WorksheetsPERCUBAAN SBP 2011 (1)
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Apakah langkah pertama dalam suatu penyiasatan sains?
Membuat hipotesis
Mengenal pasti masalah
Membuat pemerhatian
Merancang eksperimen
Diberi formula ion aluminium ialah Al3+ dan ion sulfat ialah SO2- pilih formula kimia yang betul bagi aluminium sulfat.
Al2SO4
AlSO4
Al2(SO4)3
Al3(SO4)2
Unsur-unsur disusun dalam Jadual Berkala moden berdasarkan
Bilangan proton
Nombor nukleon
Jejari atom
Bilangan neutron
Bahan manakah adalah sebatian ionik?
Ammonia, NH3
Etanol, C2H5OH
Nitrogen dioksida, NO2
Magnesium oksida, MgO
Rajah 1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam elektrolisis. Antara sebatian berikut yang manakah boleh digunakan sebagai elektrolit.
Larutan ammonia
Larutan glukosa
Naftalena
Etanol
Antara berikut yang manakah benar tentang pH sesuatu asid?
Lebih cair asid, lebih tinggi nilai pHnya
Lebih kuat asid, lebih tinggi nilai pHnya
Lebih tinggi darjah penguraian, lebih tinggi nilai pHnya
Lebih tinggi kepekatan ion hidrogen, lebih tinggi nilai pHnya
Antara berikut yang manakah satu garam dan larut dalam air?
Natrium hidroksida
Aluminium oksida
Magnesium nitrat
Kalsium karbonat
Antara berikut yang manakah tindak balas berlaku cepat?
Tindak balas pemendakan
Fotosintesis
Penapaian
Pengaratan
Antara berikut yang manakah pasangan siri homolog dan formula umumnya betul?
A
B
C
D
Berikut adalah setengah persamaan bagi satu tindak balas.
Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas penurunan berdasarkan persamaan itu?
Elektron diterima oleh klorin
Elektron diderma oleh klorin
Elektron diterima oleh ion klorida
Elektron diderma oleh ion klorida
Kenapakah detergen lebih berkesan berbanding dengan sabun?
Detergen boleh terbiodegradasi manakala sabun tidak terbiodegradasi.
Detergen merendahkan ketegangan permukaan air manakala sabun tidak merendahkan ketegangan permukaan air.
Detergen tidak membentuk kekat di dalam air liat manakala sabun membentuk kekat.
Detergen larut dalam gris manakala sabun tidak larut dalam gris.
Jadual 1 menunjukkan bilangan neutron bagi isotop-isotop bromin. Berapakah nilai X
35
37
44
46
Unsur X berada di bawah kalium dalam Jadual Berkala. Boleh diramalkan bahawa.....
Unsur X adalah kurang elektropositif daripada kalium
Saiz atom X adalah lebih kecil daripada kalium
Atom unsur X mempunyai lebih banyak bilangan elektron valens daripada kalium
Unsur X bertindak balas lebih cergas berbanding kalium dalam oksigen
Pernyataan manakah menerangkan mengapa sebatian ion mempunyai takat lebur yang tinggi?
Ikatan kovalen antara atom-atom adalah kuat.
Daya elektrostatik antara ion-ion adalah kuat
Terdapat ion-ion yang bebas bergerak dalam sebatian itu.
Lebih tenaga diperlukan untuk mengatasi daya antara molekul.
Jadual 2 menunjukkan pemerhatian bagi elektrolisis suatu bahan menggunakan elektrod karbon. Elektrolit itu mungkin.....
Asid hidroklorik cair
Larutan kalium klorida pekat
Larutan kuprum(II) klorida
Larutan magnesium bromida pekat.
Rajah 11 menunjukkan susunan radas bagi pemanasan garam J. Apabila J dipanaskan, air kapur menjadi keruh dan baki panas berwarna perang tetapi berubah kuning semasa sejuk. Apakah J ?
Plumbum(II) oksida
Zink karbonat
Plumbum(II) karbonat
Plumbum(II) nitrat
Jadual 3 menunjukkan isi padu gas oksigen yang terbebas daripada penguraian hidrogen peroksida.
Berapakah kadar penguraian hidrogen peroksida bagi empat minit yang pertama?
2.50 cm3 min-1
3.00 cm3 min-1
3.75 cm3 min-1
15.00 cm3 min-1
Rajah 12 menunjukkan susunan elektron bagi suatu ion G2+. Ion G2+ mengandungi 12 neutron. Apakah nombor nukleon atom G?
10
12
20
24
Kadar penguraian bermangkin 20 cm3 , 1.0 mol dm-3 hidrogen peroksida ditunjukkan sebagai lengkung Q.
Yang mana satukah perubahan terhadap eksperimen berikut yang menghasilkan lengkung P?
Sejukkan larutan hidrogen peroksida ke suhu yang lebih rendah
Ulang eksperimen dengan menggunakan 50 cm3 0.5 mol dm-3 larutan hidrogen peroksida
Ulang eksperimen dengan menggunakan 50 cm3 1.5 mol dm-3 larutan hidrogen peroksida
Tambah lebih banyak mangkin kepada 20 cm3 1.0 mol dm-3 larutan hidrogen peroksida
Jadual 4 menunjukkan keputusan suatu eksperimen bagi tiga sel ringkas. Susunan logam-logam mengikut Keelektropositifan dalam siri elektrokimia mengikut urutan menurun adalah
W, Z, X, Y
Y, W, X, Z
Y, W, Z, X
Z, X, W, Y
