NEW
Font size
WorksheetsUlangkaji Tatabahasa Tahun 3
Total questions: 50
Worksheet time: 38mins
Ayah Rasimi bekerja di ________________ sebagai seorang doktor pakar bedah.
sekolah
mahkamah
hospital
balai polis
Nenek Timah sibuk menganyam ________________ sambil duduk bersimpuh.
mangkuk
ketupat
buku
pisau
___________________ merupakan nama khas yang sering kita gunakan untuk seekor ayam jantan.
Si Jalak
Pak Belang
Sang Rangkak
Si Comel
Biasanya nama khas bagi buaya dalam cerita haiwan ialah _______________.
Sang Kancil
Sang Belang
Sang Nuri
Sang Bedal
Sara dan Ros merupakan sahabat baik. ________________ tinggal di kawasan taman perumahan yang sama.
Kita
Saya
Mereka
Dia
"________________ hendak ke mana pada cuti sekolah akan datang ni?" tanya Farhana kepada Rasimi.
Saya
Beliau
Awak
Dia
Makcik Piah mengutip beberapa ______________ cendawan yang tumbuh di sebatang kayu.
potong
batang
naskhah
kaki
Datuk Lee memakai ___________________ cermin mata semasa membaca surat khabar kerana matanya rabun.
setangkai
sepasang
sebiji
serumpun
Kakak Emir ________________ sayur sebagai hidangan makan malam untuk keluarganya.
mengukus
menyapu
membaca
menyiram
Anding dan Haikal _________________ meja dan kerusi di dalam kelas mereka agar kelihatan teratur dan kemas.
memotong
menyepah
menyusun
memadam
Plastik sampah yang telah penuh perlu__________________ dan _____________________ dengan cara yang betul.
diikat, disimpankan
dibuang, disiramkan
disapu, diletakkan
diikat, dilupuskan
Makanan di atas meja perlu_________________ menggunakan tudung saji supaya tidak __________________ lalat.
ditutup, dihinggap
dibasuh, dibilas
dimasak, dihinggap
dikukus, dibakar
Jarak antara rumah Ming Jun dan sekolahnya adalah sangat _______________.
rapat
panjang
jauh
rendah
Abu membeli sebuah kamus yang _________________ semasa pameran buku di sekolahnya.
tinggi
tebal
dekat
rendah
Pemandangan di kaki Gunung Kinabalu sangat __________________ dan udaranya pula sangat _________________ pada waktu pagi.
panas, indah
bising, segar
indah, nyaman
lazat, halus
Berikan simpulan bahasa yang tepat bagi makna ini: orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
anak tiri
anak saudara
anak sulung
anak emas
Berikan simpulan bahasa yang tepat bagi makna ini : makan sedikit untuk sementara waktu.
alas perut
akal kancil
ada hati
ambil berat
Maksud perumpamaan bagai isi dengan kuku ialah___________________________.
Perasaan yang sangat sedih
Seseorang yang becok mulutnya
Berjalan lambat sekali
Persahabatan yang sangat erat
Maksud perumpamaan bagai telur di hujung tanduk ialah _________________________________.
Bunyi jatuh yang kuat
Berada dalam keadaan atau situasi yang berbahaya
Hanya mementingkan diri sendiri
Membuat pekerjaan yang sia-sia
Ibu Fanly menyimpan seterika elektrik_____________ tempat yang selamat.
dari
pada
di
untuk
Adik Rasimi mahu bermain dengan suis elektrik _____________dilarang oleh ibunya.
tetapi
sambil
lalu
kerana
Tembikar yang mahal itu diperbuat daripada_____________?
mana
bila
apa
siapa
"____________________keadaan ayah awak selepas menjalani pembedahan minggu lepas?" tanya Anding kepada Sanjay.
Mengapakah
Di manakah
Berapakah
Bagaimanakah
_________________melintas jalan raya sesuka hati.
Harap
Minta
Jangan
Sila
_________________semua murid dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti ini.
Tolong
Harap
Jangan
Jemput
______________, sakitnya perut aku selepas makan nasi lemak itu!
Wah
Nah
Amboi
Aduh
_________________, di sini rupanya saya simpan jam tangan ini!
Eh
Cis
Hai
Syabas
Hanif mendengar_________________ berdering lalu segera bangun dari tidurnya.
pakaian sukan
cermin mata
meja makan
jam loceng
Puan Alia membeli sebuah _______________________ untuk dihadiahkan kepada anaknya.
bilik tidur
lantai simen
telefon pintar
ruang legar
Kanak-kanak itu menangis kerana ________________________nya tersangkut di dahan pokok yang tinggi itu.
layang-layang
rama-rama
jari-jari
orang-orang
Encik Lim membuang air di pasu bunga itu untuk mengelakkan pembiakan ______________________.
labah-labah
jentik-jentik
kupu-kupu
sumpah-sumpah
Ayah Hanif sibuk melayan __________________yang bertandang ke rumah pada awal pagi raya.
kekuda
lelabi
sesawang
tetamu
Bantal ___________________ ini hadiah Puan Aini kepada Puan Chan.
kekisi
tetupai
bebuli
kekabu
Kari ikan itu dimasak oleh Puan Ambika dengan menggunakan ____________________ asli.
kuih-muih
lauk-pauk
rempah-ratus
kayu-kayan
Peniaga itu menjual pelbagai jenis __________________ yang enak di gerainya.
gunung-ganang
turun-temurun
mundar-mandir
kuih-muih
Berikut yang manakah menunjukkan ayat majmuk.
Pokok kelapa wangi mudah ditanam dan cepat membesar.
Ramu bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seafield.
Mengapakah awak bersedih sejak dari tadi?
Tolong senyap semasa berada di perpustakaan.
Pilih ayat seruan yang betul.
Siapakah wanita yang tinggi lampai itu!
Amboi, cantiknya baju kebaya awak ni!
Awak bertolak ke Melaka bila!
Wah, besarnya rumah di atas bukit itu.
Berikut yang manakah menunjukkan ayat perintah.
Saya tidak pernah mengambil pensel kamu tanpa kebenaran.
Usah dikenang perkara yang telah berlalu.
Hana dan Aimi bermain di taman permainan pada waktu petang.
Tahniah, awak telah berjaya!
Pilih ayat tanya yang betul.
Di mana kamu tinggal sebelum ini.
Awak pergi ke klinik dengan mengapa?
Siapakah yang telah mengoyakkan buku cerita saya ini?
Nama kucing parsi ini bagaimana.
Berikut yang manakah menunjukkan ayat tunggal.
Ibu Farhana memasak sambil melihat resipinya menggunakan telefon pintar..
Abang Rayyan melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
Jothan suka makan ayam tetapi Haikal suka makan ikan.
Pak Abu memotong rumput yang panjang itu lalu mengumpulnya untuk dibakar.
Lelaki yang berdiri di luar itu ______________ ayah saya.
bukan
sambil
tidak
tetapi
Rumah Aini terletak ______________ jauh dari sekolahnya.
kerana
bukan
tidak
ialah
Kucing itu berada di_____________pokok sejak pagi tadi.
atas
tinggi
dalam
rendah
Encik Chan mempakir kereta di _______________ rumahnya.
antara
dalam
atas
hadapan
Wai Ling ____________renang di kolam renang pada setiap hari Ahad.
me-
ter-
be-
ber-
Ibu Ali __________buang sisa makanan ke dalam tong sampah.
-an
me-
ber-
mem-
Doktor Raju baharu sahaja selesai menjalan______ pembedahan jantung terhadap pesakitnya.
-i
-an
-kan
bel-
Kok Meng mem_____________ buku cerita sambil berbaring di atas katil.
koyak
tulis
baca
kemas
Jason dan adiknya ber___________ dengan sekuat hatinya apabila mereka dikerja anjing liar.
lari
kejar
basikal
duduk
Lutut Amy cedera kerana dia terjatuh semasa ter_____________ batu.
kunci
sepak
tukul
belah
