Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T3 BAB 1 RANGSANGAN DAN GERAKBALAS

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Gerak balas dalam manusia dikoordinasi oleh

a)

sistem perkumuhan

b)

sistem pencernaan

c)

sistem respirasi

d)

sistem saraf

2.

Sistem saraf manusia terdiri yg berikut kecuali

a)

otak

b)

saraf tunjang

c)

buah pinggang

d)

saraf periferi

3.

Contoh tindakan terkawal adalah

a)

denyutan jantung

b)

mengelipkan mata

c)

berenang

d)

menguap

4.

Berikut adalah contoh tindakan luar kawal kecuali

a)

menari

b)

bersin

c)

denyutan jantung

d)

mengelipkan mata

5.

Rangsangan dikesan oleh

a)

otak

b)

reseptor

c)

impuls

d)

sel saraf

6.

Apakah struktur yang memindahkan impuls?

a)

sel deria

b)

sel otot

c)

sel epitelium

d)

sel saraf

7.

Sistem Saraf Pusat terdiri daripada?

a)

Saraf Kranium dan Saraf Spina

b)

Saraf Tunjang dan Otak

c)

Saraf Spina dan Otak

d)

Saraf Kranium dan Saraf Tunjang

8.

Sistem Saraf Periferi terdiri daripada?

a)

Saraf Kranium dan Saraf Spina

b)

Saraf Tunjang dan Otak

c)

Saraf Spina dan Otak

d)

Saraf Kranium dan Saraf Tunjang

9.

Rangsangan => Reseptor => Impuls Saraf => Otak => Impuls Saraf => Efektor => Gerak Balas


Aliran Impuls bagi Tindakan?

a)

Tindakan Terkawal

b)

Tindakan Luar Kawal

10.

Rangsangan => Reseptor => Impuls Saraf => Saraf Tunjang => Impuls Saraf => Efektor => Gerak Balas


Aliran Impuls bagi Tindakan?

a)

Tindakan Terkawal

b)

Tindakan Luar Kawal

11.

Fungsi Salur Telinga?

a)

Menghantar Gelombang Bunyi ke Gegendang Telinga

b)

Mengumpul dan Menghantar Getaran Bunyi ke Jendela Bujur

c)

Menukarkan Getaran Bunyi kepada Impuls Saraf

d)

Menghantar Impuls Saraf ke Otak

12.

Rangsangan bagi Mata adalah?

a)

Bau

b)

Bahan Kimia

c)

Sakit

d)

Cahaya

13.

Apakah fungsi tiub Eustachio?

a)

mengumpul dan menghantar getaran bunyi

b)

mengimbangkan tekanan udara di dua belah gegendang telinga

c)

menghantar impuls saraf dari koklea ke otak

d)

menguatkan getaran bunyi

14.

Apakah nama bintil kecil pada permukaan lidah?

a)

Umami

b)

Sel penyokong

c)

Mukus

d)

Papila

15.

Rabun jauh boleh dibetulkan menggunakan apa?

a)

Kanta cekung

b)

Kanta cembung

c)

Kanta silinder

d)

Kanta pembesar

16.

Bahagian mata yang manakah mempunyai paling banyak fotoreseptor?

a)

Bintik kuning

b)

Saraf optik

c)

Bintik buta

d)

Sklera

17.

Mengapakah makanan berasa tidak enak apabila dimakan semasa selesema?

a)

Reseptor bau telah hilang

b)

Makanan tidak mengandungi bahan kimia yang menarik

c)

Reseptor bau ditutupi oleh mukus yang banyak

d)

Bahan kimia dalam makanan tidak dapat melarut dengan baik.

18.

Berikut adalah gerak balas tumbuhan terhadap ransangan, kecuali

a)

Fototropisme

b)

Tigmotropisme

c)

Monotropisme

d)

Gerakan nasti

19.

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai penglihatan stereoskopik?

a)

Burung

b)

Kambing

c)

Harimau

d)

Ikan

20.

Rajah menunjukkan satu tumbuhan diletakkan dalam kotak hitam dengan satu lubang terbuka di tepi?

Apakah tindak balas yang ditunjukkan oleh pucuk tumbuhan itu?

a)

Fototropisme positif

b)

Fototropisme negatif

c)

Hidrotropisme positif

d)

Hidrotropisme negatif