wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

cakap ajuk cakap pindah

Total questions: 37

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat cakap pindah yang sesuai bagi ayat cakap ajuk.

a)

Isma memberitahu Yazid bahawa dia sakit perut.

b)

Yazid memberitahu Isma yang dia sakit perut.

c)

Isma sakit perut.

2.

Pilih ayat cakap pindah yang sesuai bagi ayat cakap ajuk.

a)

Isma beritahu kepada Hafiz yang saya akan belajar bersungguh-sungguh.

b)

Hafiz memberitahu kepada Isma bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh.

c)

Hafiz dan Isma belajar bersungguh-sungguh.

3.

"Cikgu, bagaimanakah caranya manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam?" tanya Muthu.

a)

Guru menyoal Muthu bagaimana cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.

b)

Muthu bertanya kepada gurunya tentang cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.

c)

Muthu bertanya gurunya bagaimana dia tahu cara-cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.

d)

Guru menyoal orang pada zaman dahulu bagaimana mereka bercucuk tanam.

4.

Mariam mengajak Maimun ke kantin.

a)

“ Ajaklah Maimun ke kantin,” kata Mariam.

b)

“ Maimun, mari kita ke kantin,” kata Mariam.

c)

“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Maimun.

d)

“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Mariam.

5.

"Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Azri?" tanya guru disiplin itu.

a)

Guru disiplin bertanya mengapa Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.

b)

Guru disiplin bertanya sebab Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.

c)

Guru disiplin bertanya mengapa Azri datang lewat ke sekolah hari itu.

6.

Pak Usin bertanya kepada Amat tentang tarikh kepulangan datuknya dari Mekah.

a)

“Adakah datuk kamu baru pulang dari Mekah?” tanya Pak Usin.

b)

“Sudahkan datuk kamu pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.

c)

“Bilakah datuk kamu akan pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.

d)

“Bagaimana datuk kamu akan pulang dari Mekah ?” tanya Pak Usin.

7.

“ Marilah bersarapan bersama-sama dengan kami, Anis,” kata Amira dan Anum.

a)

Amira dan Anum mempelawa Anis bersarapan bersama-sama mereka.

b)

Amira dan Anum memujuk Anis bersarapan bersama-sama mereka.

c)

Amira dan Anum memaksa Anis bersarapan bersama-sama mereka.

d)

Amira dan Anum mengarah Anis bersarapan bersama-sama mereka.

8.

“Di manakah Stesen Komuter Serdang?” tanya pelancong dari Jepun.

a)

Pelancong dari Jepun ingin menaiki Komuter Serdang.

b)

Pelancong dari Jepun memberitahu tentang Stesen Komuter Serdang.

c)

Pelancong itu hendak menaiki komuter ke Stesen Komuter Serdang.

d)

Pelancong itu ingin tahu kedudukan Stesen Komuter Serdang.

9.

Murad meminta Aiman memberikan buku cerita itu kepadanya.

a)

“ Tolong berikan buku cerita itu kepada Aiman,” pinta Murad.

b)

“ Tolong berikan buku cerita itu kepada saya,” pinta Murad.

c)

“ Aiman, berikan buku cerita itu kepadanya,” pinta Murad.

d)

“ Berikanlah buku cerita Aiman kepada saya,” pinta Murad.

10.

Emak menasihati Suria agar belajar rajin-rajin supaya masa depannya cerah.

a)

Kata Suria, “Saya rajin belajar supaya masa depan akan cerah.”

b)

Kata emak, “Dia rajin belajar agar masa depannya akan cerah.”

c)

Kata emak, “Rajin-rajinlah belajar, nanti masa depan kamu akan cerah.”

d)

Kata Suria, “Kamu mesti rajin belajar agar masa depan akan cerah.”

11.

"Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.

a)

Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

b)

Ali menerangkan kepada Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

12.

"Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.

a)

Guru itu berkata bahawa penipisan ozon berlaku kerana dunia pada hari ini semakin panas

b)

Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

13.

"Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu

a)

Guru disiplin itu menyuruh Raju memberi sebab datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

b)

Guru disiplin itu bertanya mengapa Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

14.

"Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim

a)

Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

b)

Mak Chan menyuruh Cik Lim supaya makan kuih itu.

15.

"Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu

a)

Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

b)

Doktor tersebut meminta pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

16.

"Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

a)

Fai Jun Pui berjumpa Sally sambil bertanyakan khabar.

b)

Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

17.

"Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.

a)

Mak Tan memberitahu Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

b)

Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

18.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.

a)

Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja

b)

Salim bertanyakan masalah Nizam kerana dia kelihatan muram sahaja

19.

"Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?" kata Mawi kepada Felix .

a)

Dengan kagum Mawi memberitahu bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix

b)

Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil Felix memberitahu nama mee tersebut

20.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh kepada Ani.

a)

Salleh memberitahu kepada Ani tentang rancangannya itu.

b)

Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.

21.

“ Sekarang musim tengkujuh sebab itu harga ikan sangat mahal,” kata penjual itu.

a)

Penjual itu memberitahu bahawa sekarang musim tengkujuh sebab itu harga ikan sangat mahal.

b)

Penjual tersebut menjelaskan bahawa ketika itu harga ikan sangat mahal kerana musim tengkujuh.

c)

Penjual tersebut menjelaskan bahawa ketika ini harga ikan sangat mahal kerana musim tengkujuh.

22.

Sofia rasa kagum dengan keenakan mi tersebut lalu dia bertanya nama mi itu.

a)

" Nah, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

b)

" Amboi, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

c)

" Wah, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.

23.

Cikgu Azazi mengingatkan murid-muridnya supaya membawa pakaian sukan masing-masing untuk latihan yang akan diadakan pada esoknya.

a)

" Kalian jangan membawa pakaian sukan masing - masing bagi latihan esok, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

b)

" Kalian jangan lupa membawa pakaian sukan masing - masing, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

c)

" Kalian jangan lupa membawa pakaian sukan masing - masing bagi latihan esok, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.

24.

Chew Lin mengajak Hawa ke kantin.

a)

“ Ajaklah Hawa ke kantin,” kata Chew Lin.

b)

“ Hawa, mari kita ke kantin,” kata Chew Lin.

c)

“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Hawa.

d)

“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Chew Lin.

25.

Pilih ayat cakap pindah yang sesuai bagi ayat cakap ajuk tersebut.

a)

Isma memberitahu Yazid bahawa dia sakit perut.

b)

Yazid memberitahu Isma yang dia sakit perut.

c)

Isma tidak sakit perut.

d)

Isma sakit perut.

26.

Emak menasihati Haliza agar belajar rajin-rajin supaya masa depannya cerah.

a)

Kata Haliza, “Saya rajin belajar supaya masa depan akan cerah.”

b)

Kata emak, “Dia rajin belajar agar masa depannya akan cerah.”

c)

Kata emak, “Rajin-rajinlah belajar, nanti masa depan kamu akan cerah.”

d)

Kata Haliza, “Kamu mesti rajin belajar agar masa depan akan cerah.”

27.

Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.

a)

“Semasa berjoging petang tadi dia terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,”

kata Yusri kepada Salleh.

b)

“Semasa saya berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,”

kata Yusri kepada Salleh.

c)

“Semasa berjoging petang tadi kami terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,”

kata Salleh.

d)

“Semasa dia berjoging petang tadi dia terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,”

kata Yusri kepada Salleh.

28.

Normah menasihati Sarah supaya tidak makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.

a)

Kata Normah kepada Sarah, ”makanlah makanan yang banyak lemak nanti awak tidak mendapat sakit.”

b)

Kata Sarah kepada Normah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.”

c)

Kata Normah kepada Sarah, ”jangan makan makanan yang banyak lemak untuk mengelakkan penyakit”

d)

Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.”

29.

Hakeem Rusli mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya kerana jalan raya ditengelami air.

a)

“Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Hakeem Rusli.

b)

“Awak tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air,“ kata Hakeem Rusli.

c)

“Dia tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Hakeem Rusli.

d)

“Hakeem Rusli tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Hakeem Rusli.

30.

Nabil memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Zizan telah tumbang dan menimpa rumahnya.

a)

Kata Nabil, “Pokok kelapa di belakang rumah Zizan tumbang dan menimpa rumah saya.”

b)

Kata Zizan, “Pokok kelapa di belakang rumah Nabil tumbang dan menimpa rumah dia.”

c)

Kata Nabil, “Pokok kelapa di belakang rumah Zizan tumbang dan menimpa rumahnya.”

d)

Kata Zizan, “Pokok kelapa di belakang rumah Zizan tumbang dan menimpa rumahnya.”

31.

Farid Kamil memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek tersebut.

a)

“Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi dan saya akan mematuhi semua peraturan projek ini,“ kata Farid Kamil

b)

“Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi dan dia akan mematuhi semua peraturan projek ini,“ kata Farid Kamil

c)

“Kami berjanji tidak akan buat jahat lagi dan kami akan mematuhi semua peraturan projek ini,“ kata Farid Kamil

d)

“Dia berjanji akan buat jahat lagi dan saya akan mematuhi semua peraturan projek ini,“ kata Farid Kamil

32.

Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.

a)

“Ular! Ular! Ada ular dekat pasu bunga besar itu,” jerit Mak Minah.

b)

“Ular! Ular! Sambil melihat ada ular dekat pasu bunga besar ini,” jerit Mak Minah.

c)

“Ular! Ular! terdapat ular berhampiran pasu

bunga yang besar itu.” beritahu Mak Minah.

d)

“Ular! Ular! Ada ular dekat pasu bunga besar ini,” jerit Mak Minah.

33.

Lara mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lurah selepas itu.

a)

“Saya akan bertolak ke Kuala Lurah sebentar lagi.” Tanya Lara

b)

Kata Lara, “Saya akan bertolak ke Kuala Lurah sebentar lagi.”

c)

“Awak akan bertolak ke Kuala Lurah sebentar lagi.” jelas lara

d)

Kata Lara, “Kami akan bertolak ke Kuala Lurah sebentar lagi.”

34.

Erik Leong mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.

a)

Kata Erik Leong, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.”

b)

“Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.” tanya Erik Leong,

c)

“Rumah yang cantik memang menjadi idamannya.” Puji Erik Leong,

d)

Kata Erik Leong, “Rumahnya yang cantik memang menjadi idaman mereka.”

35.

"Di manakah awak letakkan beg itu?" tanya Cikgu Azman kepada Sunita.

a)

Cikgu Azman bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.

b)

Cikgu Azman bertanya kepada Sunita tempatt dia meletakkan beg itu.

36.

"Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok,’’ kata Cikgu Halimah kepada Musa.

a)

Cikgu Halimah berharap agar Musa dapat datang ke sekolah esok.

b)

Cikgu Halimah berkata bahawa agar Musa dapat datang ke sekolah esok.

37.

"Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.

a)

Mak Chan menyuruh Cik Lim supaya makan kuih itu.

b)

Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.