NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Moden
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Dalam usaha untuk memodenkan bahasa, langkah yang manakah yang paling penting untuk dilaksanakan ?
mencipta istilah
menerbitkan buku ilmiah
memantapkan tatabahasa
menyelaraskan sistem ejaan
Menurut Perkata 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, meliputi penggunaannya oleh pihak yang berikut, kecuali
sektor swasta
kerajaan Negeri
kerajaan Persekutuan
pihak berkuasa tempatan
* Penetapan tulisan bagi bahasa Melayu
* Penentuan bahasa dalam borang rasmi kerajaan
Perkara di atas termaktub dalam
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1956
Resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1952
Yang manakah tujuan utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka ?
menyusun dan menerbitkan buku ilmiah
menjadi badan penyelaras persidangan bahasa
memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan
melaksanakan kempen penggunaan bahasa Melayu
Tujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk
mengekalkan fungsinya sebagai bahasa perpaduan antara kaum
menjadikannya sebagai simbol jati diri bangsa dan negara Malaysia
Menyaingi perkembangan dan kemajuan bahasa-bahasa yang serumpun dengannya
meneruskan keunggulannya sebagai lingua franca, bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu sejak dahulu lagi
Yang manakah pernyataan yang benar tentang proses kodifikasi dalam perancangan bahasa ?
memantapkan semua korpus bahasa
menyerapkan pelbagai kelainan dalam sesuatu bahasa
meningkatkan taraf atau kedaulatan sesuatu bahasa
mempelbagaikan fungsi bahasa dalam masyarakat dan negara
Mengemaskinikan tatabahasa, menyusun kamus, membakukan sebutan dan memantapkan sistem ejaan.
Dalam perancangan bahasa, langkah di atas termasuk dalam proses
pemupukan
pemodenan
pengekodan
perancangan strategi
Yang manakah institusi atau pertubuhan yang terlibat dalam penghasilan buku-buku bacaan sekolah ?
Pejabat karang-mengarang
Persatuan Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu
Angkatan Sasterawan 50
Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan
Yang manakah langkah yang paling penting untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ?
dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan
diiktiraf sebagai bahasa perpaduan dan komunikasi umum untuk semua kaum
diwajibkan penggunaannya dalam urusan dalam sektor awam dan swasta
digunakan oleh semua media, baik media cetak mahupun media elektronik
Dewan Bahasa dan Pustaka diberikan tanggungjawab untuk menyediakan buku tatabahasa dan kamus yang lengkap dalam bahasa Melayu demi kepentingan semua pengguna.
Dalam perancangan dan pembinaan bahasa, langkah di atas merupakan langkah
pengekodan
pemupukan
perancangan
pemasyarakatan
