wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis Geografi Kawasan bersama Cikgu Sallz

Total questions: 22

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Hidupan liar di kawasan Gurun Panas adalah jenis nokturnal. Apakah maksud nokturnal?

a)

Hidupan yang aktif pada waktu siang

b)

Hidupan yang aktif pada waktu malam

2.

Gambar menunjukkan "Rafflesia Kerrii", yang merupakan salah satu bunga terbesar di dunia. Apakah jenis kawasan yang sesuai untuk bunga tersebut hidup?

a)

Gurun panas

b)

Hutan konifer

c)

Hutan monsun tropika

d)

Hutan daun luruh sederhana

3.

Manakah antara berikut, merupakan ciri-ciri hutan daun luruh sederhana?

i daun nipis dan lembut

ii hujung daun berbentuk tirus

iii daun berkilat, liat dan berbulu

iv batang pokok berbentuk silinder dan mempunyai cabang dahan yang lebih banyak

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

4.

Antara berikut, hidupan liar manakah yang terdapat di hutan daun luruh sederhana?

a)

Lynx

b)

Buaya

c)

Biawak pasir

d)

Musang merah

5.

Gambar menunjukkan satu hidupan liar. Antara berikut, yang manakah kepentingan hidupan liar tersebut?

i pertanian

ii perdagangan

iii pelancongan

iv pengangkutan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

6.

Gambar menunjukkan jenis pokok jati. Nyatakan kawasan hutan yang boleh ditemui tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut.

(a)  

7.

Gambar menunjukkan sejenis pokok kayu keras sederhana yang boleh ditemui di hutan daun luruh sederhana seperti di Tasmania, Australia. Digunakan secara meluas dalam penghasilan perabot bermutu tinggi. Apakah nama tumbuhan tersebut?

(a)  

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga bahan bakar?

i air

ii angin

iii gas asli

iv arang batu

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

Gambar menunjukkan suatu tenaga alternatif. Tenaga alternatif tersebut boleh didapati di negara?

a)

Rusia

b)

Iceland

c)

Perancis

d)

Belanda

10.

Nyatakan sumber tenaga semula jadi di negara Jepun.

(a)  

11.

Maklumat berikut berkaitan krisis sumber semula jadi dunia.

i kekurangan sumber

ii kenaikan harga komoditi

Keadaan tersebut telah menyebabkan?

a)

Pendapatan negara pengeksport dan pengimport tidak menentu

b)

Konflik wilayah berlaku di negara pengeksport dan pengimport

12.

Maklumat di bawah adalah mengenai suatu pertubuhan ekonomi antarabangsa

i Kerjasama ekonomi bersatu

ii Dianggotai 10 buah negara Asia Tenggara

iii Menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, pelancongan, penyelidikan dan pembangunan

Apakah pertubuhan ekonomi antarabangsa tersebut?

a)

APEC

b)

ASEAN

c)

IMS-GT

d)

IMT-GT

13.

Antara berikut, negeri manakah yang terlibat dengan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand?

i Perlis

ii Melaka

iii Sarawak

iv Terengganu

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

14.

Antara berikut, negara manakah yang datang melabur di Malaysia?

i China

ii Afrika

iii Korea Utara

iv Korea Selatan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

15.

Nyatakan kesan negatif krisis sumber semula jadi Malaysia dalam aspek ekonomi?

a)

Kenaikan harga pasaran dunia

b)

Pendapatan negara tidak menentu

c)

Peningkatan kos sara hidup

d)

Pertambahan kes kemalangan

16.

Malaysia mengeksport petroleum ke negara lain, namun Malaysia juga mengimport sumber petroleum dari beberapa buah negara. Mengapa?

a)

Malaysia menghasilkan banyak diesel berbanding petrol

b)

Malaysia bukan pengeluar petroleum terbesar

c)

Malaysia menjual semula minyak yang dibeli ke negara lain

17.

Berikut merupakan contoh tumbuhan semula jadi.

i pokok kaktus

ii pokok akasia

Apakah jenis tanih yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan tersebut?

a)

Tanih latosol

b)

Tanih aridisols

c)

Tanih chernozem

d)

Tanih permafrost

18.

Gambar menunjukkan sejenis pokok konifer. Mengapakah kanopi pokok berbentuk kon?

a)

Menahan cuaca sejuk

b)

Mengelakkan kehilangan air

c)

Mengelakkan salji terkumpul

d)

Mendapatkan cahaya matahari

19.

Maklumat di bawah merujuk kepada agensi yang ditubuhkan di Malaysia.

i MITI

ii MATRADE

Agensi tersebut bertanggungjawab dalam menguruskan sektor?

a)

Perdagangan

b)

Pertanian

20.

Apakah peranan pertubuhan jabatan tersebut dalam merealisasikan dasar kerajaan?

(a)  

21.

Salah satu program kitar semula di Denmark ialah mengenakan cukai terhadap pihak yang hendak melupuskan sebarang jenis sisa. Apakah nama program kitar semula tersebut?

a)

Program Waste 21

b)

Program Cukai Sisa

22.

Berikut merupakan dua lokasi sumber di Malaysia

i Silantek, Sarawak

ii Maliau, Sabah

Apakah sumber yang terdapat di kawasan tersebut?

a)

Emas

b)

Gas asli

c)

Petroleum

d)

Arang batu