Abdullah di Perak tidak ditabalkan sebagai sultan selepas kemangkatan Sultan Ali?
Tidak mempunyai kelayakan
Tidak hadir ke majlis pemakaman
Tidak berminat sebagai pemerintah
Tidak mendapat sokongan pembesar
Siapakah yang dilantik menjadi Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Ali?
Raja Ismail
Raja Yusuf
Raja Jaafar
Raja Mahmud
Apakah kesan Perang Klang (1866-1874) yang berlaku di Selangor pada abad ke-19 terhadap Tanah Melayu?
Pemusatan kuasa sultan
Peluasan kuasa penjajah
Pembesar kehilangan kuasa
Perubahan sempadan negeri
Gambar menunjukkan Kota Raja Mahadi di Klang.
Mengapakah kota tersebut dibina pada tahun 1866?
Sebagai pusat pengumpulan bijih timah
Sebagai batu asas pembukaan bandar
Sebagai benteng pertahanan negeri
Sebagai pusat pemungutan cukai
Tokoh berikut telah banyak memberi sumbangan kepada negeri Selangor.
-Tunku Dhiauddin atau Tunku Kudin
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Memajukan daerah Klang
Menamatkan Perang Klang
Membangunkan Kuala Lumpur
Memperkenalkan tanaman getah
British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan pada abad ke-19.
Apakah isu yang digunakan British untuk melakukan manipulasi tersebut?
Pertelingkahan perebutan takhta kerajaan
Pencerobohan Belanda di Sungai Ujong
Perbalahan antara pembesar Melayu
Pergaduhan antara pelombong Cina
Maklumat berikut berkaitan dengan pembesar-pembesar yang saling bersaing di Sungai Linggi.
Mengapakah berlaku persaingan pembesar tersebut?
Menguasai perlombongan bijih timah
Mengukuhkan pengaruh pembesar
Menolak campur tangan British
Mengawal hak pungutan cukai
Apakah 2 alasan yang digunakan British untuk mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan mereka?
Serangan rumah api
Rompakan kapal dagang
Perbalahan antara pembesar
Kelemahan pentadbiran negeri
Mengapakah British gagal memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British pada peringkat awal?
Pembinaan kubu pertahanan di persisiran pantai
Pemodenan pentadbiran negeri terlaksana
Kebijaksanaan pembesar mentadbir negeri
Tiada kekacauan antara pelombong Cina
Apakah peristiwa yang menyebabkan Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British pada abad ke-19?
Serangan lanun di perairan
Pertelingkahan kerabat diraja
Rompakan kapal dagang British
Kematian seorang rakyat British
Bagaimanakah tindakan British mengikat persetiaan pemerintah tempatan menerima pengaruh mereka?
Memberi elaun tambahan
Menandatangani perjanjian
Mengurangkan kuasa sultan
Mengugut dilucutkan jawatan
Perjanjian Pangkor 1874 telah ditandatangani di atas kapal perang British iaitu HMS Pluto.
Apakah 2 kesan perjanjian tersebut terhadap pentadbiran negeri Perak?
Penamatan kuasa sultan
Pengukuhan kuasa British
Penubuhan kerajaan pusat
Pengenalan Sistem Residen
Siapakah yang diberi kuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak selepas Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani?
British
Sultan
Pembesar
Kerabat diraja
Apakah antara syarat Perjanjian British-Pahang 1887?
British menempatkan seorang wakil
British membantu sultan memerintah negeri
British bertanggungjawab memajukan negeri
British berkuasa mentadbir kerajaan
Apakah peranan Martin Lister sebagai Residen di Negeri Sembilan?
Menggubal undang-undang
Menasihati Raja-raja Melayu
Mengetuai pentadbiran negeri
Menubuhkan jabatan kehakiman
Siapakah yang dilantik sebagai Residen pertama di Selangor?
J.P.Rodger
J.W.W.Birch
J.G.Davidson
Frank Swetthenham
Apakah 2 kesan pelaksanaan Sistem Residen oleh British di Tanah Melayu?
Kuasa sultan dan pembesar terhakis
Pengiktirafan sultan sebagai pemerintah
Penamatan sistem pemerintahan beraja
Kemerosotan sistem pemerintahan beraja
Apakah ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan pada tahun 1896?
Sultan sebagai ketua pentadbiran
Gabenor menjadi penasihat sultan
Agama Islam sebagai agama rasmi
Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
Apakah kepentingan penubuhan NNMB terhadap British?
Penubuhan kerajaan pusat
Pengenalan sistem percukaian
Pengembalian kuasa pembesar
Pentadbiran dapat diseragamkan
Pada tahun 1909, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah ditubuhkan di Tanah Melayu.
Apakah 2 tujuan British menubuhkan majlis tersebut?
Menguasai kewangan negeri
Mengawal sistem perundangan
Memajukan sistem pendidikan
Membangunkan pentadbiran negeri
Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan?
Ahli biasa
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
