wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT T1 Ulangkaji

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang betul bagi definisi reka bentuk, teknologi dan gabungan kedua-duanya. (Jawapan lebih daripada 1).

a)

Teknologi : Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan bahan semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.

b)

Reka Bentuk : Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

c)

Reka Bentuk dan Teknologi : Proses mereka bentuk sesuatu produk yang dapat dilihat atau dipegang.

2.

Pilih penyataan bagi kriteria reka bentuk yang baik.

a)

Kreativiti

b)

Memplagiat produk pereka lain

c)

Kecenderungan inovasi

3.

Pilih Tiga (3) langkah pengurusan projek yang betul mengikut susunan.

a)

Pengawalan - Penjadualan - Perancangan

b)

Perancangan - Penjadualan - Pengawalan

c)

Penjadualan - Pengawalan - Perancangan

4.

Perancangan projek yang baik dapat memastikan objektif tercapai, mengelakkan pembaziran sumber dan mencegah gangguan.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Ciri - ciri projek brief ialah : ( Pilih 3 jawapan)

a)

Tajuk projek

b)

Invensi dan Inovasi

c)

Kriteria produk

d)

Penghasilan mock-up atau model

6.

Maksud mock-up ialah :

a)

model yang dibina menyerupai objek sebenar.

b)

model olokan yang dibuat sebelum menghasilkan model sebenar.

7.

Tiga (3) tujuan penambahbaikan pada lakaran yang dipilih ialah:

a)

Memenuhi cita rasa pengguna terkini

b)

Mempunyai nilai estetika

c)

Mengikut trend semasa

d)

Mengikut kehendak pasaran semasa

8.

Tiga (3) teknik lakaran piktorial yang anda tahu ialah :

a)

Lakaran oblik

b)

Lakaran origami

c)

Lakaran perspektif

d)

Lakaran isometrik

9.

Dalam kaedah penanaman Sistem Fertigasi, nyatakan 2 alat yang digunakan untuk memastikan baja dan air dalam keadaan baik.

a)

Stetoskop dan termometer

b)

EC meter dan PH meter

c)

Termometer dan psikomotor

10.

Pilih teknik cantuman yang digunakan pada rekaan kasut kanak-kanak di atas.

a)

Kaedah jahitan

b)

Kaedah sulaman

c)

Kaedah tampalan