Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 14

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pasangan pengantin itu kelihatan seperti _________.

a)

pahat dengan tukul

b)

pinang dibelah dua

c)

kerbau dicucuk hidung

2.

Anggota polis yang ditahan kerana menerima rasuah itu samalah seperti peribahasa _________.

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

c)

harapkan pagar, pagar makan padi

3.

Putih seperti ______.

a)

awan

b)

susu

c)

cat

d)

kapas

4.

Ani enggan bergaul dengan sesiapa. Sikapnya umpama _______.

a)

kera sumbang

b)

kera sumbing

c)

hati batu

d)

kaki bangku

5.

Penduduk kampung itu saling membantu dalam menghadapi apa jua masalah. Bak kata pepatah, ____________.

a)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

b)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

c)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

6.

Kita perlu berusaha jika ingin berjaya. Bak kata pepatah, ___________.

a)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

b)

enggang sama enggang, pipit sama pipit

c)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

7.

Adam satu-satunya ________ Puan Farah dan Encik Latif. Dia disayangi sepenuh hati.

a)

ayam tambatan

b)

kera sumbang

c)

cahaya mata

d)

anak emas

8.

Perangainya yang _________ sering membuatnya dimarahi orang tuanya. Dia tidak mahu mendengar nasihat langsung.

a)

hati batu

b)

telinga kuali

c)

kaki botol

d)

mata keranjang

9.

Dato Jalil sering mengabaikan anak-anaknya di rumah kerana terlalu sibuk dengan aktiviti sukarelawan membantu anak gelandangan. Perbuatannya tak ubah seperti ___________.

a)

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

b)

kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan

c)

menangguk di air keruh

d)

melepaskan batuk di tangga

10.

Model rumah itu _____________ menyebabkannya terbang ditiup angin.

a)

ringan seperti kapas

b)

kecil seperti biji sawi

c)

cantik seperti bidadari

11.

Kalau tidak disuruh, Ghazali langsung tidak mengulang kaji. Sikapnya seperti _________.

a)

pahat dengan penukul

b)

anjing dan kucing

c)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

d)

bagai bulan dipagari bintang

12.

Basikal yang cuba dibaikinya bukan saja tidak kembali kepada keadaan asal bahkan semakin bertambah rosaknya. Aidil benar-benar seperti ___________.

a)

anjing dan kucing

b)

tikus membaiki labu

c)

rumput di tepi jalan

13.

Hadi tidak mahu berkawan dengan sebarangan orang. Terutamanya yang miskin. Sikapnya yang _________ itu menjadikan dia tidak disenangi.

a)

hidung tinggi

b)

hidung belang

c)

hidung tersumbat

d)

hidung rendah

14.

Sudahlah dia baru saja kehilangan kucing kesayangan, kini anaknya pula ditimpa kemalangan. Nasibnya benar-benar malang seperti pepatah ________.

a)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

b)

sudah jatuh, ditimpa tangga

c)

sedikit-sedikit, lama-mana menjadi bukit