wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN EKONOMI TINGKATAN 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1. Tenaga Nasional Berhad di Malaysia dianggap sebagai

syarikat monopoli semula jadi kerana

a)

dimiliki oleh sektor swasta

b)

disenaraikan di Bursa Saham

c)

mengenakan harga yang tinggi

d)

menanggung kos modal yang tinggi

2.

2. Manakah yang menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos?

a)

Pertambahan kos bahan api

b)

Pengembangan kredit bank perdagangan

c)

Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan

d)

Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan

3.

3. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung?

a)

Koperasi AlJannah Berhad membayar cukai atas keuntungannya

b)

Puan Aina membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

c)

Syarikat Maju Jaya Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan

d)

Syarikat Suria Berhad dikenakan denda kerana melanggar undang-undang

4.

4. Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang

mempengaruhi globalisasi?

a)

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang

mempengaruhi globalisasi?

b)

perkembangan ekonomi

c)

perkembangan teknologi maklumat

d)

kenaikan kadar pertukaran mata wang asing

5.

5. Antara yang berikut manakah merupakan tujuan kerajaan mengenakan kuota terhadap barang import?

a)

Menggalakkan penawaran barang import

b)

Memperbaiki imbangan pembayaran

c)

Meningkatkan kadar pengangguran

d)

Menambahkan pendapatan negara

6.

6. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan beberapa mata wang negara asing.


Mata

wang

Harga

belian (RM)

Harga

jualan (RM)

1

Euro

4.9258

4.9795


Seorang pelancong Eropah ingin menukarkan 400 Euro kepada Ringgit Malaysia. Berapakah Ringgit Malaysia yang diterima oleh pelancong tersebut?

a)

RM80.33

b)

RM81.21

c)

RM1 970.32

d)

RM1 991.80

7.

7. Bagaimanakah belanjawan defisit memulihkan ketidakstabilan ekonomi?

a)

menaikkan kadar cukai

b)

mengurangkan kadar faedah

c)

menambahkan perbelanjaan kerajaan

d)

menurunkan kadar rizab berkanun

8.

8. Alat dasar fiskal terdiri daripada .........

a)

nisbah rizab tunai

b)

surat jaminan kerajaan

c)

perbelanjaan pengguna

d)

cukai pendapatan individu

9.

9. Antara berikut, yang manakah dicatatkan sebagai pendapatan sekunder?

a)

kiriman wang

b)

pampasan pekerja

c)

dividen daripada pelaburan

d)

bayaran penggunaan aset kerajaan

10.

10. antara berikut, yang manakah merupakan eksport nampak Malaysia?

a)

barang pengguna

b)

barang pelaburan

c)

barang pembuatan

d)

barang perantaraan