Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS PERCUBAAN SPM 2020

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib untuk memudaratkan manusia ialah

a)

khurafat

b)

syirik

c)

sihir

d)

nifak

2.

Berikut merupakan hikmah bertaubat bagi individu kecuali

a)

diampunkan segala dosanya

b)

memperoleh ketenangan jiwa

c)

termasuk dalam golongan ahli syurga

d)

mengembalikan hubungan silaturrahim

3.

Hukuman yang dikenakan ke atas pencuri ialah

a)

disebat

b)

dibuang negeri

c)

dipotong tangan

d)

dipotong tangan dan kaki secara bersilang

4.

 Al-Quran mempunyai makna zahir dan batin

 Hanya difahami oleh imam mereka sahaja

Pernyataan di atas merujuk kepada pandangan

a)

Ahli Sunah Waljamaah

b)

Syiah Imamiah

c)

Syiah Batiniah

d)

Khawarij

5.

Pilih ciri kesesatan ajaran Bahai.

a)

Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah

b)

Mendakwa pengasasnya mempunyai sejuta mukjizat

c)

Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah

d)

Beriktikad alam ini bersifat qadim

6.

Hukum penggunaan dadah sebagai campuran ubat-ubatan untuk menyelamatkan nyawa manusia adalah

a)

sunat

b)

harus

c)

makruh

d)

haram

7.

Antara yang berikut yang manakah pegangan Syiah Imamiah?

a)

Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait

b)

Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak

c)

Membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran

d)

Menganggap pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran

8.

Manakah yang berikut merupakan rukun hutang?

I

Tempoh atau masa berhutang

II

Penerima dan pemberi hutang

III

Barang yang diberi hutang

IV

Akad pemberian hutang

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

9.

Bermalam di Mina pada hari-hari Tasyrik merujuk kepada tarikh

a)

8 , 9 dan 10 Zulhijjah

b)

9, 10 dan 11 Zulhijjah

c)

10, 11 dan 12 Zulhijjah

d)

11, 12 dan 13 Zulhijjah

10.

Berikut adalah kifarah zihar kecuali

a)

menyembelih seekor unta

b)

memerdekakan seorang hamba mukmin

c)

suami berpuasa dua bulan berturut-turut

d)

memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

11.

Golongan perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya disebabkan persemendaan ialah

a)

adik beradik perempuan seibu sebapa

b)

anak tiri apabila disetubuhi ibunya

c)

anak perempuan dan ke bawah

d)

anak saudara daripada adik beradik seibu sebapa

12.

Berikut ialah akibat lian kecuali

a)

suami dan isteri terfasakh serta merta

b)

suami boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya

c)

suami yang membuat tuduhan terlepas dari hukuman qazaf

d)

isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya

13.

Wali mujbir terdiri daripada

a)

bapa dan datuk sebelah ibu

b)

bapa dan datuk sebelah bapa

c)

bapa dan anak lelaki sebelah bapa

d)

bapa dan anak saudara lelaki sebelah bapa

14.

Hukum mengadakan walimatul urus ialah

a)

wajib

b)

sunat

c)

fardu ain

d)

sunat muakad

15.

Jemaah haji disunatkan mandi kecuali ketika

a)

berniat ihram di miqat

b)

memasuki Kota Mekah

c)

wukuf di Padang Arafah

d)

melontar jamrah di Mina

16.

Saidina Hasan bin Ali radiallahuanhu telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dengan syarat berikut kecuali

a)

mestilah memerintah berdasarkan al-Quran dan al-Sunah

b)

melaksanakan perluasan kuasa untuk menyebarkan Islam

c)

pemilihan jawatan khalifah selepasnya dibuat menerusi Majlis Syura

d)

sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Nabi Muhammad SAW

17.

Hasil karya Imam Abu Hanifah ialah

a)

al-Faraid

b)

al-Muwatok

c)

al-Risalah

d)

al-Musnad

18.

Pilih mesej islah yang diperjuangkan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin.

I

Menolak amalan taklid buta

II

Menjauhi pengaruh negatif dari luar khususnya barat

III

Mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

IV

Membina perpaduan melalui gagasan al-Jamiah Islamiah

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

19.

Manakah di antara berikut merupakan faedah rekreasi dari aspek psikologi?

a)

Menguatkan stamina

b)

Mengeluarkan peluh

c)

Menenangkan fikiran

d)

Memupuk perpaduan

20.

P

Wahyu dan syariat Islam

Bukti kajian saintifik

Maklumat dan fakta yang tepat

P dalam rajah di atas ialah sumber

a)

berfikir

b)

berzikir

c)

berjihad

d)

berselawat