wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Seni Tahun 4

Total questions: 25

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut merupakan usur seni kecuali

a)

rupa

b)

garisan

c)

warna

d)

kecindan

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan garisan ?

a)

hasil sambungan titik ke titik di atas sesuatu permukaan.

b)

imbangan objek simetri

c)

hasil sambungan garisan yang bertemu dari hujung ke pangkal

d)

kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan.

3.

_______________ merupakan prinsip rekaan.

a)

bentuk

b)

penegasan

c)

jalinan

d)

warna

4.

Harmoni ialah _________

a)

sesuatu yang mana boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhati

b)

kelihatan objek yang bergerak

c)

kesemua unsur seni dan prinsip rekaan dilihat secara menyeluruh dan saling melengkapi dalam hasil karya.

d)

penggunaan unsur seni yang menimbulkan kesan aman dan damai

5.

warna boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian KECUALI...

a)

warna sekunder

b)

warna asas

c)

warna tertier

d)

warna sesama

6.

Catan ialah ___________________

a)

proses melukis potret wajah

b)

lukisan hasil cantuman garisan

c)

proses sapuan warna menggunakan bahantara pada sesuatu permukaan

d)

sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.

7.

Terdapat beberapa teknik dalam penghasilan catan menggunakan cat air, kecuali

a)

teknik basah atas kering

b)

teknik kering atas kering

c)

teknik basah atas basah

d)

teknik tampalan

8.

_______ merupakan salah seorang perintis seni lukisan cat air di Malaysia.

a)

Syed Abdullah

b)

Abdullah Ariff

c)

Pablov

d)

Mohd Shaif

9.

Ada pelbagai cara untuk melembapkan kertas lukisan seperti

a)

tisu

b)

plastik

c)

baldi

d)

span

10.

Teknik mozek ialah ________

a)

teknik dalam proses menggambar

b)

satu teknik tertua yang menggunakan teknik tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan.

c)

proses menyusun dan menampal bahan secara bersebelahan, tidak bertindih dan masih menampakkan ruang latar.

d)

tenik menampal sesuatu gambar pada kertas lukisan.

11.

Penyedut minuman, syling, penutup botol dan jaluran kertas warna merupakan _________ yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya teknik mozek.

a)

bahan semula jadi

b)

bahan gabungan

c)

bahan buatan manusia

d)

bahan kitar semula

12.

Gambar mozek yang dihasil menggunakan susunan _______.

a)

melintang

b)

melingkar

c)

pancaran

d)

menegak

13.

berikut merupakan penyataan tentang Stensilan kecuali _______________

a)

satu teknik corak cop atas permukaan yang rata

b)

satu teknik menghasilkan corak menggunakan blok stensilan pada permukaan rata.

c)

boleh digunakan untuk menghasilkan rupa negatif dan positif

d)

aktiviti mencorak dilakukan dengan pengulangan motif.

14.

Nyatakan susunan corak menggunakan teknik stensilan berikut :

a)

susunan cermin

b)

susunan serong

c)

susunan tapak catur

d)

susunan batu- bata

15.

Arca boleh dikategorikan kepada dua iaitu

a)

arca hidup dan mati

b)

arca terbang dan arca statik

c)

arca berfungsi dan arca estetika

d)

arca buatan dan arca semula jadi

16.

Antara berikut merupakan arca fungsi kecuali

a)
b)
c)
d)
17.

Peralatan domestik merupakan barangan keperluan yang digunakan bagi memudahkan urusan harian. Berikut merupakan alatan domestik yang dihasilkan menggunakan kayu kecuali

a)

sudip

b)

kacip

c)

batok

d)

kukur kelapa

18.

Apakah maksud poster ?

a)

merupakan reka bentuk grafik yang berfungsi sebagai medium komunikasi bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

b)

merupakan alat penerbitan rasmi dari syarikat dalam bentuk bercetak, yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai produk, perkhidmatan, program dan sebagainya, yang ditujukan untuk pasaran sasaran atau sasaran tertentu.

c)

kain dan lain-lain yang bertulis dengan sesuatu dan dibawa berarak.

d)

merupakan alat memberi maklumat dan penerangan terperinci tentang sesuatu produk berkaitan dengan institusi yang diwakilinya.

19.

Berikut merupakan ciri-ciri poster kecuali ________

a)

reka letak dan komposisi yang menarik

b)

penggunaan ruang yang sesuai

c)

tema dan tajuk yang bersesuaian

d)

penggunaan warna yang suram

20.

Antara bahan untuk menghasilkan poster yang menggunakan teknik montaj dan teknik lukisan seperti berikut kecuali______.

a)

pensil warna

b)

oil pastel

c)

komik dan majalah

d)

ranting kayu

21.

Proses pemindahan imej daripada blok cetakan berdakwat ke atas suatu permukaan lain seperti kertas dan kain.


Pernyataan berikut merujuk kepada maksud

a)

poster

b)

cetakan

c)

capan

d)

stensilan

22.

Antara berikut merupakan corak tidak terancang kecuali

a)

pualaman

b)

ikatan dan celupan

c)

lukisan

d)

tiupan

23.

Merupakan corak yang tidak terancang dan dihasilkan proses pengasingan cat berasaskan minyak dan air.

Pernyataan berikut merujuk kepada penghasilan corak _____.

a)

percikan dan renjisan

b)

pualaman

c)

tiupan

d)

stensilan

24.

Diorama ialah ________.

a)

merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D )

b)

rekabentuk yang dibuat menggunakan kepingan kecil yang diletakkan ke dalam permukaan.

c)

binaan objek miniatur tiga dimensi (3D) untuk menggambarkan sesuatu tema dan situasi yang sebenar

d)

merupakan satu proses menorah, menggores, dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain.

25.

Antara berikut merupakan teknik ukiran kayu kecuali

a)

ukiran layang

b)

tampalan motif flora

c)

ukiran timbul

d)

ukiran tebuk tembus