wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganti Nama

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

__________ mesti bermain bermati-matian untuk meraih kemenangan," kata kapten pasukan kepada ahli-ahlinya.

a)

Kita

b)

Kalian

c)

Kamu

d)

Mereka

2.

"Siapkan kelengkapan berburu kerana sebentar lagi _________ akan masuk ke dalam hutan," titah Sultan Mahmud Shah.

a)

tuanku

b)

beta

c)

baginda

d)

patik

3.

"Izinkan __________menangkap penderhaka Hang Hebat itu Datuk Bendahara, "kata Hang Tuah.

a)

patik

b)

saya

c)

hamba

d)

tuan hamba

4.

Encik Zaki merupakan pegawai kanan di sebuah syarikat. ________ bertugas di Putrajaya.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Baginda

d)

Ia

5.

"________berdua hendaklah memulangkan buku-buku itu kepada ______ esok ," kata Cikgu Kamal kepada Hakimi dan Harus.

a)

Saya.....awak

b)

Kamu... saya

c)

Kalian....kami

d)

Mereka.....saya

6.

Hang Jebat berkata kepada pengawal istana,"Izinkan_______ masuk mengadap _______."

a)

hamba.....baginda

b)

patik.....baginda

c)

patik.....tuanku

d)

hamba.....tuan hamba

7.

Abang Arun merupakan seorang guru. ___________ mengajar di Sekolah Taman Melayu.

a)

Dia

b)

Aku

c)

Beliau

d)

Ianya

8.

"Pemberian kamu ini akan ______jaga dengan sebaik-baiknya,"kata James kepada sahabatnya.

a)

hamba

b)

ku

c)

mu

d)

kami

9.

__________yang tidak menyiapkan kerja sekolah Cikgu Siti akan didenda.

a)

Mana-mana

b)

Siapa-siapa

c)

Apa-apa

d)

Bila-bila

10.

Kamu boleh datang ke rumah saya pada ________masa yang kamu suka.

a)

mana-mana

b)

bila-bila

c)

apa-apa

d)

siapa-siapa

11.

Di hujung jalan _______ada sebuah banglo usang yang tiada penghuni.

a)

sini

b)

situ

c)

sana

12.

"Budak _____lah yang mengambil duit saya cikgu," kata Ah Beng sambil menunjukkan budak nakal di sebelahnya.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

situ

13.

" Susun buku-buku ini ke dalam rak________,"kata ketua pusat sumber kepada seorang pustakawan.

a)

sana

b)

situ

c)

itu

d)

ini

14.

Adriana akan pulang ke kampung datuk________di Johor setelah tamat tempoh PKPB.

a)

ia

b)

nya

c)

beliau

d)

dia

15.

Pemuda yang tampan dan berbaju merah itu _________?

a)

mana

b)

bila

c)

siapa

d)

apa

16.

Sukar untuk menentukan fesyen yang_______akan menjadi pemenang dalam pertandingan fesyen itu nanti.

a)

apa

b)

mana

c)

bila

d)

siapa

17.

Tidak ada _______kerja lagi yang boleh kamu buat kerana semuanya telah siap.

a)

mana-mana

b)

apa-apa

c)

bila-bila

d)

siapa-siapa

18.

"Saya harap ________semua tidak membuat bising walaupun keadaan di dalam dewan ini agak panas,"kata guru besar kepada murid-murid.

a)

kamu

b)

kita

c)

kalian

d)

mereka

19.

Saya dan keluarga akan melancong ke Pulau Tioman. Kami akan ke ________ pada minggu hadapan.

a)

sini

b)

situ

c)

sana

d)

ini

20.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Kalian semua dikehendaki memakai baju sukan pada esok hari.

ii. "Ampunkan patik, tuanku," sembah Bendahara Tun Perak kepada Raja Alam syah.

iii. Buku di atas meja ini bukan kepunyaan saya.

iv. Mana-mana yang tidak datang pada hari ini boleh ambil buku itu nanti.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv