wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sains KSSM T4 (Bab 1-12)

Total questions: 51

Worksheet time: 51mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi peralatan perlindungan diri di dalam makmal tersebut?

a)

Untuk mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti berkaitan mikrobiologi dijalankan

b)

Untuk menjalankan amali menggunakan bahan meruap, mudah terbakar, beracun dan menghakis

c)

Untuk membersihkan dan membilas bahagian badan yan terkena bahan kimia dengan segera

d)

Untuk membilas mata dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera

2.

Kebuk wasap digunakan untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan tertentu sahaja. Tandakan bahan tersebut. Pilih lebih dari satu jawapan

a)
b)
c)
d)
3.

Apakah jenis alat pemadam api ini?

a)

Air

b)

Buih

c)

Karbon dioksida

d)

Serbuk kering

4.

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan jika ada berlaku tumpahan merkuri akibat termometer jatuh atau pecah di dalam makmal KECUALI

a)

Segera memberitahu guru atau pembantu makmal

b)

Menjerit sekuat hati agar didengari orang ramai

c)

Hubungi Jabatan Bomba dan penyelamat

d)

Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan

e)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

5.

Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?

a)

Bantuan kecemasan

b)

Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa

c)

Hembusan ke dalam mulut mangsa

d)

Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa

6.

Anda ternampak seorang lelaki rebah secara tiba-tiba lalu pengsan di pondok bas.

Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?

a)

Telefon talian kecemasan 999

b)

Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya

c)

Terus berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut

d)

Tinggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang lain

7.

Susun langkah bantuan kecemasan CPR dengan betul.

P: Hembuskan udara ke dalam mulut mangsa selama 1 saat setiap hembusan.

Q: Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya.

R: Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan mendengar bunyi hembusan nafas daripada mulut dan hidung mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa.

S: Jika tiada tindak balas, minta bantuan orang lain di sekeliling untuk menelefon talian kecemasan 999.

T: Jika tiada pernafasan, lakukan teknik tekanan dada.

U: Ulangi langkah tekanan dada dan bantuan pernafasan sehingga bantuan tiba atau mangsa sedar.

a)

PQRSTU

b)

SPQRTU

c)

QSRTPU

d)

QPRSTU

8.

Bilakah teknik Heimlich Maneuver dilakukan?

a)

Apabila seseorang itu menunjukkan tandatanda

tercekik, tidak boleh bercakap,

batuk dan bernafas.

b)

Apabila seseorang itu mengalami

kesukaran untuk makan.

c)

Apabila seseorang mengalami kesesakan

bernafas selepas berlari.

d)

Apabila seseorang tersangat sedih dan

menangis.

9.

Antara yang berikut, yang manakah tekanan darah normal?

a)

140/100 mmHg

b)

130/90 mmHg

c)

120/80 mmHg

d)

90/50 mmHg

10.

Rajah menunjukkan sejenis termometer.

Termometer jenis ini paling sesuai mengesan suhu bahagian manakah pada tubuh?

a)

Dahi

b)

Pipi

c)

Mulut

d)

Leher

11.

Antara berikut, yang manakah bukan cara untuk menurunkan jisim badan ?

a)

Memantau jisim badan seminggu sekali

b)

Merubah cara pemakanan dan penyediaan makanan

c)

Mengambil makanan yang tinggi gula dan kolesterol

d)

Melakukan senaman 3 kali seminggu

12.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi manusia?

a)

Merokok

b)

Kesakitan

c)

jantina

d)

Ubat-ubatan

13.

Antara yang berikut, manakah kepentingan Teknologi Hijau?

I. Mengurangkan pengeluaran karbon

II. Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar

III. Menjimatkan penggunaan sumber asli negara

IV. Meningkatkan ekonomi negara

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

14.

Antara yang berikut, manakah benar tentang kesan amalan kecekapan tenaga?

I. Meningkatkan penjimatan sumber tenaga

II. Mengurangkan penjimatan sumber tenaga

III. Mengukuhkan ekonomi negara

IV. Mengurangkan pembaziran

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

15.

Antara yang berikut, manakah kesan daripada pembebasan gas rumah hijau?

I. Peningkatan suhu

II. Banjir kilat

III. Kemarau

IV. Tanah runtuh

a)

I dan II sahaja

b)

II dan II sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

I, II dan III sahaja

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan "jejak kaki karbon"?

a)

Jumlah gas rumah hijau

b)

Pembebasan gas ke persekitaran

c)

Jumlah gas rumah hijau, iaitu karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti asap kenderaan

d)

Kesan kemajuan yang pesat tanpa menghiraukan alam semula jadi di sekeliling kita

17.

Jika induk TT mengalami kacukan dengan induk tt, apakah genotip yang akan terhasil?

a)

TT

b)

tt dan TT

c)

Tt

d)

tt dan Tt

18.

Rajah di bawah menunjukkan satu fasa dalam mitosis. Apakah fasa yang ditunjukkan dalam rajah itu?

a)

Profasa

b)

Metafasa

c)

Anafasa

d)

Telofasa

19.

Rajah atas menunjukkan mekanisma pewarisan

trait ketinggian pada pokok kacang.

Apakah nisbah yang mungkin bagi kacukan

tersebut?

a)

1 tinggi : 1 kerdil

b)

2 tinggi : 1 kerdil

c)

1 tinggi : 3 kerdil

d)

3 tinggi : 1 kerdil

20.

Rajah atas menunjukkan fasa yang berlainan

dalam mitosis. Turutan manakah yang betul?

a)

P, Q, R, S

b)

Q, R ,P, S

c)

R, S, Q, P

d)

S, P, R, Q

21.

Antara berikut, yang manakah berlaku dalam

proses meiosis?

a)

Sel induk membahagi kepada dua sel anak.

b)

Sel induk mempunyai bilangan kromosom

yang sama banyak dengan sel anak.

c)

Sel anak mempunyai separuh bilangan

kromosom sel induk.

d)

Sel anak mempunyai dua kali ganda

bilangan kromosom sel induk.

22.

Sistem rangka manusia terbahagi kepada rangka paksi dan rangka

(a)  

23.

Gambar di atas dilindungi oleh...

a)
b)
c)
d)
24.

Berapakah jumlah tulang di dalam tubuh manusia?

a)

196

b)

206

c)

296

d)

306

25.

Tulang terpanjang pada rangka manusia adalah...

a)

Ruas-ruas tulang belakang

b)

Tulang rusuk sejati

c)

Tulang paha

d)

Tulang lengan atas

26.

Antara kalenjar endokrin manusia, manakah tidak berfungsi dengan baik jika seseorang mengidap goiter?

a)

Kalenjar pankreas

b)

Kalenjar tiroid

c)

Kalenjar ovari

d)

Kalenjar adrenal

27.

Antara yang berikut, yang manakah kesan alkohol terhadap kesihatan manusia?

a)

Mengaktifkan otak

b)

Merosakkan sel-sel ginjal

c)

Mengganggu koordinasi badan

d)

Membuat pertimbangan yang wajar

28.

Rajah menunjukkan sistem endokrin bagi seorang remaja perempuan. Namakan kalenjar X

(a)  

29.

Antara berikut yang manakah BUKAN kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada koordinasi badan dan kesihatan fizikal serta mental.

a)

Merosakkan sel-sel hati dan menyebabkan sirosis hati

b)

Penglihatan menjadi kabur, pendengaran menjadi kurang peka, pertuturan tidak jelas, halusinasi, tidak waras

c)

Mengakis dinding dalam perut dan menyebabkan gastrik atau ulser

d)

Menyebabkan mata dan hidung berair

30.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan unsur alkali bumi dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

31.

Unsur X terletak dalam Kumpulan 13 dan Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Apakah unsur X?

a)

Aluminium

b)

Klorin

c)

Argon

d)

Karbon

32.
Rajah 22 menunjukkan campuran atom-atom besi dengan atom-atom karbon.
Apakah tujuan menambahkan atam-atom karbon ke dalam atom-atom besi?
a)
Menghalang atom-atom besi daripada menggelongsor dengan mudah
b)
Meningkatkan kekonduksian elektrik besi
c)
Menambahkan kemuluran besi
d)
Mengurangkan takat lebur besi
33.

Mengapakah aloi lebih kuat berbanding dengan logam tulen?

a)

Aloi mempunyai kehadiran atom asing dalam susunan atom logamnya yang menghalang lapisan atom daripada menggelongsor apabila daya dikenakan.

b)

Aloi mempunyai ikatan silang antara atom logam yang menghalang lapisan atom daripada menggelongsor apabila daya dikenakan.

c)

Aloi membentuk ikatan kimia dengan lebih daripada satu unsur sama ada logam atau bukan logam.

d)

Aloi disadur dengan sejenis logam yang tidak boleh terkakis.

34.

Rajah di bawah menunjukkan produk yang sering digunakan di rumah. Apakah bahan yang digunakan dalam pembuatan produk ini?

a)

Kaca

b)

Aloi

c)

Seramik

d)

Batu kapur

35.

Tayar kenderaan diperbuat daripada sejenis polimer yang diperkuat daripada polimer semula jadi. Apakah bahan yang ditambah bagi menghasilkan polimer yang diperkuat itu?

a)

Zink

b)

Kaolin

c)

Sulfur

d)

Karbon

36.

Mengapakah duralumin digunakan untuk membina badan kapal terbang?

a)

Lembut

b)

Ringan

c)

Berkilat

d)

Mulur

37.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kombinasi ubat yang betul.

Perubatan tradisional / Perubatan Moden

a)

Akupuntur / halia

b)

Ginseng / Analgesik

c)

Aloe vera / Kiropraktik

d)

Urut tradisional / Antibiotik

38.

Yang manakah di bawah dianggap sebagai salah satu daripada faktor dalaman yang menyebabkan pembentukan radikal bebas?

a)

Tekanan

b)

Pencemaran Udara

c)

Sisa toksik

d)

Sinaran mengion

39.

Bahan yang manakah di bawah merupakan antioksidan kuat?

a)

Vitamin A

b)

Vitamin B

c)

Vitamin C

d)

Vitamin D

40.

Apakah maksud bahan aktif dalam produk kesihatan?

a)

Komponen aktif dalam produk

b)

Komponen yang terbanyak dalam produk

c)

Komponen yang semula jadi

d)

Komponen yang memberi kesan kepada kesihatan

41.

Rajah di bawah menunjukkan lintasan yang dilalui oleh sebuah kereta dari P ke S.

Berapakah sesaran kereta itu?

a)

5.0 km

b)

6.8 km

c)

8.2 km

d)

9.0 km

42.

Rajah di bawah menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu ayam yang sedang jatuh bebas di dalam bekas vakum.

Kuantiti fizik yang manakah tetap?

a)

Halaju

b)

Pecutan

c)

Momentum

d)

Tenaga kinetik

43.

Rajah di bawah menunjukkan dua sfera logam, Y dan Z.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul apabila Y dan Z sedang jatuh bebas?

a)

Halaju Y dan halaju Z adalah sama.

b)

Pecutan Y dan pecutan Z adalah sama.

c)

Momentum Y dan momentum Z adalah sama.

d)

Berat Y dan Z adalah sama.

44.

Rajah di bawah menunjukkan graf halaju-masa bagi gerakan suatu objek. Bilakah objek itu mengalami nyahpecutan?

a)

0 saat hingga 3 saat

b)

3 saat hingga 6 saat

c)

6 saat hingga 8 saat

d)

0 saat hingga 8 saat

45.

Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dan inersia. Manakah yang berikut menunjukkan pemerhatian yang betul?

a)

Susah untuk menggerakan dan untuk menghentikan A.

b)

Susah untuk menggerakkan dan menghentikan B.

c)

Susah untuk menggerakkan A dan mudah untuk menghentikan B.

46.

Inersia bagi sesuatu objek bergantung kepada

a)

jisim

b)

berat

c)

halaju

d)

momentum

47.

Mengapakah Tenaga Nuklear dikatakan sebagai satu bentuk TENAGA ALTERNATIF

a)

Kerana ia menghasilkan sinaran mengion

b)

Kerana ia menggantikan penggunaan petroleum dan arang batu

c)

Kerana ia menggunakan petroleum dan arang batu

d)

Kerana ia menghasilkan sisa bahan radioaktif

48.

Tenaga nuklear perlu diluaskan lagi penggunaannya kerana dikatakan MESRA ALAM. Mengapa?

a)

Pengurangan gas rumah hijau

b)

Pengurangan gas karbon monoksida

c)

Pengurangan asap dan jelaga

d)

Pengurangan gas oksigen

49.

Jika Malaysia membuat ingin membina lebih banyak stesen jana kuasa nuklear. Berikut adalah kemungkinan sebab keputusan itu dibuat... KECUALI

a)

Ingin menampung penggunaan pengguna yang semakin meningkat

b)

Ingin meningkatkan harga dan kualiti sesuatu produk

c)

Ingin mengurangkan penggunaan sumber bahan yang tidak boleh diperbaharui

d)

Ingin menjaga kualiti alam sekitar dengan mengurangkan pencemaran

50.

Mengapakah stesen janakuasa Nuklear mudah berdepan risiko letupan berbanding stesen janakuasa lain?

a)

Kerana tenaga yang dihasilkan sangat besar dan reaktif

b)

Kerana operasinya melibatkan proses pembakaran bahan bakar

c)

Kerana penggunaan sumber yang sangat banyak

d)

Kerana operasinya melibatkan pendidihan dengan suhu yang tinggi

51.

Adakah pandangan anda terhadap mata pelajaran Sains?

a)

Mencabar

b)

Menarik

c)

Membosankan

d)

Susah

e)

Senang untuk skor A