NEW
Font size
WorksheetsPA Demokrasi (2)
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah? (STPM2013)
I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya
II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi
IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2014)
I. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
II. Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya
III. Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya
IV. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Tindakan di atas diambil kerana wakil rakyat berkenaan (STPM2014)
A Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu pilihan raya kecil
B Dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
C Dibuktikan bersalah dalam prosiding yang berhubung dengan salah laku pilihan raya
D Tidak menghadiri sidang dalam tempoh tiga bulan selepas sidang pertama Dewan Rakyat
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihanraya? (STPM2015)
A Mendengar petisyen pilihan raya
B Menyemak sempadan pilihan raya
C Meminda undang-undang pilihan raya
D Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya
Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana (STPM2018)
A Rombakan kabinet
B Kematian Setiausaha Dewan Negara
C Kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri
D Peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat
Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos? (STPM2015)
A Pegawai pilihanraya yang menjalankan tugas pada hari mengundi
B Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi
C Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi
D Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi
Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2016)
A Lantikannya oleh Perdana Menteri
B Saraannya di bawah peruntukan Parlimen
C Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri
D Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara
Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya? (STPM2017)
A Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi
B Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai
C Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
D Calon yang menang gagal menghantar penyata piihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2017)
A Membuat kajian dan pesempadan kawasan Pilihan Raya
B Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya
C Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya
D Mengadili petisyen pilihan raya
Yang manakah menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia? (STPM2018)
I. Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.
II. Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.
III. Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.
IV. Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
