wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Inang permaisuri agong menyatakan bahawa permaisuri masih di dalam kamar tidur kerana baginda masih belum ________.

a)

beradu

b)

bersiram

c)

bertitah

d)

bersemayam

2.

Sultan Jamil Abdillah ________ mencemar duli ke upacara pembukaan perasmian bangunan baharu itu.

a)

bertakhta

b)

bertitah

c)

berkenan

d)

bertatah

3.

Rakyat dan nakhoda kapal menghadap Sultan Ibrahim di istana ketika baginda sultan _______ di atas ________ .

a)

bertakhta.......pancapersada

b)

bersemayam........tandu

c)

beradu........cokmar

d)

berarak........panji-panji

4.

Petugas istana membawa ________ yang bertatahkan perak ketika perarakan masuk Sultan Alauddin Riayat Syah ke balairuang seri.

a)

singgahsana

b)

tandu

c)

ubur-ubur

d)

cogan alam

5.

“_________ telah mendapat perintah daripada ________ untuk memperketat kawalan di sempadan kota,” kata Temenggung kepada Syah Bandar.

a)

hamba....tuan hamba

b)

tuan hamba....patik

c)

hamba....baginda

d)

tuan hamba....patik

6.

Sultan Aminah memakai ________ yang bertatahkan emas pada dahi ketika upacara pertabalan putera baginda.

a)

gandik

b)

jogar

c)

kaus

d)

mutiara

7.

Tuan Bendahara menyusun sirih dan kapur ke dalam _______ emas untuk dipersembahkan kepada tetamu istana.

a)

jorong

b)

jemala

c)

junjung

d)

puadai

8.

Sultan Aminuddin Bakar menaiki _______ untuk upacara keagamaan di Istana Kayangan.

a)

takhta kerajaan

b)

takhta rawan

c)

peterana

d)

pancapersada

9.

" Tuanku dipersilakan untuk menikmati santapan yang telah _____________sediakan ," kata dayang kepada sultan.

a)

beta

b)

hamba

c)

patik

10.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Masalah kesihatan Zaid dirujuk pada pakar jantung.

ii. Perabot yang dipamerkan itu mahal-mahal belaka.

iii. Kami baru sahaja beredar dari perhimpunan tersebut.

iv. Duit simpanannya semakin susut sejak isterinya jatuh sakit.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

11.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


i. Kelab kebudayaan di kolej itu semakin lumpuh kerana berlaku pergolakan dalam kalangan ahlinya.

ii. Untuk mengelakkan ekonomi negara menjadi lumpuh, penasihat kewangan perlu bertindak dengan bijak.

iii. Semenjak pendengarannya lumpuh, dia sukar untuk berkomunikasi dengan ahli keluarganya.

iv. Akibat gempa bumi baru-baru ini, banyak bangunan di Indonesia telah lumpuh.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Pemilik restoran itu adalah orang Thailand.

ii. Keledek goreng itu sangat rangup sekali.

iii. Beliau ialah doktor pakar di sebuah hospital swasta.

iv. Taman perumahan itu dirasmikan oleh wakil rakyat.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

13.

"Bertikam lidah" bermaksud............................

a)

kejam

b)

degil

c)

bertengkar

14.

"Mulut tempayan" bermaksud ....................

a)

tidak boleh simpan rahsia

b)

suka bercakap

c)

banyak mulut

15.

"Ulat buku" bermaksud ...............................

a)

banyak ulat

b)

buku rosak

c)

suka membaca buku

16.

Shukri rindu _____________ ibunya di kampung.

a)

akan

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

17.

Keluarga Encik Afiqri dan Puan Lidya ____________________ di tepi pantai.

a)

naik darah

b)

makan angin

c)

hati batu

d)

ada angin

18.

Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.

a)

mata duitan

b)

rabun ayam

c)

putih mata

d)

rambang mata

19.

Murid-murid diminta memberikan ___________________ untuk menjadikan kelas mereka ceria.

a)

buah tangan

b)

buah fikiran

c)

buah hati

d)

buah pena

20.

Pelbagai jenis kraf tangan daripada kulit kerang itu merupakan _______________ Kak Elvena.

a)

panjang tangan

b)

puteri lilin

c)

bekas tangan

d)

buta hati

21.

Kelly hanya __________________ malam tadi kerana takut akan suasana gelap.

a)

lidah bercabang

b)

tidur ayam

c)

langkah kanan

d)

makan suap

22.

Adelia _____________________ di tepi pantai pada waktu petang.

a)

ambil angin

b)

berat tulang

c)

buaya darat

d)

batu loncatan

23.

Segelintir orang muda _________________ apabila disogokkan dengan harta benda dan kemewahan.

a)

gelap mata

b)

rabun ayam

c)

salah langkah

d)

cahaya mata

24.

Jeffer Lee belajar dengan gigih kerana ingin melanjutkan pelajaran ke ____________________.

a)

makan suap

b)

tidur ayam

c)

menara gading

d)

mata duitan

25.

Tindakannya menendang bola itu ternyata __________________ apabila bola tersebut melantun lalu mengenai kepalanya.

a)

hentam kromo

b)

langkah kiri

c)

gelap mata

d)

makan diri

26.

Ali digelar ______________ kerana rajin membaca buku di mana dia pergi.

a)

ulat buku

b)

ringan tulang

c)

buah hati

d)

mandi peluh

27.

Siti dan Ainul ______________ kerana suka bercakap dan berbuat bising.

a)

buah hati

b)

anak emas

c)

panjang akal

d)

mulut murai

28.

Istilah baharu bagi perkataan pot luck dalam bahasa Melayu

a)

A.Juadah terhidang

b)

B.Juadah bawaan

c)

C.Juadah tersedia

d)

D.Juadah dibawa

29.

Pilih ejaan yang betul dalam bahasa Melayu untuk perkataan

a)

A.E-mel

b)

B.Email

c)

C.Emel

d)

D.E-mail

30.

Istilah semasa bagi perkataan body shaming dalam bahasa Melayu

a)

A.badan besar

b)

B.sindiran badan

c)

C.memalukan badan

d)

D.kecam badan

31.

Penggunaan bahasa Melayu dalam Parlimen memenuhi fungsi bahasa itu sebagai…

a)

A. Bahasa rasmi

b)

B. Bahasa perpaduan

c)

C. Bahasa pengantar

d)

D. Bahasa komunikasi

32.

Simpulan bahasa bagi Ketam Batu bermaksud

a)

A. Kedekut

b)

B.Garang

c)

C.keras kepala

d)

D.Pemurah

33.

Bagi gambar yang diberi, perkataan manakah yang merujuk kepada penggunaan HUKUM D-M yang betul?

a)

A.Goreng pisang

b)

B.Pisang goreng

34.

Ahmad ingin menjadi You Tuber yang berjaya. DBP telah mengeluarkan istilah You Tuber dalam bahasa Melayu____

a)

A.Perancang youtube

b)

B.Penggiat YouTube

c)

C.Pengendali YouTube

d)

D.Pembuat YouTube

35.

Pilih Simpulan Bahasa yang tepat untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat di bawah.


Nenek tidak menyahut panggilan Mak Eton ketika berada di dapur kerana dia _____________.

a)

telinga kuali

b)

akal kancil

c)

pekak badak

d)

ulat buku

36.

Tukarkan perkataan bergaris kepada bahasa istana.


Sultan Ahmad berasa sangat marah apabila mengetahui tentang pencerobohan itu.

a)

gering

b)

murka

c)

beradu

d)

bersantap

37.

Tukarkan perkataan bergaris kepada bahasa istana.


Rakyat negeri itu berdukacita atas kematian bonda sultan mereka.

a)

bersemayam

b)

bertitah

c)

persalinan

d)

kemangkatan

38.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberi.


Mak Limah ____________ bakul berisi ubi itu di atas kepalanya.

a)

membawa

b)

menjunjung

c)

menggoreng

d)

menghunus

39.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


" Jangan berlari semasa menaiki tangga yang licin itu supaya kamu tidak jatuh," kata Ayuni kepada Amirul.

a)

Ayuni dan Amirul dilarang menaiki tangga yang licin itu kerana dikhuatiri terjatuh.

b)

Amirul mengingatkan Ayuni agar berhati-hati menaiki tangga yang licin itu.

c)

Ayuni menasihati Amirul agar tidak berlari ketika menaiki tangga yang licin itu supaya tidak terjatuh.

40.

Setelah setahun ditinggalkan, rumah peninggalan neneknya itu dipenuhi sarang _______________ .

a)

rerumput

b)

rerambut

c)

dedaun

d)

lelabah

41.

Pilih perkataan sinonim yang sesuai dengan perkataan bergaris.


Kami beras curiga akan kata-kata Mo Joo kerana dia seorang yang tidak boleh dipercayai.

a)

sangsi

b)

benar

c)

yakin

d)

awas

42.

Pilih perkataan antonim yang sesuai dengan perkataan bergaris.


Musim kemarau yang melanda negeri-negeri pantai timur sekarang menyebabkan banyak haiwan dan tumbuhan mati.

a)

banjir

b)

kering

c)

basah

d)

hangat

43.

Pilih ayat yang betul.

a)

Shima menerima sepucuk surat dari sahabat lamanya.

b)

Fatihah tertinggal buku nota Sejarahnya di perhentian bas.

c)

Aduh, cantiknya baju awak hari ini!

d)

Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Isnin depan.

44.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Sarung kusyen di rumahnya berbau ______________ kerana tidak pernah dibasuh sejak dia membelinya.

a)

hanyir

b)

hapak

c)

tengik

d)

harum

45.

Lelaki itu digelar ____________kerana suka bercakap besar tetapi tidak peka akan isu-isu semasa

a)

alim-alim kucing

b)

muka tembok

c)

patah kandar

d)

tin kosong

46.

Ketua jabatan mengingatkan semua kakitangan di jabatan ini agar menjauhi perbutan __________ kerana boleh menjejaskan reputasi jabatan berkenaan.

a)

tumbuk rusuk

b)

mata duitan

c)

gepal mata

47.

“Segala titah tuanku sudah ___ laksanakan,” jelas Panglima Fariz.

a)

beta

b)

saya

c)

patik

d)

hamba

48.

Baharin _____________ basikal dengan cermat di lorong yang sempit itu.

a)

memandu

b)

menunggang

c)

membonceng

49.

Pengalamannya bekerja di warung itu akan dijadikan _________________ untuk membuka sebuah restoran.

a)

batu api

b)

hati batu

c)

batu loncatan

50.

Jangan ditegur perangai budak yang ________________ itu, nanti kita yang mendapat susah.

a)

atas angin

b)

kepala angin

c)

makan angin