Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI SEJARAH TINGKATAN 4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Dari negara manakah fahaman Komunis disebarkan ke Tanah Melayu ?


I Rusia

II China

III Indonesia

IV German

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Ilustrasi berikut berkaitan dengan individu penting di Tanah Melayu pada tahun 1920.

Apakah peranan individu di atas ?

a)

Menyebarkan fahaman Komunis

b)

Menyokong tindakan British

c)

Membantu perjuangan Jepun

d)

Mempertahankan Tanah Melayu

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah parti politik di Tanah Melayu.

· Bekerjasama dengan British memerangi Jepun

· Membentuk Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)


Apakah pertubuhan yang berkaitan dengan penyataan di atas ?

a)

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

b)

Parti Komunis Malaya (PKM)

c)

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

d)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

4.

Apakah peristiwa yang membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Sir Edward Gent di Tanah Melayu pada 1948

a)

Pengeboman laluan kereta api milik British

b)

Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Pembunuhan tiga orang pegawai ladang Eropah

d)

Pengeboman pejabat kerajaan milik Eropa

5.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Komunis terhadap Sir Henry Gurney sehingga membawa kematian Pesuruhjaya Tinggi British itu ?

a)

Penculikan bersenjata

b)

Tembakan rambang

c)

Mengebom pejabat

d)

Serangan hendap

6.

Antara langkah British untuk menghalang kemaraan Komunis di Tanah Melayu adalah dengan penguatkuasaan undang-undang darurat.


Mengapakah undang-undang penting bagi sesebuah kerajaan?

a)

Melahirkan warga yang berdisiplin

b)

Membentuk rakyat berbilang kaum

c)

Mewujudkan jaringan ekonomi penduduk

d)

Mengukuhkan lambang kedaulatan negara

7.

Apakah tindakan yang diambil oleh British semasa Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan di Tanah Melayu pada tahun 1948?

a)

Mengharamkan penubuhan parti politik

b)

Mengetatkan undang-undang senjata api

c)

Menubuhkan pasukan Askar Melayu

d)

Memperkasakan gerakan Min Yuen

8.

Parti Malayan Indian Congress (MIC) di bawah pimpinan John Thivy ditubuhkan pada bulan Ogos 1946.


Apakah matlamat utama penubuhan parti tersebut?

a)

Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi

b)

Mencapai kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya

c)

Berkerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan

d)

Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri

9.

Apakah syarat yang dikenakan oleh British kepada penduduk Tanah Melayu untuk diberikan kemerdekaan?

a)

Mengadakan pilihan raya

b)

Mengamalkan demokrasi

c)

Mewujudkan kerjasama kaum

d)

Melantik pemimpin parti politik

10.

Selepas Perang Dunia Kedua, berbaga-bagai parti politik ditubuhkan kerana perkembangan nasionalisme.


Apakah kesan penubuhan pelbagai parti tersebut?

a)

Perpaduan sukar dibentuk

b)

Semangat perkauman menebal

c)

Ancaman komunis berkurangan

d)

Perjuangan menuntut kemerdekaan kukuh

11.

Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan?


I Memperbanyak sekolah vernakular

II Melalui sukatan pelajaran yang seragam

III Penggunaan bahasa pengantar yang sama

IV Pelajaran percuma kepada semua pelajar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah nilai yang diperolehi daripada usaha semua kaum ke arah kemerdekaan negara kita?


I Kerjasama

II Perpaduan

III Kasih sayang

IV Bijak mengeksploitasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Gambar di atas menunjukkan logo yang digunakan oleh Parti Perikatan pada tahun 1954.

Mengapakah logo tersebut digunakan oleh Parti Perikatan?

a)

Kesediaan menempuh cabaran untuk kemerdekaan

b)

Kebebasan menentukan matlamat perjuangan

c)

Kekayaan negara dinikmati bersama

d)

Lambang perpaduan kaum

14.

Gambar berikut menunjukkan pilihan raya yang berlangsung di negara kita

Apakah tujuan pilihan raya tersebut diadakan?

a)

Membentuk kerajaan

b)

Melantik pemimpin parti politik

c)

Menentukan ahli Dewan Negara

d)

Memilih Yang di-Pertuan Agong

15.

Perkara berikut berkaitan dengan pilihan raya Negara kita kecuali ?

a)

Memilih wakil rakyat

b)

Membentuk kerajaan

c)

Senat

d)

Amalan demokrasi

16.

Pilihan raya berikut pernah berlaku di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka, kecuali ?

a)

Pilihan raya majlis perbandaran

b)

Pilihan raya kampung

c)

Pilihan raya negeri

d)

Pilihan raya majlis perundangan persekutuan

17.

Pilihan raya peringkat majlis perbandaran telah berlaku di bandar berikut sebelum 1955 kecuali ?

a)

George Town

b)

Melaka

c)

Kamunting

d)

Kuala Lumpur

18.

Pilihan raya yang dijalankan di negara kita telah menyedarkan rakyat dengan amalan ?

a)

Birokrasi

b)

Tirani

c)

Demokrasi

d)

Aristokrasi

19.

Perkara berikut merupakan syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya, kecuali ?

a)

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

b)

Berumur 21 tahun ke atas

c)

individu yang tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh enam bulan dari tarikh 17 Oktober 1954

d)

Berpengetahuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

20.

Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955


Apakah nilai yang tepat bagi merumuskan gambar di atas. ?

a)

Amanah

b)

Keadilan

c)

Kasih sayang

d)

Bekerjasama

21.

Pernyataan berikut berkaitan dengan prinsip Rukun Negara.


Apakah maksud prinsip tersebut?

a)

Memastikan negara terus berdaulat

b)

Undang-undang negara tidak boleh dipinda

c)

Pematuhan undang-undang membawa kesejahteraan

d)

Kerajaan dan rakyat tertakluk kepada undang-undang negara

22.

Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?


Dewan Bahasa Dan Pustaka

a)

Meningkatkan kadar celik huruf

b)

Meningkatkan kadar celik huruf

c)

Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan

23.

FELDA

· Ditubuhkan pada 1956

· Menyediakan kemudahan asas

Mewujudkan petempatan baru


Apakah tujuan penubuhan badan berkanun di atas?

a)

Memasarkan hasil pertanian

b)

Menggalakkan kegiatan industri desa

c)

Meningkatkan pengeluaran tanaman makanan

d)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

24.

Apakah kesan kemerdekaan negara pada tahun 1957 dalam aspek politik?


I Gabenor dilantik di setiap negeri

II Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan

III mengamalkan demokrasi berparlimen

IV dasar pengagihan kuasa dilaksanaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Jam 12 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan dan,kemudian bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan


Apakah iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa tersebut ?


I. Menghargai warisan budaya

II. Bersyukur sebagai warganegara

III. Berbangga dengan usaha pemimpin

IV.Mempertahankan kaum sendiri

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Antara berikut merupakan tokoh yang telah menyokong perundingan kemerdekaan KECUALI.

a)

Ahmad Boestamam

b)

E.E.C Thuraisingham

c)

H.S. Lee

d)

Ibrahim Haji Yaakob

27.

Permuafakatan antara wakil Raja-Raja Melayu dengan pemimpin negara dalam usaha memperoleh kemerdekaan telah menampakkan hasil.

Di manakah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu diumumkan?

a)

Stadium Merdeka.

b)

Bukit Jalil.

c)

Padang Hilir ,Melaka

d)

Bangunan Sultan Abdul Samad.

28.

Perjanjian Persekutuan menjaga kedudukan istimewa orang melayu dengan mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu.


Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa orang Melayu?

a)

Pembesar Melayu

b)

Perdana Menteri

c)

Menteri Besar

d)

Yang di Pertuan Agong

29.

Antara berikut manakah keistimewaan perlantikan Yang Di Pertuan Agong yang termaktub dalam perlembagaan?


i. Dipilih setiap lima tahun

ii. Dilantik oleh pembesar Melayu

iii. Dilantik atas nasihat perdana Menteri

iv. Dilantik dalam kalangan Raja Melayu

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

30.

Pada 5 Ogos 1957, sebuah perjanjian kemerdekaan telah ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald Mac Gilivray di King’s House, Kuala Lumpur.


Apakah pernanan perjanjian tersebut?

a)

Perkembangan imperialisme Barat

b)

Pentadbiran tentera British diperkenalkan

c)

British mengambil alih pemerintahan negara

d)

Asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957