wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM (Unit 10-12)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sebagai pengguna, kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan secara beretika. Kita juga mempunyai hak seperti berikut kecuali

a)

Hak untuk mendapat keperluan asas

b)

Hak untuk mendapat ganti rugi

c)

Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

d)

Hak untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan selamat

2.

Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud cara wang dibelanjakan dan diuruskan dengan ________________ untuk mendapat sesuatu barangan dan perkhidmatan.

a)

berhemah

b)

bersistematik

c)

berdisiplin

d)

berwaspada

3.

Apabila membuat pembayaran sebaik-baiknya membayar menggunakan ________________________

a)

kad kredit

b)

tunai atau kad debit

c)

kad sewa beli

d)

buku hutang

4.

Dalam menguruskan perbelanjaan secara beretika, ilmu dan kemahiran perlu bergerak seiring. Kepentingan mengurus perbelanjaan termasuklah

a)

Menyebabkan kadar keberhutangan yang tinggi

b)

Menjadikan seseorang itu semakin kedekut

c)

Memilih jenama barangan yang terbaik

d)

Menjadikan rujukan perbelanjaan akan datang

5.

Salah satu kesan pengurusan perbelanjaan yang tidak beretika terhadap negara ialah kenaikan kadar inflasi. Inflasi bermaksud

a)

kenaikan nilai mata wang negara

b)

tahap perbelanjaan pengguna dalam negara

c)

kenaikan harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi

d)

kemerosotan ekonomi akibat pengaliran keluar mata wang negara

6.

Agama rasmi bagi negara Malaysia ialah agama

a)

Hindu

b)

Islam

c)

Buddha

d)

Kristian

7.

Setiap kaum mempunyai keunikannya tersendiri. Pilih padanan yang salah bagi kaum dan pakaian tradisinya.

a)

Kaum Iban - Sirat, kelambi dan kain tenun

b)

Kaum Melayu - baju kurung dan baju Melayu

c)

Kaum Punjabi - Serban, kurta pejama dan dupatta

d)

Kaum Cina - sari dan dhoti

8.

Setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda patut mempertahankan dan mengekalkan keunikan ini. Salah satu kepentingan keunikan rakyat Malaysia ialah

a)

Kebudayaan akan hilang

b)

Menarik pelancong asing

c)

Persefahaman kaum terjejas

d)

Identiti negara semakin bercelaru

9.

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam mempertahankan keunikan rakyat. Antaranya ialah wujudnya sikap perkauman. Ini ada kaitannya dengan cabaran

a)

polarisasi kaum

b)

cabaran bahasa

c)

cabaran sosial

d)

cabaran budaya luar

10.

Bagi mengatasi cabaran tersebut, semua pihak patut bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk mengekalkan keunikan ini. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa

a)

mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

b)

menjauhkan diri daripada aktiviti kebudayaan pelbagai kaum

c)

mengamalkan adat dan budaya dalam keluarga

d)

memandang rendah adat dan budaya kaum lain

11.

Negara Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. Negara yang berdaulat memiliki ciri berikut kecuali

a)

merdeka

b)

beridentiti nasional

c)

berstruktur pemerintahan sendiri

d)

dipengaruhi oleh pengaruh luar

12.

Prinsip Rukun Negara yang kelima ialah

a)

Kesopanan dan kesusilaan

b)

Kesetiaan kepada raja dan negara

c)

Keluhuran perlembagaan

d)

Kedaulatan undang-undang

13.

Langkah mempertahankan kedaulatan negara menjadi tanggungjawab semua warganegara. Perbuatan yang bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik atau kerajaan merujuk kepada

a)

anasir luar

b)

anasir jahat

c)

anasir subversif

d)

anasir negattif

14.

Para era globalisasi kini, terdapat pelbagai cabaran yang boleh menggugat kedaulatan negara yang perlu dihadapi. Cabaran ini termasuklah

a)

Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara

b)

Tindakan kuasa kecil yang mencabar kedaulatan negara

c)

Generasi muda yang bersemangat patriotik terhadap negara

d)

Taraf ekonomi dan sosial yang seimbang dalam kalangan rakyat

15.

Kealpaan dan kegagalan mempertahankan kedaulatan negara boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk yang menjejaskan kedudukan negara. Semua ini merupakan kesan pengabaian tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara kecuali

a)

Ketidakstabilan politik negara

b)

Tradisi dan norma masyarakat sentiasa diingati

c)

Perpaduan dan keharmonian terjejas

d)

Aktiviti ekonomi negara terbantut