Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Seni Arca Tingkatan 4

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Bentuk arca yang dibina secara sistematik agar hasil bentuknya ada kaitan dengan struktur jentera ialah

a)

arca stabail

b)

arca binaan

c)

arca bergerak

d)

arca tambahan

2.

Apakah arca yang biasanya dihasilkan menggunakan lebih daripada satu jenis bahan?

a)

arca acuan

b)

arca binaan

c)

arca luakan

d)

arca asemblaj

3.

Apakah jenis arca yang memerlukan alat seperti pahat, penukul, kapak, gergaji dan pengikis?

a)

arca acuan

b)

arca binaan

c)

arca luakan

d)

arca tambahan

4.

Berikut ialah ciri-ciri yang biasa didapati pada arca mobail, kecuali

a)

boleh bergerak

b)

boleh berputar

c)

boleh berbunyi

d)

boleh berombak

5.

Apakah ciri utama dalam seni arca?

a)

Digunakan sebagai hiasan

b)

Seni yang berbentuk tiga dimensi

c)

Digunakan untuk upacara keagamaan

d)

Boleh dihasilkan dengan pelbagai media

6.

Mengapakah Plaster of Paris dan lilin digunakan dalam arca acuan?

a)

Bahan ini mudah diperoleh

b)

Bahan ini mudah membeku

c)

Bahan ini memerlukan kos yang rendah

d)

Bahan ini digunakan oleh semua pengarca

7.

Antara berikut, alat yang manakah paling sesuai untuk membuat bentuk kasar sesuatu arca luakan daripada blok kayu besar?

a)

pahat

b)

kapak

c)

gergaji

d)

alat pengukir

8.

Apakah fungsi arca patung Mah Meri dalam kehidupan masyarakat Orang Asli di negara kita?

a)

sebagai cenderamata

b)

sebagai bahan perhiasan

c)

sebagai bahan pemujaan

d)

sebagai bahan jualan

9.

Arca __________ merupakan arca yang diperagakan untuk tujuan penghayatan nilai keindahan dan menambahkan ceria ruang tertentu.

a)

kayu

b)

estetik

c)

berfungsi

d)

batu marmar

10.

Antara berikut, yang manakah perintis arca terkenal di Malaysia?

I Yong Mun Sen

II Abdullah Arif

III Anthony Lau

IV Syed Ahmad Jamal

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Arca__________boleh bergerak kerana cantuman hidup pada pada bahagian sendi-sendinya.

a)

timbulan

b)

luakan

c)

mobail

d)

dinding

12.

Arca ini juga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya 2D yang kemudian ditimbulkan menjadi imej 3D. Apakah jenis arca ini?

a)

Arca luakan

b)

Arca binaan

c)

Arca timbulan

d)

Arca assemblaj

13.

Arca ialah

a)

Hasil produk seni berbentuk 1 dimensi

b)

Hasil produk seni berbentuk 2 dimensi

c)

Hasil produk seni berbentuk 3 dimensi

d)

Hasil produk seni berbentuk 4 dimensi

14.

Berapakah jenis arca?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

15.

Merupakan arca yang diperagakan dengan tujuan penghayatan nilai keindahannya sahaja. Ia mempunyai nilai intelek yang amat tinggi untuk difahami.


Pernyataan di atas adalah berkaitan arca jenis:

a)

Arca stabil

b)

Arca luakan

c)

Arca estetik

d)

Arca berfungsi

16.

Arca jenis ini boleh bergerak tetapi tidak mempunyai awangan dan pergerakannya terhad.


Terdapat pelbagai bentuk arca.Pernyataan di atas berkait dengan bentuk:

a)

Mobail

b)

Timbulan

c)

Asemblaj

d)

Stabail

17.

Gambar rajah menunjukkan satu arca taman . Apakah fungsi arca tersebut ?

a)

A Penumpuan

b)

B Keringkasan

c)

C Keseimbngan

d)

D Kepelbagaian

18.

Pilih bentuk arca yang paling sesuai sekiranya menggunakan bahan-bahan terbuang .

a)

A Mobail

b)

B Stabail

c)

C Timbulan

d)

D Asemblaj

19.

Gambar diberi menunjukkan jenis bahan seni visual yang mana?

a)

Bentuk

b)

Ruang

c)

Jalinan

20.

Nyatakan jenis arca diberi.

a)

Arca mobail

b)

Arca dinding

c)

Arca stabail

d)

Arca binaan

21.

Nyatakan jenis bentuk yang terdapat di dalam unsur seni bahasa seni visual Seni Arca.

a)

Bentuk geometrik

b)

Bentuk organik

22.

Gambar diberikan merujuk kepada

a)

Bentuk

b)

Ruang

c)

Jalinan